Saturday, 4 May 2013

Saya dan kucing?

Kucing?



rasanya ramai yang suka memelihara kucing kan?termasuk la saya..dan kucing saya bernama bujang sebab warna nya belang belang coklat. Kucing adik (safwan) bernama mickel jackson sbb tompok hitam putih.kucing kak ngah bernama (letchumi) sbb dia bewarna hitam pekat.kelakar kan nama kucing kucing ini..zaman kanak kanak kami dihiasi dgn kehadiran mereka...tapi ajal mereka sampai x diduga..mickel meninggal di kala umur nya 1tahun kerana disengat kala jengking di bawah pokok bachang..aku dan safwan menangis tidak berhenti sambil melihat tubuhnya dihurungi dengan semut...dan degan perlahan kami membawa tubuh mickel ke tepi pokok pisang dan menggali lubang kecil untuk menanam mickel. Aku mencari 2batang kayu dan mencacak kan di ats dan hujung kubut mickel sambil membaca al. Fatihah...kami menangis.. Azan maghrib berkumandang dan abah panggil kami masuk...dan yang tinggal hanya la bujang sebab letchumi.hilang enth ke mana beberapa hari selepas itu...hanya bujang dan 6tahun dia bersama kami..cerita bujang sangat menggembirakan semua penghuni rumah ini..dia baik..dia manja..dia cute..dia penjaga rumah..dia tidak kotor ..dia tahu membuang najis di luar rumah..dialah segala galanya...seingat aku masa umur aku da 8tahun abah cuba nak buang bujang.3x abah cuba buang kerana aku asma disebabkan kucing.. Aku sorok kan bujang dalam mesin basuh  rosak yang abah letak belakang rumah...aku menangis di sebalik peti itu sehingga tertidur.. Nak dijadikan cerita aku tak tahu mcm mana bujang boleh terkena renjatan elekrik..bila aku buka penutup mesin basuh baju aku tengok muka bujang da biru dan bulunya mengeras..umi suruh bawa masuk rumah dan abah tak jadi nak buang..alhamdulillah...
Selepas itu umi abah tak da nak buang kucing itu lagi...gembira tak terkata..nak tidur n kucing..balik sekolah cari bujang dulu...bujang bujang bujang dann bujanggg...:)...sehinggala suatu pagi subuh yang dingin..umi datang kejutkan aku untuk ke tandas..tapi umi lihat bujang tengah menggesel kan muka dia pada kepala akh dan safwan..selpas itu dia mencium cium kaki aku dan safwan...dan keluar. Dan sejak itu bujang tidak kembali..umy kata bujang da besar dan dia perlu cari pasangan hidup dia...aku sedih sgt...selang setahun kemudian safwan kata dia nampak bujang dekat sebuah kedai tapi muka dia teruk..air liur meleleh saja..mungkin bujang sakit dan sudah tua..apa pon aku sentiasa rindu si bujang aku..terima kasih kerana sudah memberi aku pengalaman dan perasaan yang hebat kerana saya ada kawan bernama si bujang..love u forever...:)