Assalamualaikum,
Hi, semua? Sudah plan ke trip ke mana mana tempat untuk tahun 2017? Tahun ni kita akan ke Korea bersama buddies waktu degree di MSU dahulu. Siapa lagi kalau bukan dengan Syera terutamanya, dan Aisyah serta Iryani (kawan aisyah). Actually, trip ke Korea ini tetiba saja sebab sudah lama nampak iklan Trip ke Korea oleh pelbagai agensi di FB. Akhirnya, pada suatu malam, selepas melihat iklan trip ini terus wassap kwn kwn dan tak sangka respon nya sepantas kilat. Aku nak! Yes, haha termakbul juga checklist bujang sebelum kahwin gitu. Then, berbekal kan good experience dengan agent (Mr.Izzat) ke Krabi di bawah pengurusan Ayden Averroes Travel Agensi, maka kami memilih untuk bercuti bersama agensi ini lagi. Cuma kali ini kita pergi jauh sikit, Korea! Annyeong!
Mengenai Backpakers Trip ke Korea, kami memilih joint trip di mana kami akan berjumpa dengan single travellers lain di KLIA lebih kurang kesemua 25 orang. Pakej yang kami ambil bernilai RM 1999 (All in) exclude luggage, lunch & dinner, tiket lawatan selain yang tertera dan perbelanjaan sendiri. Korang nak info boleh contact agent (Mr.Izzat)- 0195665937untuk dapatkan itenarary yang lebih detail.
Untuk trip kali ini kami memilih pada musim bunga sekitar 10th april sehingga 14th april 2017 walaupun asalnya ingin merasai musim sejuk. Takpe lah, kan ku simpan musim itu untuk pergi bersama future husband ala drama winter sonata gitu :P. Jadi, berharap benar jika dapat melihat cherry blossoms mengembang dengan cantik. Berdasarkan bacaan, musim bunga di Korea adalah sekitar bawah 18 darjah celcius. Jadi ini adalah sebahagian dari keperluan yang saya bawa ke Korea pada trip kali ini. Mana yang takde, semua beli di Lazada and etc. Gunakan trick untuk dapatkan diskaun di lazada. Haha. Contoh first time user purchase dapat 25% discount. Sambil tu selalu lah tengok lazada update, memang worth it untuk barang yang sangat bagus. Mudahan, dapat membantu :)
1) Kelengkapan pakaian
1) Kelengkapan pakaian

T-shirt & Jogger pants
Knitted & pants
My lovely scarf <3
Universal travel plug (Lazada), smartphone, camera etc
3) Kelembapan kulit, toiletries dan ubat-ubatan
Untuk kelembapan kulit, especially jenis kulit yang kering lagi cepat dehydrated, boleh cuba Travel Kit Cosmoderm, ramai yang recommend product tersebut.
Yang ni untuk orang yang badan sensitive bawa lah ubatan yang simple seperti ini. Sebelum berjalan dan selepas berjalan boleh sapu bagi menghilangkan sengal badan dan kaki. Saya tidak bawa Panadol sebab saya alergi Panadol. Satu lagi jangan lupa wet tissue dan botol kosong untuk beristinjak :)
4) Makanan
Next, dari segi makanan saya bawa yang basic sahaja seperti Brahim's produk Nasi beriani kambing (RM 10.90) di Tesco, Sam's groceries dan lain lain. Kalau korang nak murah boleh beli direct di Kilang Brahim's sendiri di bangi, harga dia jauh lagi murah beb. So, jadi bawalah sikit sikit kan sebab nak cuba makanan korea juga di sana macam Dosirak (Nasi goncang), Nasi seafood, Taebokki and etc. Tapi kena cari juga sambal mana tahu ada hari dah tak lalu nak makan makanan Korea kan. Hihi, jadi saya bawa Sambal hitam belimbing buluh original dari Pahang okay? Harus lah sokong hasil tangan anak negeri Pahang, Ni kalau nak beli boleh beli dari En.Firdaus seperti yang tertera di nombor telefon nya. Sangat superb, serious! :D
5) Korean won (KRW)
Next, seharusnya duit perbelanjaan lah kan, saya spend RM1000 bersamaan KRW 262.00. Masa ini currency Malaysia tengah down seperti yang kita sedia maklum. Oh Malaysia ku kini, keciwaa! Jadi antara tempat yang dah di survey berdasarkan google dan mata sendiri jadi saya tukarkan di Grand Millennium Trading Sdn Bhd di NU SENTRAL,KL. Currency yang dia offer lebih murah berbanding semua agensi lain dan belian semula juga agak tinggi. Masa ni tukar half-half RM500 for 2x.
JANUARY 2017: RM 496.30 bersamaan KRW 132.00 (Rate 3.76000000)
FEBRUARY 2017: RM 502.95 bersamaan KRW 130.00 (Rate 3.86900000)
Beza kan. Rugi tak tukar semua masa January hari tu. Tapi ini kira antara yang termurah ada tempat yang saya survey rate dia hampir 4.0 terus T_T. Jadi untuk yang rasa nak budget boleh siapkan asing kan macam ni, bukan kedekut okay? Haha, ini adalah persediaan dari terlajak berbelanja pada yang tak sepatut nya. Contoh lunch standard price dalam 8000-10 000 won. Duit Malaysia dah dalam RM 39. Walaupun duit dia ribu ribu tak bermaksud dia murah macam Indonesia okay, please take note! Currency dia hampir 3x. Malahan makin naik dari sehari ke sehari. Sobbss!
Lain lain lagi adalah telekung, berjalan jalan juga solat jangan lupa okay?
Ini lah serba sedikit kelengkapan yang saya bawa untuk ke Korea ketika musim bunga.
Anneyong!
Next entry, stay tune!!
No comments:
Post a Comment