Hi,
Assalamualaikum semua. Alhamdulillah sudah touch down KL, penat nya masih terasa tetapi memori melihat dan aroma cherry blossoms masih terasa. Hari ini nak share trip saya ke Namsan tower, Itaewon dan Namdaemun market. Dari subway Yaksu station kami ambil bas 05 ke Namsan tower, dan pulang menaiki bas 03 kerana ingin singgah solat di Itaewon mosque. Selepas itu kami bergerak menaiki subway ke Hongheyon station (Namdaemun market) dan melalui Exit 5.
Oooppsss sebelum tu saya nak bagitahu suhu spring di Korea ketika kami pergi adalah siang 9 celcius dan malam boleh mencapai 3 celcius. Ahh menyesal sangat tak bawa banyak baju tebal sebab ramai blogger cakap suhu nya tidak terlalu sejuk. Tetapi sampai saja di sini keluar dari subway angin bagi penampar pun tak rasa sebab kebas pipi okayy? :( Ahjushhi cakap bila di Korea tengah cherry blossoms kebiasanya suhu nya akan lebih sejuk kerana bunga tersebut hanya berkembang jika suhu nya sejuk pada kesesuaian ia berkembang. Jadi kalau korang nak tengok cherry blossoms korang kena bertahan lah dengan suhu sejuk di sana. Ottokeee T_T
Jum kita pergi first place iaitu Namsan tower. Ia sangat terkenal dengan beribu ribu lovelock yang dipasangkan di tower ini dan kunci nya dibuang jauh agar cinta yang terikat pada lovelock tidak terpisah, haha. Korang percaya ke dengan cerita ni? Nak naik Namsan tower kena bayar 10 000 won, tapi saya tidak naik pun setakat melihat pemandangan bawah Namsan tower sahaja. So, kat sini ada certain gambar semasa berada di sana :)
Next, Itaewon mosque. Masjid ini adalah antara masjid terbesar di Seoul dan sejak ia dibuka ia nya telah menarik ramai orang memeluk agama islam. Alhamdulillah, dapat solat di bumi Korea ini yang sangat indah dan damai. Walaupun terasa cahaya matahari membias wajah tetapi kedinginan nya terasa nyaman. You get it :) Selain daripada itu, Itaewon adalah tempat di mana kita boleh dapatkan Halal food di merata tempat berbanding di kawasan hot spot yang lain. Di sini kita boleh dapatkan halal food di sepanjang perjalanan kita di Itaewon dari segi barangan basah (ayam/daging) dan juga restaurant arabic/little india/turkish. Tapi, harga nya juga agak mahal sekitar 10 000 won ke atas bagi 1 set makanan korean style.
Namdaemun market pula juga adalah salah satu pasar yang paling awesome. Di sini kita boleh dapatkan pelbagai variasi pakaian, jacket, perhiasan rumah, langsir, kasut boot, macam macam lagi lah. Dan paling penting di sinilah kawasan SOUVENIERS paling murah berbanding kawasan lain, please take note! Contoh nya 1 papan nail clips (10 pieces) harganya dalam 4000-5000 won (RM16-20) di dalam bangunan kedua di Namdaemun market, tetapi di Insadong harganya sekitar 7000 won (RM32). T-shirt pun murah di sini 3 helai 10 000 won (RM40). Selain daripada itu, Korea ni walaupun mereka tidak fasih berbahasa English, tetapi mereka akan cuba membantu kita secara verbal and non verbal communication, termasuklah membuat gaya jalan kaki jauh dan sakit kaki, ayakk, ayakkk sambil ketuk peha dan betis kaki, hahaha, sumpah comel sangat ahjushi ni tawww! :P
Ahjumma, olma yeyo?
(Ahjumma, berapa harganya?)
Nomo yepo (Cantik nya)
Ottokee, tolong unnie, unnie nak pengsan tengok brooch ni comel comel sangat taw di kawasan bangunan 2 (bangunan warna oren di dalam Namdaemun market). Brooch macam ni sekali dengan baby pin adalah 5000 won (RM 20). Baby pin pula 10 biji 10 000 won (RM 40). Waaupun bila tukar dengan currency kita macam mahal tapi kualiti brooch korea memang superb kerana diamond korea pada brooch mereka sangat tahan lasak dan tidak mudah tertanggal. Satu lagi kedai souveniers di Namdaemun market, kedai ni nama apa lupa tetapi agent bagitahu kedai ni paling murah sebab 1 papan nail clips (10 pieces) harganya dalam 4000-5000 won. Yezaa, betul! Bila pergi compare kedai lain semua 5000 won. Jimat, jimatt! Hihi :P
Di sekitar Namdaemun market bersama free translator. Kebiasanya mereka akan berada di sekitar market untuk membantu tourist jika memerlukan bantuan dalam English. Bagus tak? :D
Ni spesies adik bongsu, si wanie ni. Lagu KPOP nama artis KPOP semua hafal, suruh terangkan sistem pernafasan tak taw. Hahaha, nampak tak dapat kakak macam ni? :P Okay lah sebab dia suka kumpulan SHINEE, beli lah kat dia sepasang, murah saja taw sekitar 1500 won (RM6). Tapi ada banyak lagi tempat jual stokin 1000 won /pieces (RM4) kena rajin cari okayy :)
Tengok ni, ni sikit dalam 5percent saja gambar mengenai jenis kedai yang terdapat di Namdaemun cuma tak larat nak upload banyak banyak. Serius sini memang murah. Kalau nak borong boot shoes, baju dan pelbagai lagi sila ke Namdaemun. Satu lagi jangan lupa cuba seaweed korea dan gula tarik taw. Ahjumma ni terror cakap Malay okay? Gula tarik ini banyak perasa harga nya sekitar 5000 won (RM 20). Enjoyyy!
No comments:
Post a Comment