Wednesday, 1 May 2019

Honeymoon Bali Part 2 ~ Shahkina ~

Day 2 | 22th 04 2019 | Bali


Seawal jam 730am kami minta pihak villa menghantar sarapan pagi ke bilik dan kami memilih american breakfast style. So yummy, roti sangat lembut, 2 hari repeat menu sama :D

Makan dekat pantry dan ada small kitchen there :)

Breakfast tepi pool dgn shah :)

Cakk :p

1) PASAR SUKAWATI

Baik, selepas sarapan pagi tempat pertama yang dituju adalah pasar sukawati. Entry fees - free. Berdasarkan, bacaan blog lain dan website pasar ini adalah pasar termurah dan boleh bargain harga. Kami bargain harga sampai mbok ni nak marah merah muka dia. Sabar lah kak, suami saya ni memang pakai bargain harga sebab selalu buat masa belajar di bangladesh. Jadi, di pasar ini dapat memborong seluar tidur corak bali 12 helai (Harga RM 8 sehelai dapat RM 6), bag rotan (RM29), fridge magnet dan tak lupa topi vintage ni, maseh shah :p




 Pasar Sukawati. Kalau nak beli bag rotan beli kat
sini sebab boleh bargain :)

 Pilihan hati :)

                                                            2) TEGALALANG UBUD

Seterusnya, kami melanjutkan perjalanan ke Tegalalang iaitu kawasan padi bukit berteres. Pemandangan sangat cantik kalau rajin boleh explore seluruh kawasan ini dan fees masuk 10k (RM3) idr per pax. Pelbagai attraction baru dibina seperti bali swing yang famous di bali, untuk ambil gambar 100k idr (RM30), so bagi saya agak mahal so next time la kita ambil gambar bali swing ni eh? 




En Shah :)


                                                    3) MOUNT BATUR (KINTAMANI)

Seterusnya kami ke Mount Batur untuk melihat keindahan gunung berapi yang tidak lagi aktif. Subhanallah, sangat indah ciptaan Allah swt. Teringat Gunung Merapi di Yogyakarta ketika trip yang lalu. Lebih kurang view cuma gunung tersebut masih mengeluarkan asap laharnya. Suhu di sini juga agak sejuk seperti di Cameron Highland dan entry fees adalah 15k idr per person. (pretend as a local person :p) Oh lupa dekat sini ada set buffer tapi kami tak pilih untuk makan di sini sebab nak turun makan di Bebek Tepi Sawah:p Setakat baca review Rest. Sri Batur adalah antara halal restoran dan menyediakan kemudahan musholla :)



Saranghae :)

View Gunung Batur dari Rest. Sri Batur

4)BEBEK TEPI SAWAH

Kami singgah makan di sini, dan semestinya memilih bebek ataupun itik. Harga agak pricey tapi sangat berbaloi untuk dicuba dan bonus mark untuk pemandangan yang sangat cantik. Satay lilit dia sangat sedap seperti di Ole Ole Bali Rest. di Malaysia. Sangat recommend untuk sesiapa yang nak cuba makan bebek bali nih :p

Di hadapan Restoran Bebek Tepi Sawah, Ubud

Di sekitar luar restoran

satey lilit 

 
Bebek bakar, super delicious :p

Suasana tempat makan yang sangat santai :)


cakk :)

5) Tanah lot dan Pura batu Bolong

Okay dekat sini kami nak kejar sunset view. Dua pura ni hanya bersebelahan sahaja. Entry fees 45k idr for 2 person (pretend as a local :p) Subhanallah, sangat cantik sunset di sini. Di sini juga terdapat 2 pura (Kuil) iaitu tanah lot dan batu bolong dan mempunyai taman rekreasi untuk bersantai. Bagi saya view si sini tak dapat terakam dengan kata kata, korang wajib datang sini dan cuba skill ambil gambar korang, sure tak puas nak ambil view dekat sini sebab cantik sangat :) Di sini jual menjual pelbagai cenderamata yang agak murah tapi kami tak beli kerana sudah banyak membeli di Pasar sukawati dan plan untuk membeli lagi di Krishna esok hari. 



Pura batu bolong 


Sunset pura batu bolong

Sunset tanah lot

Sunset batu bolong

Pintu masuk Tanah lot


View sunset Tanah lot. A sea breeze :)

6)) Pantai Jimbaran

Aktiviti terakhir kami singgah untuk dinner di sini. Plan asal nak makan seafood tetapi masih kenyang kerana lunch agak lewat di Bebek tepi sawah. Jadi kami pilih untuk minum sahaja di sini. Harga makanan seafood di sini agak pricey. Serious tak tipu! So, kami order fries dan juice sahaja dan tak lupa jagung bakar, sangat sedap jagung ni. Isyhh terasa pula dekat tekak kemanisan jagung yang mix taste tu, ada rasa manis, pedas, tomyam :D Kat sini juga korang boleh request untuk kalau nak dengar lagu nanti ada live band akan nyanyikan dan kene bayar sedikit lah kat mereka okay? Kalau korang nak candle light dinner sini pun okay boleh tempah siap siap dan pilih tempat depan pantai ni okay? last not least check rest. mana yang halal sebab kebanyakkan rest. menyediakan pork. 

Order kopi dan jus tak ingat nama :p

Jagung bakar Pantai Jimbaran, super delicious :D

Kalau nak request diaorang nyanyi pun boleh bagitahu je 
korang dari negara apa :D

Shah :)

Itu sahaja untuk aktiviti hari kedua di bali kerana kami mengambil supir untuk full day. Kiranya aktiviti hari ini berakhir sekitar jam 9 malam. Perjalanan antara satu destinasi agak jauh tetapi masih menyeronokkan ditambah pula trip kali ini untuk honeymoon dan adalah masa untuk berkenalan lebih dengan shah walaupun kita dah lama kenal. I'm looking forward to create more beautiful moments together, insyallah :)


#shahkina

Next entry:











No comments:

Post a Comment