Hari ini 23032020. Seluruh dunia sedang dilanda dengan wabak Covid - 19. Malaysia?
Ya, kita termasuk antara negara yang sedang dilanda wabak tersebut saat ini, sekarang angka kematian mencecah 9 orang. Allahuakbar, ku bermohon semoga dengan ujian Covid - 19 ini ia dapat mendekatkan lagi diri kami yang hina kepada Mu Ya Allah, Aamiin.
Baik, kita nak sambung last part kembara umrah di Mekah sementara memanfaatkan cuti alternate yang diberikan oleh majikan bagi mengikut perintah kerajaan untuk Stay at home untuk putuskan rangkaian jangkitan virus Covid 19 saat ini. Jarang jarang berlaku arahan macam ni taw T_T
Kita sambung eh..
02012020 - Hari Keenam
Labaiyka Allahumma Labbayk
aku datang Ya Allah, aku datang Ya Alalh, aku datang Ya Allah :(
Kami memulakan perjalanan dari Madinah lepas solat jumaat tadi dan bermiqat di Masjid Bir Ali.Suasana di masjid ini agak ramai dan ramai jemaah yang bersiap sedia memakai kain ihram, tapi jemaah kami awal lagi sudah berpakaian ihram di hotel, Madinah. Jam sudah menghampiri pukul 10pm dan terus bersiap sedia untuk mengerjakan umrah kali petama. Tapi yang sedihnya kita tak dapat mengerjakan umrah sebab masih lagi dalam keadaan ABC. Jadi, kina dan roomate, kak hamidah tunggu kat bilik saja,rehat dan tidur.
Okay kat sini nak share niat bersyarat bagi wanita yang lebih spesifik dan mudah untuk kita dari menjaga pantang larang ihram dalam masa yang panjang. Terima kasih kepada Kak Hamidah kerana kongsi niat macam ni dari mutawwif Andalusia, kalau tak lama la kita nak tunggu habis period nak jaga rambut gugur dan pelbagai lagi, huuuuu....Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah, Kau permudahkan urusan kami walaupun kami diuji dengan keuzuran wanita di tanah haram ini, aku bersyukur Ya Allah :) Alhamdulillah, selepas saja check in di Hotel Safwa, Mekah Al Mukarramah, kami bertahlul dengannya dan jemaah yang lain turun mengerjakan umrah pertama mereka. Alhamdulillah :)
" Sahaja aku mengerjakan umrah dan berihram dengan nya kerana Allah Taala dan sekiranya aku terhalang dengan keuzuran syarak maka halal lah aku dan sekiranya haid aku berterusan sehingga sampai ke tanah haram Mekah maka aku bertahalul dengan nya "
*Alhamdulillah, suami bagitahu dia sudah selamat melakukan umrah pertamanya, dan dapat solat di dalam hijir ismail dan cium batu hajar aswad. Alhamdulillah, minta minta nanti ada rezeki kita pula ea :)
Hadiah dari Allah swt, terima kasih Ya Allah semoga kina dapat menjadi isteri solehah dan ketua bidadari syurga di sana nanti di samping abg, aamiin :)
03012020 - Hari Ketujuh
Hari ini aktiviti bebas. Kami berjalan jalan di sekitar kawasan masjid dan dataran mataf. Tapi tak tahu masa tu kalau ABC tak boleh masuk kawasan dataran :( Maafkan saya Ya Allah, hati ini tidak tertahan untuk menatap kaabah, rumah Mu Ya Allah. Perasaan kali pertama menatap kaabah, Allah saja yang tahu perasaan hiba nya. Sebab hamba Mu ni penuh dengan dosa tapi Kau masih sudi menjemput ku ke rumah Mu Ya Allah. Ya Allah, Allah swt sangat baik pada diri ku. Maafkan ku atas segala dosa masa lalu ku, sekarang dan yang akan datang. Matikan lah aku dalam iman di tempat yang suci ini, dan kurniakanlah daku kematian khusnul khatimah dan syurga firdaus. Ku tahu permintaan ku ini keterlaluan berbanding dosa ku yang terlalu banyak ini. Maafkan aku Ya Allah, aku tersesat dalam kegelapan dan aku kembali mencari cahaya Mu :(
Maafkan ku Ya Allah, atas segala dosa dosa khilaf ku :(
Selepas itu, kami keluar ke Bin Dawood untuk mencari tempat untuk membeli Al Quran (SR25) dan kerusi (SR20) untuk urusan waqaf bagi sahabat dan kaum keluarga yang kirimkan duit. Korang boleh beli di dalan bangunan safwa juga dan minta pekerja nya hantarkan terus ke dalam Masjidil Haram dan bagi upah sedikit kerana senang untuk mereka berkomunikasi dengan polis arab dan meletakkan nya di tempat kawasan kerusi waqaf. Mudahan ini menjadi asbab untuk mereka dijemput mengerjakan umrah. Aamiin. Selain itu kami juga membeli tisu dah agihkan di sekitar tandas di dataran luar masjid. Ya Allah, semoga hari esok kami dapat mengerjakan umrah seperti jemaah yang lain, setiap masa minta suami doakan depan kaabah :(
04012020 - Hari Ketujuh
Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah saya sudah boleh melakukan ibadah umrah hari ini. Gembira tidak terkata hanya Allah saja yang tahu, terima kasih Ya Allah atas kasih sayang Mu :(
Pagi itu, kesemua jemaah dibawa untuk melawat Jabal Nur, Jabal Rahmah dan Jabal Tsur dan akan bermiqat di Masjid Jaaranah. Kami tidak turun lama di sini, hanya diberikan penerangan sebentar ambil gambar dan peri ke tempat bermiqat dan meneruskan ibadah umrah :)
Di dataran Masjidil Nabawi, Subhanallah :)
Waqaf kerusi nanti dia akan tulis macam ni :)
04012020 - Hari Ketujuh
Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah saya sudah boleh melakukan ibadah umrah hari ini. Gembira tidak terkata hanya Allah saja yang tahu, terima kasih Ya Allah atas kasih sayang Mu :(
Pagi itu, kesemua jemaah dibawa untuk melawat Jabal Nur, Jabal Rahmah dan Jabal Tsur dan akan bermiqat di Masjid Jaaranah. Kami tidak turun lama di sini, hanya diberikan penerangan sebentar ambil gambar dan peri ke tempat bermiqat dan meneruskan ibadah umrah :)
Di Jabal Rahmah. Insyallah next time pergi nak explore lagi kawasan kawasan bersejarah di Mekah Al Mukarramah ini :)
Kami meneruskan perjalanan kami kembali ke Masjidil Haram untuk melakukan ibadah umrah. Nervous nya tak terkata al maklum pertama kali ni :) Allahuakbar, suami banyak membantu dan terima kasih Ya Allah Kau permudahkan urusan kami untuk mengerjakan umrah, sepanjang pusingan saya membaca doa pusingan tawaf,berdoa dan berzikir. Ya Allah, kurniakan kami kesihatan yang baik, rezeki anak anak yang soleh dan solehah, kematian yang khusnul khatimah, dikurniakan syurga firdaus dan dapat bertemu kekasih Mu, Nabi Muhammad swt dan dapat melihat wajah Mu Ya Allah, Aamin.
Sepanjang mengelilingi kaabah saya menangis kerana terharu dapat mengerjakan ibadah umrah. Dan sekali lagi, Allah swt izinkan saya dapat pegang Rukun Yamani dan solat di dalam Hijir Ismail sedangkan waktu itu orang tersangat ramai. Namun suami bantu jagakan supaya saya dapat rukuk dan sujud dengan sempurna. Ya Allah, sessungguh ku tahu Kau sedang menunjukkan kekuasaan Mu apabila ku memikirkan mustahil untuk ku solat di waktu itu. Ya Allah, aku sangat mencintai Mu dan Kekasih Mu dari diriku sendiri :(
Usai tawaf, kami melakukan solat sunat di belakang maqam Nabi Ibrahim swt dan membaca doa. Selepas itu kami ke kawasan saie untuk berulang dari safa ke marwah sebanyak 7x. Ya Allah, di sini belajar semangat seorang ibu untuk anak nya. Dan, saya terkenangkan Syakir Mikael, sebenarnya 2 bulan sebelum ke sini saya keguguran 3 bulan, anak pertama. Andai Mika masih ada, mesti Mika sudah 6 bulan dalam perut umi kan :) Tapi takpe umi abah tahu Mikah bahagia di taman syurga Allah swt, tunggu umi abah di sana ya :)
Di permulaan Bukit Safa, hanya sebahagian yang tinggal dan dipasang
cermin kaca di sekelilingnya :)
Ketika saie dari safa ke marwah :)
Alhamdulillah, sudah siap saie kami bertahlul. Minta suami tolong guntingkan rambut. Allahuakbar, hati dan bibir tak henti henti memuji Allah swt. Ku tahu tanpa izin Mu, kami tak kan dapat menyempurnkan ibadah umrah ini. Terima kasih Ya Allah :(
Alhamdulillah, saya dah selesai umrah pertama, husband dah umrah kedua.
Terima kasih Ya Allah kerana izinkan diri ku untuk menunaikan ibadah umrah ini. Ini lah pengalaman manis yang tak dapat ku lupakan mengelilingi kaabah sambil memngalirkan air mata mengingati kebesaran Mu dan mengakui segala kesalahan dosa dosa ku di samping suami sebagai pelengkap kehidupan ku. Sungguh aku sangat mencintai Mu Ya Allah. Laillahaillah.
:(
05012020 - Hari Kelapan
Alhamdulillah, hari ni sudah hari ke 8 dan merupakan hari bebas dan kami mempunyai lawatan ke Taif bagi jemaah yang ingin ke sana dan boleh bermiqat di Qarnul Manazil. Tapi kami memilih untuk tidak menyertainya dan hanya menghabiskan masa di dalam masjid dan berjalan sekitar kawasan masjid untuk mencari cendermata terakhir sebelum mengemas bag untuk balik esok :) Haa, satu lagi nak dijadikan cerita terserempak dengan sahabat ketika belajar di MSU. Allahuakhbar luasnya bumi Allah, akhirnya kami terserempak di dalam rumah Mu Ya Allah, dan di bawah travel agensi yang sama rupanya cuma berbeza kumpulan sahaja :)
Di underground Pintu 79, Masjidil Haram
Masa ini 15 minit sebelum waktu zohor, alamak hampir semua pintu sudah ditutup, saya berlari anak mencari pintu yang masih dibuka dan terus mencari ruang untuk solat. MasyaAllah penuh, tiada lansung ruang, ada eskalator ke atas untuk ruang solat di bahagian bumbung tapi kebiasaanya penuh sebab dah pernah sekali solat maghrib di sana dan keadaan sangat padat. Lalu saya berlari anak ke pintu dan nampak tangga ke bawah..
MasyaAllah saya jumpa ruang yang luas yang mungkin tidak ramai jemaah tahu, perasaan dia seperti menemui segunung emas depan mata bila nampak ruang yang tersedia. Terima kasih Allah kerana sentiasa bersama ku :(
Masa di bawah ini saya menilik beberapakah naskah mushaf dan Al Quran yang dicetak dalam pelbagai bahasa. MasyaAllah, saya jumpa naskah Al Quran terjemahan dalam bahasa indonesia taw. Biasanya naskah ini dicetak dalam warna kulit yang berbeza dan agak limited untuk kegunaan dalam masjid sahaja.
Al Quran terjemahan Indonesian di dalam Masjidil Haram :)
* Di sini saya teringat sesuatu, sepanjang di Mekah dan Madinah, saya sentiasa berdoa Ya Allah Kau kurniakan lah daku ilham untuk membantu orang yang memerlukanya. Allahuakbar, baru lepas niat mcm tu dalam hati, waktu tengah kalut mencari tangga untuk turun ke bawah pada waktu asar tiba tiba seorang jemaah indonesia muncul betu betul depan muka okay..
Kejadian pertama
"mbak, di mana saya mahu solat, saya baru hari pertama di sini"
"Allahuakbar, sepertinya Allah swt mendengar kata kata ku sebentar tadi yang tak sampai 10 saat"
"aku membalasnya, ayuh mbak ikut saya saya tunjuk arahnya merentangi manusia yang sangat ramai di dalam masjid, sampai di underground yang sama seperti zohor tadi aku tersenyum memandang mbak tadi, kelihatan dia pun tersenyum, wahh rasa seronok sangat ni dapat membantu mbak tadi, terima kasih Allah, Kau selalu membantu hamba hamba Mu ini" :)
Kejadian kedua
Aku melihat 2 wanita yang bertanya kepada seorang pakcik yang duduk atas wheelcair mengenai nama nya dan dia mengikut dari travel agensi mana. Tapi pakcik tu macam tak tahu apa apa dia hanya tahu menyebut nama anak nya sahaja. Allahuakbar, saya syak pacik ni tak berapa sihat dan dia dibawa oleh keluarganya untuk mengerjakan umrah, mungkin terlepas pandang akhirnya pacik ini berada di sini. 2 wanita tersebut memandang ku dari jauh dan memanggil ku untuk bantu pacik ini, segera telefon mutawwif untuk membantu pacik ini. Mudahan pacik ni selamat kembali kepada keluarga nya, aamiin.
Betul lah orang selalu kata di sana apa terniat selalu Allah swt bagi, jadi mari kita niatkan yang baik baik semoga kita dapat memaksimakan amal soleh kita sepanjang di sana ya sahabat. Semoga Allah swt juga menerima segala amal ibadah kita.
06012020 - Hari Kesembilan
Hari ini merupakan umrah kedua ku dan kami akan bermiqat di Masjid Hudaibiah. Perjalanan hari ini lebih pendek kerana kami hanya pergi bermiqat dan segera kembali unuk menyempurnakan ibadah umrah sunat.
Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah kerana mengizinkan ku sekali lagi untuk merasai kemanisan ibadah umrah ini.
Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah :)
07012020 - Hari Kesepuloh
Hari ini merupakan hari terakhir kami di sini. Selepas sarapan pagi, kami melakukan tawaf wada'. Sedih rasanya untuk meninggalkan tanah haram ini, akhirnya dengan berat kaki kami meninggalkan dataran mataf kaabah sehingga ia hilang dari pandangan kami. Ya Allah, kurniakan lah kami setiap tahun dapat mengerjakan umrah bersama kaum keluarga kami. Mudahan ada rezeki lagi dapat datang dengan anak anak kami suatu hari nanti, Aamiin :)
Semoga cinta kami sentiasa berpandu dan bersatu kepada
Cinta Mu yang agung, Ya Allah :)
Sekian, cerita kami. Mudahan ada serba sedikit yang dapat membantu sahabat di sana untuk menunaikan ibadah umrha. Mudahan setiap tahun dapat ke sini, Aamin Ya Rabbalamin :)
Terima kasih :)
Sakinah
23032020
0628pm
Boleh baca Part I di sini - https://shakinalittlediaries.blogspot.com/2020/01/part-2-kembara-umrah-madinah.html
Depo 20ribu bisa menang puluhan juta rupiah
ReplyDeletemampir di website ternama I O N Q Q.ME
paling diminati di Indonesia, ::))
di sini kami menyediakan 9 permainan dalam 1 aplikasi
~bandar poker
~bandar-Q
~domino99
~poker
~bandar66
~sakong
~aduQ
~capsa susun
~perang baccarat (new game)
segera daftar dan bergabung bersama kami.Smile :d
Whatshapp : +85515373217 :* (f)