Al fatihah buat anak umi..Mika
Kantung membesar tapi janin tidak membesar :(
*3 minggu lepas ada bermimpi melihat 2 orang bayi perempuan dan lelaki yang sangat comel bermain air, aku leka seronok melihat keletah mereka, tiba tiba datang 2 orang perempuan berdiri di suatu sudut, dan kedua dua bayi ini bangun dan memegang tangan perempuan tersebut dan berlalu pergi tanpa melihat ku. Apakah maksud mimpi ini?
Hari ini, terasa nak early scan minggu ke 11 sebab temujanji KK Shah alam untuk buka buku pink lambat lagi dalam minggu ke 13. Jadi,ajak husband pergi Poliklinik Rimba, Shah Alam sebab ada promosi untuk scan.
Allahuakhbar, bila scan nampak kantung dan embryo baru saiz 6 minggu walaupun usia kandungan sudah menghampiri usia 11 minggu. Agaknya inilah maksud mimpi yang datang 3 minggu yang lalu. Rupanya anak umi dah nak pergi :(. Rasa terkedu bila mesin scan tu tengok kantung kosong. Tak tahu nak cakap apa, fikiran blank dan air mata saja yang mengalir deras laju. Sambil Dr. tu explain semua ni fikiran dah tak boleh nak fokus.
Dr. cakap, kes keguguran macam ni bawah 3 bulan adalah kategori janin tak menjadi atau hamil kosong (blighted ovum) disebabkan oleh kecacatan kromosom yang sepatutnya membahagi menjadi organ dan sebagainya. Jadi, apabila berlaku kecacatan, ia boleh menyebabkan terjadinya down syndrome. Jadi tubuh badan kita akan mengesan abnormalities ini dan menghalang daripada embryo ini berkembang. Tapi walau bagaimanapun, terdapat juga janin yang mampu berkembang dan survive dan akan mengalami down syndrom dalam hayat nya. Allahu Akbar, apa pun semua yang berlaku telah ditentukan oleh Allah swt. Tinggal kita sebagai hamba, untuk melihat perkara ini sebagai ujian atau bencana kepada nya.
"Kalau kita nak tahu perkara yang kita tak ingini itu adalah UJIAN atau BENCANA, adalah dengan melihat respon kita terhadap perkara tersebut. Andai kata ia membawa kita lebih dekat dengan Allah swt itu adalah UJIAN, andai sebalik nya ialah BENCANA"
Siapa yang tak sedih tambah tambah ini anak pertama, 2 hari murung tapi alhamdulillah hari ini bertambah baik dan mampu terima kenyataan bahawa diri sendiri mengalami kes pregnancy macam ni :(
Allah, pinjamkan ku sedikit kekuatan Mu, agar tabah dan sabar menerima ujian ini. Semoga hati ku lebih kuat untuk berlayar di atas muka bumi ini menghadapi ujian hidup yang mendatang. Alhamdulillah, terima kasih Allah swt kerana menguji ku, kerna ku tahu Kau sedang melihat ku :)
Sekarang, dirujuk kepada pakar O&G Hospital Shah Alam untuk rawatan lanjut menggunakan surat rujukan dari Poliklinik Rimba. Dr. bagi masa 2 minggu untuk tunggu dia gugur sendiri. Tetapi jika lebih dari 13 minggu masih tidak gugur Dr. akan menjalankan prosedur D&C. Ya Allah, mudahkan urusan ku, aamiin.
10092019
0523pm
13092019
0100am
Emergency Hosp Shah Alam
Mika :)
Allahu Akbar, dalam proses menunggu Mika keluar dengan sendiri, kita usaha dengan makan nenas dan air coke untuk elakkan menjalani D&C, akhirnya Mika keluar sendiri. Betul la lah cakap orang orang tua nenas ni tajam. Tapi korang jangan ikut macam saya, sebab better tunggu janin gugur sendiri kot kot mana tahu, janin aktif semula selepas 2 minggu. Kuasa Allah siapa yang boleh tahu. Jadi banyakkan berdoa ibu ibu yang senasib dengan saya ya. Masa tu hari jumaat, pagi tu cakap dekat Mika depan cermin " Umi tunggu Mika keluar ea", tiba tiba terasa ada darah keluar warna coklat diikuti dengan warna darah merah dan ketulan ketulan halus tengahari tu. Sampai ke malam sakitnya, rupanya pergi ke emergency hosp shah alam, janin nak keluar dah sangat tapi tersepit di pintu rahim, jadi Dr. terus kepit dan tarik janin keluar. Sakit dia, Allah saja yang tahu terasa pinggang ditarik tarik rasa nak meraung pun ada :(
Alhamdulillah, lepas Dr. tarik keluar semua dan cucuk ubat kecut rahim lega rasanya. Dr. juga buat transvaginal scan utk cek sama ada pintu rahim dah tutup ke belum, alhamdulillah selepas berehat di bilik pengawasan selama 4 jam, pintu rahim sudah tutup dan kantung serta telur tidak lagi kelihatan. Alhamdulillah, terima kasih Allah untuk pengalaman yang sangat berharga. Walaupun Mika hanya tumpang sekejap di rahim umi, umi dan abah bahagia sangat sepanjang kehadiran Mika.
Mudahan Mika tunggu umi abah di syurga ea.
Amin, umi & abah akan sentiasa merindukan Mika...
Sekarang, kena berpantang. Hasil carian google dan blog ada yang mengatakan gugur bawah 3 bulan dan jika janin tidak membentuk berupa manusia kena berpantang selama 30 hari dan janin dibasuh dan ditanam sahaja. Dr. juga mencadangkan untuk mengandung lagi hanya selepas 3 bulan untuk memastikan rahim benar benar kembali pulih dan juga untuk elakkan kehamilan kosong berulang. Mudahan, segala yang baik datang dari Allah swt :)
Jadi jomlah kita berpantang eh. Terima kasih abg, umi abah, umi shah, adik adik yang jaga sepanjang kita berpantang. :)
baju lengan panjang + kain batik+ stokin+pilis+tepel
Tak lupa juga berurut, bertungku, mandi herba yaaa :)
Menu setiap hari selama sebulan :)
Inilah cerita saya, semoga bermanfaat buat ibu ibu yang senasib dengan saya. Mudahan kita tidak mudah putus asa dan sentiasa berdoa kepada nya agar kita diberikan zuriat yang baik dari sisi Nya.Amin.
Umi Mika :)
takziah buat kina sekeluarga..
ReplyDeleteTerima kasih sahabat, mie ;)
Delete