Friday, 15 December 2017

Trip ke Yogjakarta Part 3: Puntuk Setumbu, Gereja Ayam, Candi Borobodur & Jalan Malioboro

Hari ke-3..


Pagi! Seawal jam 4am sudah bergerak ke Puntuk Setumbu untuk melihat matahari naik di antara 2 gunung yang berlantaikan Candi  borobodur. Cuma, hari tu matahari malu nak keluar memandangkan cuaca di Yogjakarta masih lagi mendung kelabu. Actually, banyak tempat kami pergi ni lokasi shooting AADC. Siapa yang tengok cerita ni mesti teruja nak tengok tempat ni. Saya tak sempat nak follow cerita ni, nasib Joan ada selalu cerita tentang setiap spot yang kami pergi :) Nak naik puntuk setumbu ni kita kena mendaki sedikit ke puncak dan disediakan trek. Perjalanan pagi dengan angin yang kuat menyebabkan rasa sejuk terasa sangat. Advise korang bawa jaket kalau memang trip bergerak dari sebelum matahari terbit. 

Di gereja ayam, korang bole redeem ubi goreng ni dengan tiket masuk ke gereja ni. Sedap sangat ubi rebus goreng ni, makan berasap asap okay dengan view gunung dan bukit bukau yang dapat dilihat dari tingkat atas gereja ni.

Atas kepala gereja ayam ni, kita boleh naik sampai atas untuk bergambar. Dekat atas ni dalam cerita AADC hero nya mengatakan I love you bila matahari muncul di antara 2 gunung tu. Sweet gituuu :p



Dari Gereja ayam kami melanjutkan perjalanan ke Candi Borobodur, tiket bagi pelancong luar sangat mahal sekitar 350 000 rupiah. Kalau korang yakin korang ada mirip mirip muka jawa boleh try beratur beli di kaunter local okay? Hehe, so ni supir kami yang belikan jadi dapat murah sedikit sekitar 316 000 rupiah. Kita akan dapat free mineral water dan sesiapa yang memakai seluar/skirt pendek akan diberikan kan kain bagi pengunjung luar. Candi ni sangat besar, korang boleh pilih kalau nak meronda sekitar candi ni menaiki basikal atau shuttle train. Kami pilih basikal, tapi keadaan basikal sangat lah nazak. Nyesal ambik. Haihh.. Apapun seni bina candi ni sangat cantik untuk wujud sekitar abad tersebut kan. Rasa dalam buku sejarah zaman sekolah menengah ada belajar tentang beberapa candi. Tengok depan mata sendiri struktur bangunan ni memang amazing. Apatah lagi kalau dapat melihat dan menjejaki ke Kaabah dan bangunan tinggalan sejarah islam. Mudahan akan ada rezeki ke negara negara islan seperti Turkey yang terkenal dengan ketamdunan islam. Amin :)


Mungkin lagi tinggi dari batu caves, yang pasti tak dapat nak naik ampai atas sebab penyakit parkinson da sampai plus sesak ramai orang nih. ottokeeee..

Erm, skodeng dalam loceng ni, err ada banyak patung kicik kicik dalam loceng ni, seramm. Hehe, cer intai tengok!




Kina. Najwa, Mini.Joan

Masuk candi ni sangat mahal sama seperti di Candi Prambanan. Jadi kami memilih satu candi utama saja. Actually banyak lagi candi lain seperti Candi Ijo, Breaksi clift, Ratu boko dan pelbagai lagi. Kesimpulanya, Yogjakarta ni memang dibanjiri dengan candi hindhu dan juga buddha. Jadi spend la masa half day kalau korang betul betul nak ronda melihat struktur bangunan dan yang pasti pengunjung wisata ini amat lah ramai baik local ataupun dari luar negara. Okay, selepas keluar dari candi ni korang akan melalui gate keluar dan sepanjang gate keluar korang akan melalui kedai kedai cenderamata. Bagi saya agak murah juga harga cenderahati di luar borobodur dan yang pasti korang tiba tiba akan dikerumuni ramai peminat sebab semua nak suruh korang beli barang diaorang. Haha, bertabahla sebab den terkena nih. Kesian tengok muka diaorang. Sedih. Hrmm. 

Okay, next kami ke SPA sizuka nak urut badan selepas habis tenaga dikerah untuk 3 hari pendakian. Oh ya, sempat  juga jumpa ex student asasi semasa mengajar di Windfield International College yang kini belajar di Universiti Gajah Mada mengambil jurusan pengajian pergigian. Thank you for your suggestion, Mie lampung saiz Manusiawi :p. Kawasan ini kawasan student, dan merata rata dapat lihat pelajarnya kerana univeristi ini sangat luas. Kira nya ni macam Seksyen2 UITM tu :) Apapun, saya harap awak berjaya menghabiskan pengajian dengan baik ya Dr.Komugi wannaabe :)


Dan di sebelah malam kami ke Jalan Malioboro dan Pasar Beringharjo untuk membeli cenderamata sebelum pulang ke Malaysia esok. Dekat sini korang boleh dapat TSHIRT I LOVE JOGJAKARTA sekitar 12 500 rupiah dalam RM4 je okay? ;p Okay ni serba sedikit barang yang dijual dan dalam bandar Yogja ni kuda adalah kenderaan biasa korang boleh nampak ia bergerak melalui jalan utama sama seperti kereta. Haaa, amacamm? Malaysia takde ni :p



Catch me in your dreams :)


Dekat Pasar Beringharjo, korang boleh borong pelbagai barang batik, sangat sangat murah especially baju tidur dari kain batik Indonesia. Pelbagai barang korang boleh jumpa kat sini dari lace, baju nikah/kahwin kebarung ala indonesia, crown semua ada okay? Selamat shopping! ;p



Okay, esok hari terakhir iaitu hari ke-4. Highlight untuk trip kali ini iaitu Gunung merapi dan Pulau Timang sebelum balik Malaysia. Uuu, ni part paling heaven dengan perjalanan yang sangat dasyat menaiki jeep off road. 


Sambung nanti ya!





No comments:

Post a Comment