Hari ni nak share yang menarik di Sekinchan Selangor. Kalau rasa stress dengan keadaan di KL jum lari kejap tengok sawah padi di Negeri Selangor ni lebih kurang 2 jam perjalanan dari KL untuk sampai ke Daerah Sekinchan ni. Misi utama adalah mencari Mentarang bakar yang merupakan antara makanan eksotik. Ada banyak kedai yang menjual mentarang seperti Faridah Mentarang Bakar (JJCM) tetapi saya memilih untuk mencuba Aji Mentarang Bakar yang di list kan di dalam Jalan Jalan Makan Angin oleh TV3. So, here we go, angkut has dengan kak nani walaupun diaorang sibuk dengan study phd mereka :p
Inilah signboard kedai mereka, betul betul berhadapan Faridah Mentarang bakar. Di sini kalau bulan puasa boleh booking call owner korang nak makan mcm mana. Ia boleh di makan secara bakar, guring atau juga masak lemak dan sebagainya. Owner kedai ini pun peramah sangat :)
Cakkk! Hee, ini lah mentarang bakar. Rasa macam kerang tetapi bukan dia. Liat liat sikit rasanya bila kene sos nye boleh la hilangkan rasa pelik kalau korang bukan jenis makan benda yang agak fresh ni walaupun telah di bakar okay? Overall mentarang ni sedap makan panas panas, sepinggan macam ni RM30/kg. Korang kalau nak try lagi eksotik boleh cuba belangkas bakar. Tapi saya tidak mencuba, has dan kak nani pun sebab seram tengok belangkas besar tu kene bakar, eee macam makan kumbang je? ;P
Ini pula mentarang celup tepung. Bagi yang tak boleh pergi dengan bakar boleh cuba yang ni. Memang sedap makan Mentarang goring dengan sos, rasa macam makan cendawan putih tu je okay? Ni saya oder setengah kilo RM18. Harga kalau masak di dalam dapur mahal sikit dari kaunter bakar bakar ni.
Selain dari tarikan mentarang, korang boleh cuba pelbagai makan menarik sebelum sampai di daerah sekinchan seperti Coconut shake jagung di Restoran Gelas Besar, Cendol bakar dan sebagainya. Yang di atas ini kami makan di Cendol Durian sekitar Kuala Selangor. Price pun standard saja di sini.
Okay bila dah makan kitaorang mencari FARMVILLE. Ia merupakan chalet kontena yang berada di tengah tengah sawah. Memang cantik design tempat ini, Insyallah ada peluang nak dating stay sini bleh kayuh basikal petang petang di sini dan dapat melihat sunrise dan sunset :)
Ala, masa dating close pula so ambil gambar depan Farmville ni je.
Farmville Sekinchan
Okay, next kami ke 3D art sekinchan. Yang ni pun sangat menarik sebab ia terletak di tengah sawah, Bayaran masuk adalah RM12 bagi dewasa dan memunyai 3 tingkat. Tingkat paling atas paling awesome. Sumpah tak tipu taw view dia awesome sebab dapat lihat keseluruhan kawasan padi. Kalau korang sampai waktu padi tengah masak sekitar bulan 4/5 dapat lah view macam ni. Kalau tengah baru nak tanam semula nampak kosong tanah saja. So, sebelum datang korang cek dulu musim apa waktu tu okay?
Has di entrance 3D art gallery
Subhanallah :)
Cakkk! ;p
Mana orang sebelah ni, tak nak sambungkan ke?;p
Okay bila dah habis jalan dalam ni kami turun ke kawasan padi sekitar. Subhanallah, hijau mata memandang dan di hujung Nampak langit sudah gelap dan kelihatan angina angina kasar mulai menyapa. So, snap gambar sini sikit sebelum hujan turun.
Cantik sangat Allah swt cipta.
Has si Cucu Tauke Beras katanya :p
Okay lah sampai sini sahaja entry mengenai Sekinchan. Yang pasti akan datang lagi kerana ingin merasai pengalaman menaiki sampan melihat kelip kelip di Kampung Kuantan, Kuala Selangor. Jumpa lagi!
No comments:
Post a Comment