Sunday, 23 December 2012

Research Project Part II

Entry ini adalah kesinambungan tentang research part I yang dijalankan. Arnab sudah sampai dan boleh sambung buat research  *_*.. okeyh,arnab ini diberi nama aaron aziz n shahir n juga hazama n black..haa semua sebab colour arnab tersebut. ^_^.. so, secara tak lansung arnab tersebut menjadi anak-anak yang perlu dijaga,nasib baik ada mama tiri iaitu mama syero yang setia meneman untuk membersihkan kandang arnab-arnab tersebut. Thank you syero!

satu cerita sedih ialah,aaron da mati! :( dia da mati sebab terlebih chloroform kerana diethyk ether yang digunakan pada awalnya tidak cukup..maaafkan kina! hrmmm,berikutan perkara tersebut, adikk aaron yang baru dibeli bagi menggantikanya dari pasar klang dengan harga RM20..

kubur aaron! dekat sungai msu. Semoga tenang di sana.
so, begini lah gambar2x rabbit bila kita da start research, dia pengsan kita gunting! maafkan saya,rabbit..tapi saya akan pastikan kamu semua pulih sebelum saya lepaskan kamu..:(


beginilah rupanya...bukan niat ku menyiksa binatang,tapi sekadar mencari penawar yang mujarab untuk manusia..insyaAllah agar semua rabbit ini kembali pulih seperti sedia kala..AMIN..makbulkan lah doaku ini ya ALLAH..:(

Comparison dengan menggunakan methanol extract of capsicum annum l. leave extract  sebagai standard treatment. 1.5cm -  cm in 0cm in 3 weeks.
Yang ne pula comparison dengan menggunakan iodine sebagai standard treatment. 1.5cm -  cm in 0.4cm in 3 weeks
For last one,research pun sudah berakhir, dan pastinya akan merindui semua bunny2x ne..:(..ne last gmbar dengan rabbits! semoga cepat sembuh dan alhamdulillah tamat nya research ini dan hanya tinggal data analysis untuk spss.:)






 

 




Friday, 9 November 2012

Final research project Part I " Wound Healing Activity of Methanol Extract Capsicum Annum L. Leaves on Rabbits"

ENTRY kali ini adalah tentang research project 2 (RP2)  untuk tahun akhir bach of biomedical science (hons). Tajuk yang sudah saya pilih adalah wet research iaitu "Wound Healing Activity of Methanol Extract Capsicum Annum L. Leaves on Rabbits". Senang citer dalam bahasa melayu ialah daun cili  untuk merawat luka pada arnab atau kerinchi dalam bahasa indon ^_^. Masa yang diambil untuk menyiapkan research ini saya anggarkan dari bulan November sampai February 2013. Tapi start awal pon boleh kan,xyah berebut mesin dengan orang kalau buat awal tyme cuti sem ne kan,so research ini pun bermula dari Oktober 2012. Firstly, untuk buat research mesti ada bahan yang nak digunakan kan? semestinya daun cili padi paling penting dan daun ini boleh didapati dari penanam2x tempatan. Daun ini ditempah di pasar pagi stadium dari seorang pengusaha ladang dengan harga rm200 untuk 100o helai daun cili padi.mahal x korang rasa? actually,agak mahal la tapi ape boleh buat,last choice! no choice!BUT,dengan harapan saya memperolehi seed grant untuk research ini seperti senior2x yang telah berjaya dengan jaya nya sebelum ini. tak der la lebur duit kan,tapi kalau tak dapat tak apa la,minat punya pasal kn.. AMIN ^_^..haaa,ne gambar daun cili yang akan melalui proses pengeringan dan di blend menjadi seperti powder!





Cuba tengok saiz daun ni..besar kan? daun cili ni yang bukan jenis daun cili sentil yang kecil tu,tpi yang jenis cili padi yang panjang dan besar sikit.ala susah sangat nk describe tentang cili ini, tpi nama scientific nya ialah Capsicum annum L. leaves.


Oven yang akan digunakan untuk mengeringkan daun cili padi . Masa yang diambil adalah 2 hari pada suhu 50 degree.



Proses menjadikan daun itu kepada serbuk selepas pengeringan daun untuk membuang kandungan air  di dalam daun tersebut.. oopss lab coat n covered shoes n glove x pakai. untung takde orang datang sport check kan..*_* dan sekarang ini tidak ada pelajar lain,hanya saya!:D..saaya berkuasa ke atas lab ini..heheheh,jahat tak??


Inilah powder dari daun cili yang dapat dihasilkan...

Next step,process of  plant extraction!

Mula-mula kite kena la timbang berapa gram powder yang kita nak gunakan dan guna la ratio yang korang nak ikut. Macam saye guna 1:4,so anggaran yang digunakan adalah 200 gram powder dengan 800ml 95% methanol.. haa,95% methanol ne korang kene bancuh sendiri. And then, bila da siap kena rendam pula powder dengan methanol lebih kurang 1 malam dan dikacau selalu..(tapi ikut method masing2x,lain journal,lain method ^_^)..oke kita sambung balik,lepas step ne ialah filter. kita kena la filter campuran dengan menggunakan filter paper ke dalam conical flask 500ml dan sila la bersabar menunggu hingga akhir titisan rendaman tersebut. SeBBb? sebab proses ini sangat lambat jika guna 1 conical flask sahaja,so korang gunala 3 ke,supaya cepat sikit proses ini berakhir. Then,repeat lagi process ini sampai berapa banyak yang korang nak,tapi sekali buat da cukup kot.*_*


oke,ne powder lebih kurang 100gram yang sudah disukat dan akan dicampurkan dengan 95% methanol.


                               100% methanol/1000ml. Then,dilute la berapa percent based pada journal.


tapis dan tapis lagi ...


cantik tak?macam bunga bakawali...(betul ke?) ^_^


ini lah hasil tapisan extract tersebut yang akan diproses oleh mesin extraction *_*


Taraaa..ini lah mesin yang diwar-war kan ituh. Lepas 2 jam kita tengok hasil dia oke?

Capsicum annum l. leaves extract


 Ini lah hasil yang dapat dlihat selepas melalui proses extraction. Untuk mengambil nya ia perlu dikikis dengan menggunakan sejenis alatan yang kelihatan seperti sudu. Tapi nama scientific nya ialah "Spatula" dan untuk mengambil nya sangat la susah,kene banyak bersabar okeyh! *_*


Finally,ini lah extract of  Capsicum annum L. leaves yang terhasil....macam dodol tak? *_* dapat ciput jep kan,so kena la repeat step ne sampai la yang korang puas hati dan  cukup rasa untuk research korang ke kan dan simpan di dalam bilik sejuk 4 c dan lagiii?  Tunggu ENCIK rabBITS sampai untuk next step..xoxo..:D


To be continue..












Tuesday, 11 September 2012

research project 01 " capsicum annum L. leaves ( daun cili padi) to treat wound healing on rabbit "


entry..

" Capsicum annum leaves to treat wound healing process on rabbits "
ini tajuk research saye! kadang-kadang saye rasa tajuk ini sangat kejam dari segi methodology sebab guna cons HCL 80% untuk lecurkan kulit arnab tu...maafkan saya wahai conie2x ku..^_^..saye janji akan membuat ubat yang terbaik dari extract daun cili padi untuk rawat luka yang dibuat oleh saye!
dan hari ini adalah hari untuk membentangkan poster research project masin-masing dan it 's already done! ^_^

oke,memandangkan evaluator saye kali ini datang nya dari lecturer bach bio informatic ,so soalan dia pun sikit-sikit la kan..alhamdulillah :D..oke antara soalanya:
1) kalau guna daun cili jenis lain adakah ia memberi effect?
2)apakah sumbangan researc project ini jika ia berjaya kepada university?

alhamdulillah, rasa nya habis baik sudah mencuba untuk menjawab soalan yang diberikan oleh evaluator dan nasib baik soalan nya SIKIT!:D


































Berakhir sudah research project 01..selamt berjuang untuk research project 02 *_*..amin

Tuesday, 14 August 2012

health science's day !

entry kali ini adalah kisah event health science day under subject medical diagnostic I. Then, seperti kebiasaan sem-sem sebelum ini,mereka akan mengadakan event ini dengan pelbagai tema..untuk event kali ini adalah bertema " explore of global healing " dari pelbagai 12 buah negara seperti USA,JAPAN,KOREA,TAIWAN and etc. Dan group kami adalah "indonesia" ^^,..booth kami simple-simple jep and congratz untuk semua pemenang pelbagai ketegori untuk event kali ini.. dan tidak lupa juga kepada penari-penari flashmob untuk opening event..awesome...^_^
some picture from we are:










kat sini macam2x expresi muka ade, perasan,cover2x.hahhaha ^_^..apepun seronok sangat! congratz kamu semua untuk event kali ini di sem 5 nie,tinggal 1 lagi long sem untuk subject research project II..gud lux ! ^_^





Wednesday, 18 July 2012

Jalan - Jalan Cari Makan ^_^

entry kali ini tentang jalan- jalan 4  budak perempuan  ^_^...oke tempat tujuan tak de la hebat sangat,just tempat biasa-biasa iaitu jalan tar dan masjid india..dekat sini memang banyak variasi semua benda yang kita nak cari..tambah-tambah nak raya ni,memang padat la orang kat sana nanti. antara kedai yang kami pergi adalah muaz textile, dekat kedai ni harga dia memang sangat murah..berbaloi..boleh dapatkan blouse,tudung- tudung yang agak eksotik..hehhee..dan harganya bermula dari RM 1.80 only...oke,ni some picture dari kami2x..^_^




Tq, ^___^


Wednesday, 4 July 2012

Dean's List Award Ceremony..

semalam! 4hb 07 2012! ^_^


Untuk kesekian kali akhirnya dapat juga dean list kan,sebab masa diploma rasa macam zaman spm dan suka main-main...tapi untuk degree ni..aku da habis struggle untuk study and i got what i want..see .kata-kata untuk diri sendiri la,sebab mindset aku selama ini,  " isyh impossible la nak dapat dean,3.0 pun da susah" ------------kata-kata budak malas kan.ehehhehe...sekarang aku nak tendang jauh-jauh kata-kata tak munasabah ini dan akan teruskan usaha untuk dapatkan 3.7 pula..harapan aku tak tinggi pun sebab nanti gayat.ehehheh ^_*..tapi yang pasti kene lebih dari 3.56..persoalanya,boleh ke?sebab subject makin berat dan ada research project.6 credit hour...harap2x bole,,Insyallah..

^_^..majlis ini diadakan di performing art teater..fakulti FHLS iaitu faculty health and life science..sebelum ni majlis ini diadakan bersama-sama fakulti lain,tapi kali ini disebabkan ramai sangat yang dapat dean iaitu seramai 183 orang, fakulti ini terpaksa diasingkan majlisnya dari fakulti lain..dan pastinya ramai dean adalah dari course aku..iaitu BBM. bukan blackberry messanger ek....Bach Biomedical Bcience.
So,adalah beberapa picsa yang sempat snap: D



alhamdulillah..



kawan2x yang sama2x dapat juga! ^_^

Tuesday, 29 May 2012

"Master of health science"

Entry ini berkaitan flow cerita dari zaman tadika sampai sekarang. setiap orang mesti ada cita-cita masing2x kan? sama seperti aku,aku minat architecture,tapi abah kata bidang tu tak sesuai untuk orang perempuan tambah-tambah lagi bila da mengandung kan?isyh2x,disebabkan itu lah aku berjangkit dengan words " medical "..bukan doctor oke?hehehe,hanya para-medic..sebab aku tak nak continue MBBS ( BACHELOR OF MEDICINE AND BACHELOR OF SURGERY)..bukan jiwa la nak merawat orang sakit,bedah-bedah manusia nie,bedah tikus boleh la..*_^.. so,cerita nya bermula di sini :

zaman berhingus-hingusan >_< ialah ketika sekolah Tadika di jengka 1 dan Tadika bandar pusat jengka
                                                                            !
bila da pandai cakap semua masuk sekolah rendah di SK bandar pusat dan juga tidak lupa sekolah agama al- tahfiz di sini juga.
                                                                            !
okeyh, sekarang da terror sikit masuk zaman awal remaja dan bersekolah di sek.men,desa jaya dan juga sek.men.jengka.pusat.
                                                                            !
bila result da keluar (time tu baru lepas plkn) sedddihh >_<..ini lah akibat malas belajar dan masuk tingkatan 6 selama 4 hari sahaja!
                                                                            !
until that day,i know i must decide my true pathway & what i want in my life..then, i choose MSU (management & science university) with my beloved course " Diploma of medical laboratory technologist" for 3 years .
                                                                            !
Finished! ^_^..sekarang,aku continue dengan "Bachelor of biomedical science" for 2 years dan sekarang berada di sem 5. Insyallah september 2013 aku tamat belajar.
                                                                            !
Last Stage : aku nekad untuk continue Master of health science( biomedical science) jika diizinkan tuhan dan dIberikan rezeki oleh-Nya..sebab cita-citaku yang bersimpang arah ini akhirnya memilih kerjaya mendidik yang upgrade sikit dari abah iaitu "pensyarah"..^_^
                                                                           !
Hidden Stage: PHD! wah,ni la yang paling tinggi dan paling gayat nih.*_^..sama juga seperti master kalau ade rezeki pasti akan ku sambung selagi ada level belajar dalam dunia ini. tapi pastinya aku akan buat selepas berkahwin..ehehehhe ..:p..sekarang saya dah ade Topi PETAK! Topi BULAT tunggu saya ek! ^_*


* Credit to someone yang akan sambung master,insyallah,semoga kamu dapat & berjaya di sana nanti..
                                                                 # inspiration AS #




-AMIN-




Thursday, 10 May 2012

PTPTN ---->MARA

ALHAMDULILLAH..^_^
Terima kasih ya Allah kerana permudahkan rezeki ku seharian ini..sem ini terlalu banyak rezeki yang tak terhingga...*_*...akhirnya dapat buat pinjaman MARA. Tapi proses yang terlalu banyak dan sulit dan sangat leceh buat hidup aku kacau bilau seminggu nih,berlari2x terkejar sampai tak sempat nak attend class...banyak perbezaan PTPTN dan MARA.Antaranya:

1) Tiada bunga pinjaman
2) Elaun sara diri setiap bulan rm700
3) Elaun perkakas RM600 sekali setahun
4) Kertas projek RM150 sekali setahun
5) Thesis RM300 sekali setahun
6) Perkakas rm200 sekali setahun

*Statement ini mengikut pengajian masing2x..*_*

kalau dapat 3.75 pinjaman ini akan menjadi biasiswa----kalau dapat 3.5 still dapat pengurangan bayaran balik--------kalau dapat below 3.5 STILL ada pengurangan..^_^


Sebagai contoh, my friends masa diploma pinjam rm54 k, but dia hanya perlu membayar rm 1250 sahaja..dan ada juga yang pinjam rm54 k dan hanya perlu membayar rm15k sahaja..apapun proses pengurangan bayaran balik ini perlu lah dilakukan dalam tempoh 2 tahun selepas tamat pengajian dan ianya bergantung pada CGPA anda..TQ MARA...LOVEEEEE  MARA..*_*


yeahh3x..saya seronok sangat3x..^_^



Monday, 30 April 2012

Resepi mee hailam umi..^_^

Hari ini,tetiba saje rasa nak makan mee hailam yang umi selalu buat,jadi terus buka pintu peti ais dan main masak-masak..jom! ini resipi mee hailam:
  • udang dan ayam
  • sawi,taugeh
  • daun sup ,daun bawang
  • limau purut
  • mee kuning
  • cili giling
  • sos
  • otak udang
  • kicap ( cap kipas udang yang paling penting)
  • tomato
oke,mula 2x sekali tumis bawang,sehinggan kekuningan..
lepas tu,tumis cili giling dan tambahkan sos dan kicap dan juga otak udang..
masukkan sawi dan taugeh beserta udang dan ayam dan juga tomato..
bila da agak menggelegak,masuk kan mee kuning dan garam...
dan tunggu sampai  masak dan juga tambahkan perahan air limau nipis beserta daun bawang dan daun sup...


* step dan bahasa agak tunggang terbalik,maklumla budak2x yang masakk...*_*


okeyh,siap!...^_^..tq umi..



Sunday, 29 April 2012

result sem 4!


  • yeaayyyyyyy...alhamdulillah..bersyukur ke hadrat illahi sebab memberi kegembiraan yang aku inginkan sejak zaman diploma lagi,iaitu dean list award! berkat usaha,doa umi dan abah dan juga rakan2x dan lecturer akhirnya ia telah membuahkan hasil yang sangat memuaskan hati..terima kasih ya allah ...akan aku usaha lebih lagi untuk research project akan dtang untuk menaikkan lagi CGPA..walau pun bizi dengan aktivity outdoor kelab kembara tapi kalau dapt bahagikan masa dengan baik,tiada apa pun dapat menghalang kita daripada merasai ape pun juga yang kita nk cuba sepanjang memegang gelaran sebagai student..^_^..enjoy your life student! tapi jangan sampai lupakan ALLAH s.w.t...


MEDICAL PARASITOLOGY: B
SYSTHEMIC PATHOLOGY: A
ANATOMY AND PHYSIOLOGY II: A-
PHARMACOLOGY AND TOXICOLOGY: B+
RESEARCH METHODOLOGY : A

GPA: 3.56
CGPA: 3.33
STATUS: PASS
"DEAN LIST AWARD"


( expressi terlebih excited!..hehhehe...thank you allah s.w.t)

Monday, 16 April 2012

Trip to Gunung Dato', Rembau, N.9

GUNUNG OWH GUNUNG...



okeyh,ni preview cerita gunung datok from website!..jom tengok betul ke tak oke?xoxo..^_^







^_^..kali ni aku pergi hiking dekat gunung dato atau juga di kenali sebagai gunung datuk..yang terletak di rembau n.9. perjalanan dari shah alam ke n.9 memakan masa selama 2 jam setengah dan akhirnya kami sampai di tempat penginapan iatu di rumah kebudayaan n.9..mengikut tuan rumah yag menjaga rumah kebudayaaan tersebut ,asalnya rumah itu dibina di tempat lain,dan beliau telah membeli kayu2x tersebut dan memasang nya semula di sebelah rumahnya,hebat kan?hehehe,kira kami adalah orang pertama yang buat aktiviti dan tidur dalam rumah tersebut,sebab sebelum ini hanya aktiviti saja yang dibenarkan untuk dilakukan di rumah ini oleh pelajar2x yg datang buat community services atau apa-apa event.













sesampainya di rumah tersebut,kami membuat aktivitI LDK dan bergerak ke air terjun di dalam kampung tersebut. perjalanan ke  air terjun tersebut turut melibatkan perjalanan meredah hutan untuk sampai ke tempat itu dan air terjun tu sangat seronok!!!!..hehehe...air nya sangat sejuk dan mempunyai bentuk seakan- akan kolam..tpi kedalaman nya turut boleh menyebankan lemas sebab tak reti berenang lah,!hehehe..*_*...haa,kena gigit dengan pacat pun dah kena ni,gemuk lagi sebab x perasan bila ada kat betis..isyhh3x..




bila malam da berlabuh...




kami membuat aktivity LDK lagi dan makan2x dan nightwalk!..oke pasword kami adalah HONDA CIVIC...^_^ ..nightwalk ni boleh dikatakan tidak menakutkan sangat jika dibandingkan camping dekat tasik banding di mana mlm nightwalk  kami ditinggalkan dalam ceruk hutan belantara hampir 2 jam sekitar jam 2 pagi.hehehhe...oke la,aktivity ini dilakukan sampai pukul 1,dan kami semua dikehendaki bangun jam 2 pagi lebih sebab aktiviti hiking akan dilakukan di sekitar jam 3 pagi...

sekrang sudah pukul 4 lebih,dan kami berada di kaki gunung,buat senaman sikit2x dan mula lah mendaki..yeahh mendaki sampai lebam2x kaki..xoxo..



sekitar jam 8 pagi kami sampai di puncak gunung dato'..ketinggian gunung ini adalah 884 meter,perjalanan untuk sampai ke puncak dipenuhi dengan batu2x besar dan agak tajam,sepanjang mendaki gunung ini adalah dalam keadaan tegak 90 darjah dan kurang tanah landai..kira kalau mendaki tu,kena terus mendaki sampai puncak sebab dekat puncak baru ada tanah landai untuk rehat..penat tak terkata,yang mencabar fizikal dan mental..dan kebanyakan laluan di gunung ini seakan2x mempunyai tangga semulajadi dengan wujudnya akar2x yang sangat unik..
bila da sampai puncak,yeahh seronok...bejaya menawan gunung dato'..!!! inilah keajaiban ciptann ALLAH S.W.T..cantik tersangat2x...



















dan di sini kami juga masak maggi dan beristirehat dan sekitar jam 10 pagi kami turun semula dan sampai di kaki gunung dato' sekitar jam 12.dan nasib kami baik sebab kami tersermpak dengan ular yang bahagian atasnya warna kuning dan hitam yang berbentuk segi empat. sekali pandang memang macam sekeping kertas yang bewarna kuning berselang -seli dengan kertas warna hitam. mujurlah ada seorang budak lelaki cuba mengusir ular tersebut menggunakan kayu, haaaa,bila da angkat badan nya,baru nampak shape ular tersebut sama seperti ular lain,kira separuh sphere la...korang dapat bayangkan tak?huhhh..kalau sekali pandang mesti ingat keetas yang bergerak sebab ular tu cantik sangat..dan juga terdapat kumbang yang berbentuk unik..macam2x cerita serangga dan haiwan,dalam hutan kan?

kami mendaki hampir 4jam,turun 2jam...hehhee..bila da sampai bawah memang lapar la kan..dan bersiap2x sedia untuk pulang ke rumah penginapan...

jam 4petang kami pulang ke shah alam selepas mengemas semula rumah kebudayaan tersebut dn bergambar denagn tuan rumah tersebut....^_^..bye negeri sembilan,insyallah ade rezeki boleh sampai ke gunung jiran dato iatu ,Gunung Nuang mungkin..:D..insyallah akan ade event ke Gunung Senyum tak lama lagi.