Monday, 11 December 2017

Trip ke Yogjakarta Part 1: Taman Sari Keraton

Hi,

nurs.yogjakarta

          Alhamdulillah sudah semingu pulang dari bumi Yogjakarta. Asik bangat di sana baik makanan, suasana, dan juga hujan nya!.Walaupun 2 hari sebelum kami pergi Yogjakarta dilanda hujan lebat di sesetengah tempat malahan banyak pesawat yang tidak dapat mendarat di Yogjakarta malahan ada yang berpatah semula ke Semarang dan Jakarta, alhamdulillah perjalanan 1jam setengah  kami tidak menempuhi perkara seperti travellers lain 2 hari yang lalu. Hujan mulai surut ketika kami di sana dan cuaca di sana agak sejuk. 4 hari berada di jogja rasa seperti sedang bercuti ke Cameron Highland:)

        So, apa yang menarik nya di Yogjakarta ni sampai ramai rakyat Malaysia memenuhi kalendar 'MUST GO list ni? okay jum kita tengok dan sebelum tu saya ingin share mengenai supir yang kami ambil bernama Mas Den Yana, +62 817261513 recommend by BBM (Backpakers buddies Malaysia) FB group. Mas ni sangat sporting, baik, sopan santun, pandai menyanyi and treat us like princess gitu! Suara nya asik bangat kayak penceramah motivasi kata Joan. Taip saja Den Yana di FB pasti keluar. Servisnya saya bagi 11/10 :D. Rakan rakan supir bagi jeep merapi dan pulu timang juga awesome sangat sama Mas belly antony. Mas belly ni sangat pandai mengambil gambar kerana dia juga wedding photographer okay? Terima kasih kawan kawan yang berkongsi mengenai pelbagai info dari A sampai Z. 

        Trip kali ni trip mix and match, haha. Siapa nak ikut pergi Jogja, jum! Joan (ex coursemates), najwa (sepupu), kak mini (kawan dari johor). So korang berkenalan di airport nanti okayy? Hari pertama sebaik sampai Mas den ambil di Adisujipto airport sekitar 10am waktu indonesia. Tak sangka ada laluan tren kereta api di tengah jalan dna apabila tren berlalu pergi kita boleh melalui jalan tersebut. Jakun sat :P okay bermula explorasi Jogjakarta di tempat pertama sekali iaitu Taman Sari Kraton.

         Mengikut sejarah, taman ini merupakan bekas taman atau Kebun Istana Keraton Ngayogjakarta Hadiinigrat. Ia merupakan tempat reakreasi keluarga diraja malahan sebagai benteng pertahanan pada tahun  1758-1765. Kini, ia menjadi salah satu wisata popular di Yogjakarta. Seni bina bangunan yang mempunyai banyak abstrak corak bunga dan haiwan mewarnai hampir keseluruhan bangunan. Rasanya tempat ini agak besar dan ada beberapa bahagian dan berdasarkan pembacaan blog sebelum ni katanya ada Masjid tersembunyi dalam istana ini sebab kami tak jumpa bahagian tersebut di dalam istana ini. Wisata ini kian tetap utuh walaupun sudah lama. Okay, korang tengok ni!








Okay, dikhabarkan ada satu bahagian di mana dari tingkap atas bangunan ini Sultan akan melihat gadis gadis mandi di dalam kolam biru ni dan yang dia berkenan akan dijadikan isterinya. Ye ye je nih, so kemain pose skodeng dari atas kot kot nampak duyung lelaki berenang kuak kupu kat bawah tu :p Okay sebelum balik ke Hostel backpakers 44 kami singgah ke Rest. SS yang terkenal dengan ayam penyet dan sambal sambal nya, ummm tak boleh nak banding dengan yang ada di Malaysia. Enak bangat nih ;p


Sebelum sambung next entry, nah belanja video dalam Taman Sari Kraton or Water Castle ni okayy?




                                                                                                                                              











No comments:

Post a Comment