06|02|2021 07:07am
Assalamualaikum, lama sudah tak menulis di blog sejak berhijrah ke Tawau sebab suami posting 2 tahun di Hospital Tawau ๐, kita pun sudah hampir 7 bulan menjadi seorang suri rumah. Rasa macam tak percaya kita menjadi seorang suri rumah kalau nak dibandingkan dgn sebelum ni sangat sibuk keluar pagi balik malam, 2 kerja dalam 1 hari sebab memang suka kerja๐? Tapi apa boleh buat kan, tanggungjawab seorang isteri berada di sisi suami๐.
Ketika aku menulis coretan ini, kandungan sudah berusia 38 minggu. Alhamdulillah ๐. Mungkin bila bila masa juga boleh melahirkan bayi memandangkan kedudukan nya sudah berada di laluan nya. Alhamdulillah terima kasih Ya Allah, Kau kabulkan permintaan kami ketika di Tanah suci memohon ditiupkn roh malaikat kecil di dalam rahim ku. Semoga dapat dilahirkan dgn selamat dan menjadi anak yg soleh, Aamiin๐
Walaupun tengah sarat, terasa nak juga sambut birthday abg yg ke 32, ditambah dgn PKP jadi kena sambut di rumah dan kena cari idea birthday decoration sendiri. Takpe, kita suka deko deko ni dan thanks to shopee utk bahan bahan deko yg comel seperti Ballon Stand, Roses petal & Deco lamp.Kita share gambar deko kat bawah ni ๐
Okay, ni la simple idea birthday decoration yg mak buyung boleh buat sambil jalan macam penguin๐, masak bolognese spagethi, dan beli japanase cream puff & pizza. Lepas abg bangun dari tidur kita celebrate okay sebab dia post call malam tadi ☺️
Cakkk....๐ฅฐ
Selamat ulangtahun kelahiran yg ke 32 abg. Semoga abg dikurniakan kesihat umur yg baik & berkat. Semoga kita menjadi sebuah keluarga yg sakinah, mawaddah & warahmah sampai syurga firdaus. Aamiin ๐
Okay, sampai sini coretan untuk kali ini. Syg harap abg akn selalu ingat abg sentiasa istimewa di hati syg sb nama kita sudah Allah swt tulis di sana lagi dan syg sgt menghargai pemberian Allah swt iaitu abg utk syg jaga dunia & akhirat. Alhamdulillah terima kasih Ya Allah atas segala pinjaman yg diberikan kepada ku. Tak lupa juga si kecil yg bakal lahir tak lama lagi๐. Andai kata ada apa apa yg berlaku di sepanjang hubungan perkahwinan ini tetaplah kita bersama merenung kembali perjalanan yg kita tempuhi sehingga hari ini. Semoga Allah swt sentiasa memelihara hubungan kita dan kita berkasih syg kerana Nya. Aamiin๐
Ada hadiah lupa nak bagi sebab sibuk sgt kat dapur, tapi hadiah sebenar tunggu taw, Sayf Sirhan๐ถ๐ป is coming, abi! ☺️
#shahkina
Your cute wife
-Sakinah-
ReplyDeleteayo segera bergabung dengan kami hanya dengan minimal deposit 20.000
dapatkan bonus rollingan dana refferal ditunggu apa lagi
segera bergabung dengan kami di i*o*n*n*q*q :-* (f) (f) (f)