Tuesday, 24 January 2012

Green Latent Royal Belum,Tasik Banding, Perak...

Trip kali ini adalah camping di Green Latent Royal Belum selama 4 hari. Macam biasa,trip ni mesti ade syero,macam diploma dulu dulu dan juga damira. Okey,trip kali ini adalah untuk release tension exam mid sem yg bru berakhir mggu lepas. Kat sini memg release tension betul lah dgn nature environment yg tersangat cantik ciptaan-Nya.

haa,cuba teka kenapa nama tempat ini Roal Belum?

Okeyh,tempat ini dnamakan royal belum sbb di sini ade nya spesies haiwan yg mengeluarkn bunyi "blum,blum,blum"..hehehhe...rasanya species ikan la kot,tak sure.
Untuk pengetahuan korang, tasik ini terbina di atas kampung yg sudah dimusnahkan oleh komunis dahulu n kedalaman tasik ini adalah 6ooo meter dri kaki gunung. So,balance gunung yg tinggal dan bole dilihat adalah seperti gambar yg dipaparkan di blog ini. Mcm bukit sje yg tggl kan? see, dulu gunung okeyh? jadi ini lah kwasan kami duduk slma 3 harii..^_^..

But...
Sebelum tu,kami telah memgikut survival camp yg sgt perit,tiada bekalan makanan hnya secupak beras.Tidur berbumbungkan daun nipah dan langit dan kedaan malam itu yang hujan tengah tidur pon bru tesedar baju dan  seluar sudah basah dengan hujan dan terpaksa duduk dekat unggun api ala ala korea gitu dengan hujan rintik rintik. nyamuk apa lagi bersorah ria sebab dapat hidangan besar darah darah manis dari selangor. tak lupa juga kepada pacik dan macik agas agas dan sengkenit  yg menyakitkan. wahh memang perit lah survival camp ne waa cakap sama luu. Hehehe. sama macam zaman jepun fikir 10x la sebelum nak join kalau ada aktiviti dianjurkan. owh malam itu sangat gelap dan hujan. Hanya nampak unggun api yg segan mati tidak mahu tapi berterima kasih kepada shaq yang sedia menjaga penjaga kami malam itu. Tapi, banyak sangat pengalaman bermanfaat dapat di sini. Antaranya info yang diberitahu oleh guiders:

1) kegunaan daun nipah sebagai alas tempat tidur dan batang nya boleh menjadi asas untuk membuat pondok. pendek kata kalau kita sesat dalam hujan bila jumpa saja daun ne koorang kena bersyukur. why?why?why? haaa,google la pasal daun ini.

2) Makan daun? yeah, ini lah makanan kita kalau sudah darurat dalam hutan. tapi bukan semua boleh dimakan ok. hanya daun yang licin di bahagian atas dan bawah saja yang boleh dimakan. jika salah satu bahagian kesat atau berbulu tidak boleh dimakan.

3) Pilih akar kayu yang sesuai dan potong akar itu menyerong. kalau dalam akar itu putih boleh diminum air simpananya. Tapi kalau dalamya bewarna merah, airnya beracun! be aware okeyh.

keeesokan pginya seawal 5-45 am (sabtu)kami da angkut buluh turun dari hutan ke kawasan tasik untuk membina rakit menggunakan buluh dan 3 kayu balak untuk dinaiki oleh 30 org iaitu peserta2x program ini. Semua berendam dalam air sambil pasang dan ikat buluh ini. 2jam berendam dalam tasik ini memasang dan mengikat tali rakit ini menggunakan akar akar kayu yang dicari malam tadi. Rasa macam tak percaye saje kan rakit ni boleh terapung atas tasik ketinggian 6000 meter untuk smpai ke chalet jabatan perhutan ngeri perak pulau tali kail.Waahh kt sini memg penat glerr kuasa 10x.Siap tertidur tengah tengah tasik ni sambil mengayuh pakai buluh. hehehhe..ok ni gambar time rakit di tasik banding. 2 jam berkayuh dengan kelajuan tahap kura kura di bawah matahari terik. Can you imagine?




Taraaa kami sdah sampai di chalet untuk kami menginap. owwh yaa lupa nak cakap. barang barang kami semua sudah dihantar ke sini dulu sebelum kami ditinggalkan di hutan belantara itu. Hancusss rakit yang kami bina itu bawa 30 orang muatan berat. Hihihi.

                                      






oke,bila sudah puas rehat, petang adalah aktiviti air,di mana kami berkayak dan mandi -manda di tasik ini. d\Di smping itu,sempat juga snap picsa2x alam flora n fauna yg tersangat cantik ini...^_^








Malam mula berlabuh. Hari semakin gelap. Kepenatan semakin menyengat. Energy sudah tiada. Tapi masih ada lagi program iaitu LDK dan nightwalk yang tidak disangka sangka.



Part ni la yg lemah sikit. Kat sni dia bawa pergi aktiviti nightwalk di kawasan hutar sekitar camp ini. bila sudah sampai turn nasib korang la kan. so, dapat tempat yg agak berbukit. belakang aku rupanya da hilang semua bila masa entah dorang kena seludup. Hehehehe. program ini ambil masa1 jam sebelum dikutip balik smula

Serammm ooo teramat ...macam macam surah dibaca,muke kental tpi dlm hati allah sje yg tahu. malam itu sangat gelap,hitam pekat dan bintang dan bulan juga tidak kelihatan. Tangan sendiri pun tak nampak. gelap teramat hanya dengar suara unggas dan burung hantu. Datang pula guider2x yg kelakar ni dtg kacau2x. sSakit perut dengar die org ni kacau bukan bukan. Kejap on kejap off headlamp,pastu dengar nafas sempot dorag jep panjat turun bukit siap sempat tembak pistol air kat muke aku. isyyhhh sbr seje lah Lepas tu perlu ke pakai baju putih putih terbang lari sana sini.Kat sini pun sempat terttidur juga dlm hutan yg gelap gelita sbb lama sgt tggu. bila bersenderian mula lah teringat salah silap dengan ibu bapa kawan kawan diri sendiri. muhasabbah diri gitu. Hehehe. Haa, untuk pastikan guiders ini tak bawa balik "orang lain" password nightwalk team ini adalah (toyota first,hilux second)..hehehhee...ape2x la..

Okeh, hari kedua start dgn kayak lagi,punya la lame smpai tergeliat tgn n sunbuuurrrrrrrrrrrrnnnnnnnnnnnnnnnn...aaaaaaaaaaarrrrrrrggghhh x sukkkkeeeeeee.....sakit giler muka da rupa mcm wat suntikan btox, tak boleh nakgerak kan otot muke. Kulit sensitif pada cuaca dan alergi serangga. Haa ape lgi bengkak 1 badan n muke mcm udang. Then,bila smpai hutan,kami mendaki untuk smpai ke menara untuk melihat sendiri pemandangan dari puncak. Subhanallah. Amazing.



Bila da puas tengok, kami bejalan semula trun ke base camp dan sebelum itu kami  meneroka hutan yg memisah kan antara perak dan juga siam. Kami juga jumpa batu pemisah antara negara.Teruujaaa kot,...^-^. Lihat, bila angkt batu ini ade jumpe duit syiling banyak kot,agak2x nye org yg lalu hutan ni la kot yang letak syiling ini..macam macam tahun  ade dlm batu ni..kt sini ade tercatit nama "perak" dlm bhasa jawi juga dan juga siam.kami juga sempat bergmbar kat sini.




Malam menjelma lagi,kami bersiap sedia untuk malam kebudayann. Time nii best kot,macam macam gaya n gelagat. Serious akan ingt part2x yg nih macam titanic versi tamil. :P



Hari ni hari terakhir kt ssini dan aktivity bebas boleh dilakukan,tapi disebab kan kecederaan wajah yang dialami tak dapatla nak join. cewaahh..hehee.. tak dpt la turun bermain air sekadar melihat kwn2x bermain air dan bersiap sedia untuk balik pda pkul 2 petang dri Pulau tali kail.

Ok. Setakat sini saja perjalanan cerita camping ini. Next tyme, akan cri lgi trip2x menarik...lepas dri ni akan ade Trip ke pangsun untuk Assignment Anatomy & Physiology II...^_^.. Ini lah kengan paling terbaik dri trip ini. Penangan bibir angelina joli dan muke udang ndan juga kulit yg meggelupas dari
        " Survival camp 5 hari 4 malam di  Royal Belum, Tasik Banding, Perak "


Bye bye royal belum. Ada rezki datang lagi. Amazing place. Peace. :)


4 comments:

  1. agk la..hehehe....sunburn teruk kot...

    ReplyDelete
  2. salam,, boleh x saya dapatkan contact number untuk ke royal belum..menarik betul tgk semua aktiviti nyer..:)

    ReplyDelete
  3. wasalam,owh maaf saya x sure untuk contact number royal belum sebab saya ikut program university...

    ReplyDelete