Assalamualaikum..
berhabuk sudah blog ini. tetiba rasa malam ini nak menulis kerana banyak masa lapang. Haa, hari ini kita semua menyambut maulidur rasul iaitu hari kelahiran Rasulullah swt junjugan kita semua. Perbanyakkan selawat ke atasnya, amin. :)
Hrmm, sedar tak sedar sudah 2 minggu bekerja di Maybank Bukit Bintang sebagai Financial Executive. Ramai yang tanya macam mana boleh dapatkan? kerja ini pun dapat secara kebetulan. Masa itu masih practical di Fakulti Sains Kesihatan ,UKM KL sebagai research assistant. Maybank buat walk in interview di hotel seri paciific dan anggaran 300++ calon yang hadir. Alhamdulillah boleh jawab semua soalan dari interviewer yang cukup cukup hentam sebab kenapa apply kerja financial and banking ini kan. biomed dan banking ada kaitan kah? idea datang tiba tiba untuk jawab soalan dia selama 3 minutes non stop and at last i got a job as F.E on that day. Dan juga masa itu masih ada baki 3 minggu untuk habiskan practical untuk melengkapkan course BBM ini dekat MSU. ! Alhamdulillah. Then, start kerja after 1 month. Tak sangka belajar biomed alih alih kerja bank. Tiada siapa tahu perancangan Nya kan. Aku terima apa Allah aturkan untuk hidup ini dan insyallah bulan sept 2014 akan sambung study semula. Semoga Allah mudahkan perjalanan hidup ini.
Haa cerita pasal F.E ini apa job description dia eyh? so nak detail boleh google tapi generally sebagai F.E di bank tugas adalah more pada sales insuran takaful, card credit and investment. Untuk kerja ini kena ade license sebelum boleh membuat sales ini. So, maybank akan hantar training di akademi maybank selama 2 bulan dan sebulan attach di branch. Dikutkan 5 bulan pertama adalah istilah honeymoon untuk semua F.E sebab belum ada target. Banyak advantage jawatan ini di mana kita akan dapat "bonus" untuk setiap product yg dijual kepada customer jika mencapai sasaran 50 % yang company letakkan ke ats seorang F.E. Apepun ,sales ini bukan lah jiwaku. Sekadar mengutip pengalaman selepas unofficially graduate dari MSU. insyallah akan mencari bidang yang lebih berkaitan rapat dengan jiwa jika Allah izin kan. :)
2 minggu bekerja di maybank dapat peluang menjadi committe members untuk Maybank Region Federal Territory Award di mana ia melibatkan semua branch maybank di sekitar KL dan Selangor. Staff maybank yang hadir dengan thema glitters, cocktail dinner style dan kehadiran artis seperti nabil,jep sepah,syuib,yus jambu,eby yus,zamani,mark adam,harris harriwatan dan ramai lagi. New experience for me and also new friends from other branch. Nice to know all of you. :)
In a nut shell, i really tried to enjoying my new life environment because it is very hard for me to survive. Percayalah. Tersiksa jiwa batin ku merindukan biology. Hehehe, tetapi kita harus percaya apa yang Allah sudah sediakan untuk kita dan sentiasalah bersangka baik dengan setiap apa yang berlaku. i really hope i will be a student again, very soon.. Insyallah. Wish me luck untuk IELTS test jumaat & sabtu depan.
Ok lah, sampai sini saja entry ini. Mungkin akan menulis lagi jika kelapangan waktu. Assalamualaikum. :)
Assalamualaikum.
ReplyDeleteWah kena hentam pasal course yang takda kena mengena? Ni rasa tak nak pergi interview ni, kecut perut, ehe. Saya dipanggil interview utk jawatan ni gak, kat Maybank gak. Student Biomed gak. Akhir bulan ni interview. Boleh share lagi tak pasal soalan-soalan yang depa tanya?
And apa yang awak jawab/bidas hentaman2 depa? Boleh share? Saya rasa nak cakap pasal gain new experience, improve skill. Jawapan standard mesti bernanah telinga depa dengar, ehehe.
Jiwa saya pun bukan kat sales2 ni, tapi sebab dia dah panggil interview tu, pergi je lah. Dpt tambah pengalaman interview :P
fara; hehehe...biasa akan tanya cuba related kerja sbg F.E dgn sains? haa,jawab cepat :p
ReplyDeletehai. saya dapat iv untuk jawatan ni. tapi betul ke gaji Rm3200. ke gaji berdasarkan komisen?
ReplyDeletehai, nak tanya, saya pun dpt iv tuk jawatan ni pada 15/11 ni. awak dulu pergi ke iv tu?
DeleteSaya pon ada iv 18/11 ni.. Sy nk tanya tentang pgalaman awak? It is soo stressful nak kejar sale? Even dah bertahun awak iv, ingat lagi tak soalan interviewer tanya? Hihi.. Im also science bckgrund student in chemistry
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
DeleteHi ms blurberryciskek, saya masih ingat sb saya kene basuh sebab mengapa apply jwtan FE ni even dri science background. Tapi sy fight dgn relate kn medical underwriter. Yes, after 15 minutes, I got the job! Goodluck. Yang penting apapun soalan dia awk kene jawab dgn confident :)
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
DeleteHi,,
ReplyDeleteoh,, student MSU. saya pun student MSU. dapat offer interview financial executive but tak sure nak accept ke tak. sebab honestly tak tau kerja ni apa. any advice?
Kerja saja dulu sb Maybank company yg bgus dan bagi benefit staff yg sgt banyal. Overall kerja ni adalah jual insurance :)
DeleteHi..
ReplyDeleteSaya nak tanya, awak interview.. awak jawab semua dalam English ke
Hi, yes for sure. Tapi kalau lupa sikit sikit mix je dengan BM, as long jgn tunjuk yg kita tengah bluur or pending tetiba. :P
DeleteWaa teringin nak taw jawapan ape yang sis bg pd interviewer ttg different background study...
ReplyDeleteI dpt offer jugak i dr bidang engineering... Haha ketor plak lutut kite..tp ekonomi skrg nak xnak kena try jugak
saya jawab mcm ni..
Deletesaya nak jadi medical underwriter di etiqa jadi saya tahu saya perlu bermula dari bawah, jadi saya tak kisah apapun job scope insurance saya nak cuba belajar. (hahaha), sebab saya percaya every single job scope in insurance will help me in future.
Tahun 2014- financial executive - jual insurance
Dan kini adalah tahun 2018- admission executive (etiqa) - review report doctor sebelum issue GL
Alhamdulillah, jika plan A tak jadi jadi guna plan B okay kawan kawan :)
assalamualaikum, saya study bidang IT (Programming), tapi tetibe dapat panggilan iv utk jawatan F.E ni. haha, dari company etiqa takaful :) gaji ditawarkan rm3000.. rasa mcm kelakar, hahaha rm3000 tu mmg gaji tetap ke ? or tu commission ? grrrrrrrr.. blurrrr haha
ReplyDeleteEh sama laa kita dapat interview dari etiqa takaful. Saya cuma nak tahu terjamin ke kalau kerja macam nie walaupun gaji tinggi. Susah x nak jual insuran atau takaful nie
DeleteSebenarnya tak susah nak jual insurance, Maybank/Etiqa sangat membantu untuk new staff pergi training product dan bayar utk exam yg kita kena ambil. Pada sesiapa especially fresh grad, just grab it first and make it as your first employer listing. Bgai saya, saya tak pernah menyesal bekerja di maybank walaupun selepas itu saya sambung master biomed dan dapat bekerja sbg lecturer sains 2 tahun dan kini berpindah bekerja sbg admission executive (buat GL insurance etiqa untuk kemasukan ward). Means. dulu saya jual insurance sekarang saya bekerja di balik tabir etiqa Maybank untuk bahagian pengurusan. Apapun saya still pakai ilmu sains dalam bidang insurance. Korang patut try, Maybank kot:P
ReplyDelete