Wednesday, 11 January 2017

Tips menjadi graduan terpilih oleh majikan!

Assalamualaikum,

                  Hari ini saya nak berkongsi tips menjadi graduan terpilih oleh majikan. Sebelumnya, ingin saya memberitahu saya tidak lah datang dari calon graduan yang bagus berdasarkan pointer, tetapi hanya sekadar berkongsi tips untuk adik adik yang baru graduate untuk mendapatkan peluang pekerjaan. 

           Saya pernah di reject banyak kali untuk jawatan sebagai Medical underwriter/ Life underwriter selepas tamat Diploma in medical laboratory technologist dan sebelum tamat pengajian Bachelor of biomedical science dari MSU tercinta. Alasanya adalah saya tidak mempunyai pengalaman dalam bidang tersebut. Saya kecewa. Kecewa. Saya mulai berfikir bagaimana saya harus mengejar cita cita saya. Saya duduk berfikir. Lama. Jadi, akhir nya timbul plan B. Jika jalan lurus tidak boleh, mesti ada jalan alternative yang jauh sedikit untuk menjadi seorang underwriter kan?


          Akhirnya, saya mendapat idea untuk bekerja dalam bidang insuran tidak kira apa juga skop pekerjaan asalkan saya terlibat dengan insuran. Yes, alhamdulillah,plan B saya berjaya. Hooreyy.. sebelum saya habis praktikal semasa membuat sarjana muda saya diterima bekerja dengan Maybank berhad sebagai Financial Executive dengan menguruskan banca dan insurance product dari Etiqa selama hampir setahun. (menggunakan result semester kedua terakhir). 

          Setelah itu saya berhenti dan saya meyambung pengajian Master of Health Science (Biomedical Science) di UKM. Dengan izin Allah swt juga sebelum tamat pengajian master saya menerima beberapa tawaran bekerja sebagai Medical underwriter kerana pengalaman saya pernah menjual insurance product dan juga jawatan pensyarah. So, jauh tak jalan alternative saya? Worth it tak plan B ni? :P

           Haa, mana pula tetiba datang cerita pasal pensyarah ni? Actually, minat mengajar ini lahir sejak saya menyambung master  dan terlibat dengan kerja kerja lapangan di perkampungan orang asli dan banyak lagi. Dan satu faktor lagi lah mungkin sebab ayah saya seorang guru. Mungkinlah :P. Alhamdulillah, saya memilih jawatan pensyarah di sebuah kolej swasta dan juga sebagai seorang tutor sains di Maths Clinic. Sesungguhnya hasil yang diterima sangat berbaloi dan hanya Allah swt yang mengetahui apa yang kita perlukan walapun kita sudah merencana.



Berbalik kepada isu penulisan entry ini saya ingin berkongsi pendapat saya. Jika, kita lihat statistik oleh Jobstreet 2016, bilangan graduan yang menggangur meningkat saban tahun. Jadi, pada pendapat saya setiap graduan haruslah mempunyai entiti diri sendiri dan usaha yang lebih. Saya berpegang pada satu prinsip selain usaha dan tawakal kepada Allah swt.

    " Be a diamond in the sand "


                                                                        You get it?

          Jadi bagaimana kita nak menjadi salah satu mutiara yang bersinar di mata pihak majikan untuk mengambil anda bekerja? Di sini saya ingin berkongsi dengan anda berdasarkan pengalaman :



1) Rajinkan diri untuk selalu buka website pekerjaan seperti Jobstreet dan seangkat dengan nya. Dari jobstreet ambil alamat majikan yang sesuai dan hantar kesemua RESUME, COVER LETTER DAN SIJIL AKADEMIK DAN KOKURIKULUM yang berkaitan sahaja. Jika rajin boleh mendapatkan pengesahan pegawai kerajaan walapun just nak hantar pada company swasta pada setiap salinan. Tak salah kerja lebih sikit kan, kata nak jadi salah satu mutiara yanng bersinar? Ye tak? :) Ini kerana, kalau hanya berharap pada online application jobstreet, kita sukar terpilih dengan pengalaman yang zero. Jadi dengan menghantar hardcopy application, nak tak nak HR company tu terpaksa juga buka envelope tersebut and baca. Betul tak? It is just my 2cents :P

2) Mulai hantar resume dan cover letter semasa anda sedang menjalani praktikal di tahun ahir dengan menggunakan result pointer kedua terakhir (ongoing). Jangan tunggu hingga anda tamat praktikal, theses submission dan viva. Zaman ini zaman yang laju di mana anda sentiasa harus berlumba untuk mendapatkan peluang anda yang terlalu banyak pesaing. Lupakan istilah nak cuti honeymoon selepas 4 tahun berhempas pulas mendapatkan sekeping ijazah. It is nonsense. Wake up, sampai bila nak move zone baru? You are not a student anymore, ptptn is waiting for you to pay back, jangan sampai di blacklist nanti nak pergi overseases pun sangkut. Sobbss! Satu lagi jangan lupa mention dalam cover letter anda yang mengatakan you are willing to work with their organization after finish your study on Dec 2017 (for example). So, bakal majikan anda pun nampak effort and WOW factor dalam diri anda, memang wow lah walaupun pointer gempak tak berapa nak gempak. At least ini adalah fastrack untuk meningkatkan peratus anda dipanggil interview, selepas itu baru lah be prepared for interview dengan menengahkan skill komunikasi yang baik.  Dan seterusnya bertawakal lah kepada Allah swt. Jika rezeki anda di situ pasti anda akan dapat, dan jika tidak dapat rezeki anda di tempat lain. Believe to Allah swt, he always know where is your most suitable place for you.


          Jangan bersedih kalau anda sudah berusaha tetapi masih tidak memperolehinya, tetapi bersedihlah jika anda tidak berusaha untuk mendapatkanya. Ini kerana, hanya orang yang berusaha akan menghargai nikmat yang diterima kerana hasil usahanya, tawakal dan redha atas apa juga yang Allah swt hantarkan kepadanya sama ada dalam bentuk  kegembiraan atau kecewaan. Wallahualam.




Ini hanya sekadar perkongsian dari seorang yang pernah gagal :)

No comments:

Post a Comment