Tuesday, 21 March 2017

Mengaji percuma di Yayasan Sekolah Al-Quran Kuala Lumpur


(Google photo)

Assalamualaikum,


Hari ini saya nak share mengenai Yayasan Sekolah Al-Quran Kuala Lumpur yang berada berdekatan dengan Monorel Medan Tuanku, KL. Ia dibuka oleh seorang hartawan dan dermawan (Tidak diketahui nama) untuk membantu orang yang ingin belajar mengaji Al-quran. Alhamdulillah, saya sudah lama mencari tempat pengajian agama kerana sudah banyak terlupa hukum hukum tajwid di dalam bacaan Al quran terutama sekali dari segi harakat dan waqof. Marilah datang mengaji di YSAQKL kerana pengajian ini adalah secara PERCUMA kepada semua orang. Anda boleh hadir mendaftar dan boleh bermula dari pengajian Iqraq 1 sehingga khatam Al-Quran.


Yayasan Sekolah Al-Quran Kuala Lumpur
Tingkat 7, Bangunan Wisma Warisan (Heritage House)
Jalan Yap Ah Shak,50300 Kuala Lumpur.
Tel no : 03-2691 3286Fax no : 03- 2698 1715
(Belakang Hotel Sheraton Imperial dan juga berdekatan dengan Jalan Doraisamy)

FB: https://www.facebook.com/YSAQKL

(Google photo)



Mari lah mengaji kawan kawan. Andai diri anda terasa seperti memikul segunung dosa begitu juga dengan saya. Mudahan Allah swt memberikan keredhaan terhadap ilmu yang diberikan nya. Amin. :)

(Google photo)


Al Quran dan Sunnah itu pengubat jiwa dan rohani :)

Monday, 20 March 2017

LOVE IS LIKE A TREE..





Hi, hujung minggu kalau tak tahu nak buat apa boleh cuba acrylic painting. Saya pun beginner belajar dengan Cikgu YouTube. Jadi hari ini kita lukis pokok walaupun sebenar nya cikgu youtube tu lukis sangat cantik, dapat ke saya comot. Haha. I need more practices.  Seriously, bila saya melukis saya bawa diri saya di dalam lukisan ini, bagaimana mata saya melihat pemandangan ini.

From this painting, I can see myself walk alone and I wish I could reach the end of road soon

:)


#walaupunlukisancomot


Life without love is like a tree without blossoms or fruit

(source from google photo)





#nursarcylicpainting
#190317