Hi,
Spring Korea. Cherry blossoms. April 2017.
Assalamualaikum, kali ini entry lebih berkaitan dengan keunikan negara Korea itu sendiri. Alhamdulillah trip kali ini sangat menarik dan saya berjumpa dengan pelbagai orang di korea termasuk lah seorang ahjumma yang bernama Kim Soon Ja. Sepanjang perjalanan kami ke Dongmyun station dari Seoul station kami berjumpa dengan ahjumma ini dan dia bercerita kepada kami tentang keunikan Korea. Mereka sangat sangat friendly dan kami bertukar pandangan tentang negara masing masing. Sepanjang menaiki subway ini, bunga bunga sakura mulai menghiasi pandangan mata kami semua. Hampir setengah jam kami berkongsi cerita baru lah ahjumma ni bagitahu bahawa dia merupakan retired nursing lecturer di Korea University. Saya sangat impress dengan nya kerana dia sangat nampak sihat dan seperti nya dia sangat berjaya dalam hidupnya dengan mempunyai anak 2 orang sebagai enginner dan 3 doctor dan anak cicit yang ramai. Mudahan satu lagi Allah swt beri hidayah kepada Nya, Amin.
Her name card, Professor Emeritus Korea University
Okay abaikan muka penat saya, :D
Prof yang saya nyatakan tadi adalah di sebelah kanan saya berbaju kotak dan kawan nya yang sentiasa bersama dia panjat bukit untuk outdoor activity. Korang jangan tak tahu warga tua di Korea sangat suka kan outdoor activity mencari ketenangan hijau jauh dari kesibukan bandar sebab tu ahjumma ni umur 83 sihat lagi okayyy? :) I hope I can see you again during my next visit to Korea. You are so adorable :)
Okay, next warga Korea ni sangat fashionable. Memang sama macam dalam drama Korea baik lelaki atau perempuan memang fashionista. Cantik sangat taw. Dengan wheather dia macam ni, haihh tetiba nak mohon jadi warga korea tapi bila ingat tandas tiada air tak jadi, hahaha :p
AREX ni macam LRT kita
Ambil gambar belakang je :p
Agak agak peminat running man kenal tak siapa ni :p
Eh, zirafah laaaa ;p
___________________________________________________________________________
Okay last part adalah tentang hostel dan makanan di Korea. Tak susah nak cari makanan halal di korea cuma kena rajin baca blog dan ambil tahu info info dari blogger lain dan Korean website. Banyak keunikan makanan korea yang korang patut cuba jika tiba di negara 4 musim ni okayyy? Untuk hostel, unnie stay di K hostel di Dongmyun. Ia nya sangat berdekatan dengan Dongmyun station. Di korea korang boleh dapatkan harga yang murah dan boleh tempah di agoda and etc. Bilik standard mempunyai katil, TV, toilet and dapur memasak yang provide barang barang elektrik untuk memasak ( Sharing basis ). Pendek kata tidur di hostel pun sudah berbaloi tapi kalau korang nak best lagi ambil lah hotel or guesthouse exspecially yg datang dengan keluarga :)
View dekat lounge K hostel ni cantik sebab dapat makan ramen sambil tengok warga Korea pergi kerja :)
Dari segi makanan pula ni paling awesome, ini adalah antara checklist yang saya dah tulis sebelum pergi ke Korea. Dari 23 checklist hanya ini yang saya sempat grab, tengok ni :D
1) Banana uyu 1150 won (RM4.50). Dalam banyak banyak perisa, banana uyu paling sedap taww, Tak caye cuba beli di KLCC ada jual tapi mahal lah. :D
2) Instant rice 1400 won (RM 5). Boleh dimakan bersama Ibrahim product. Sedap sangat nasi segera diaorang ni taw. Klau di 7e Korea ada promosi lagi murah dari beli di KK MART.
3) Dosirak atau Nasi goncang di Pulau Nami 5500 won. Sangat superb!
4) Taeboki di Namdaemun 1300 won. Rasa nya seperti tepung beras yang dicelup ke dalam cili giling. Pedas okayy, tapi makan dalam whether dia mcm ni memang superb, tapi kalau Malaysia macam cacing kepanasan lah :p
5) Fried rice di Little india restaurant di Insadong. Takde dalam list sebenarnya cuma bila di Insadong halal food agak limited. Jadi terpaksa lah kan, 13000 won (RM52). Nangis jap! Haha, korang tengok ada 4 sudu. kiteroang share je mampu balik bilik cari nasi brahim juga k. :p
6) Bulgogi set di Itaewon. Di sini hampir semua kedai halal food jadi takde masalah untuk makan meat. Harga dalam 10000 won (RM40) didatangkan dengan set nasi, dan air ksong bersama sayur jeruk Korea. Haaa seeweed Korea ni sedap sangat taw sebab saya bukan penggemar seeweed, tapi sekali makan seeweed ni memang nak lagi, Lain sangat rasa nya, siapa yg nk g korea, nak kirim pleaseee :p
7) Kuih ikan ni sedap ada inti kacang merah dalam nya di Myeondong
8) Pancake ni pun nampak awesome tapi tak sempat nak cuba di Myeondong
9) Hotteok. Ni my favourite rasa macam kueh pau goreng dalamya ada inti kacang merah. Harga sekitar 1500 won (RM6) di Myeondong.
10) Shrimp burget set di Lotteria. Boleh dapatkan di Lotte mall dan juga Incheon airport. Ala ala MCD, tapi yang halal hanya shrimp boleh dimakan. Harga sekitar 5000 won (RM20) didatangkan dengan set air dan kentang. Isi shrimp dalam tu tebal sangat, aweosme :)
11) Air Peach. Air ni boleh beli di KK MART dalam 1000 won. Sedap air ni rasa macam buah peach ditambah soda.
12) Dongdaemun kedai ikan bakar nombor 2. Thanks blooger kak kiah sebab share banyak info. Walaupun agent tak bawa kami, kami cari sendiri,jumpa okay? Terharu rasanya sebab sebelum jumpa kedai ni kami menyusuri sungai cheongyecheon yang sangat jernih. 7 orang makan sekitar RM 20 seorang. Korang patut try ikan bakar dan sotong tumis tu taw. Sedap sangat dengan diselaputi dengan bijan. Fresh lagi!
13) Gula tarik. Kalau korang baca entry sebelum ni mesti ada jumpa video dia buat gula tarik, hebat sangat ni. Heee, harga dalam 5000 won (RM20) ada pelbagai perasa kecang, almond and etc. di Namdaemun market.
Okay, ada banyak lagi yang saya tak cuba seperti nasi tarik, nasi seafood cheese, korean lamb dan etc. Insyallah jika berkesmpatan datang lagi saya akan complete kan kesemua checklist. Korang pun patut cuba taw!
Next trip mungkin akan ke Jogjakarta untuk explore Pulau Timah yang terkenal dengan keunikan sejarah pulau dan tinggalan artifak. Ia mempunyai gondola merentasi pulau yang diperbuat dari tali dan kayu oleh penduduk sekitar pulau tersebut. Mudahan hujung tahun ni dapat ke sanaaaa ;p
Sekian,
Thanks for your time.
Anneyong.
Nurs. Spring Korea. April 2017. Cheery blossoms.
No comments:
Post a Comment