Hi,
Perjalanan hari ini ke beberapa tempat di kawasan bukit di sekitar Yogjakarta. Jalan agak berliku seperti ke Cameron Highland. Seawal 5am dah keluar dan 5am sini macam 7am Malaysia taw. Kemain cerah nya tapi bila tengok jam baru 5am, krik krik..haha :p, shock kejap.
First place, kami ke Jurang tembelan. Di sini berada di kawasan jurang bukit bukau yang cantik menghijau. Di sini juga terdapat banyak spot spot bergambar yang sangat cantik. Macam ni :)
I feel you :)
Banyak lagi spot menarik, disebabkan kami datang awal pagi kabus pagi sangat tebal sehingga pemandangan tidak dapat dilihat dengan jelas. Bila kabus surut sedikit inilah view nya, sangat cantik lukisan Allah swt :)
View dari Jurang tembelan. Sejuk. Tenang. Mendamaikan.
Seterusnya kami melanjutkan perjalan ke Rumah hobbit dan Hutan pinus. Di rumah Hobbit, banyak replika rumah kecil kecilan dan juga patung patung Hobbit sangat comel. Di sini sekadar mengambil gambar dan itupun tak habis explore taw sebab ia berada di dalam kawasan hutan dan sebenarnya kami tak larat dah nak mendaki. Setiap wisata memerlukan stamina yang tinggi sebab korang kena banyak berjalan okay? Saya syak banyak cerita dongeng Indonesia shooting kat sini sebab banyak sangat rumah pelik pelik macam dalam cerita dongeng tu, nak jadi ibu peri lah :p
Yang jomblo je boleh lalu jambatan ni, sila google sendiri masuk Jomblo tu okayy? :p
Gambar cewek indonesia. Kita perhati je cowok dia pusing pusing ambil gambar macam macam gaya. Patutlah, baru kahwin berinai lagi jari layan isteri dia bergambar. Ciri ciri suami mithali. Haha ;p
Di hutan pinus pula ni teringat masa di Nami republic, Korea. Uuuu, rindunya masa di korea. Dekat Yogjakarta pun ada pokok pines okayy? Terubat rindu pada Korea okay? Hehe, kat sini pun sama cuaca sejuk sebab ia berada di bahagian atas bukit. Kalau korang nak stay sini pun boleh sebab sepertinya tempat ini semakin maju dengan banyak pusat penginapan seperti campsite sekitar kawasan hutan ini mulai dibangunkan.
Only in Hutan pinus.Erm.
Okay, hari pun dah masuk lewat petang, kami singgah makan durian indonesia dan supir kami belanja okay, baik tak? Hehe, sebelum kami pulang kami singgah ke Pinus penggar yang mempunyai pelbagai spot menarik. Dari puncak Pinus penggar ini kita dapat melihat keseluruhan bandar Yogjakarta. Macam melihat view KL dari bukit ampang tu :)
View malam kotaraya Yogjakarta dari Pinus Penggar. Sejuk, asik bangat :)
Okay,di sini sebenarnya banyak lagi spot gambar menarik seperi tangan gergasi dan pelbagai lagi. Tapi masa ni memang tak larat nak explore sebab dah penat. Pinus penggar juga sangat menarik sebab banyak camp site di buka. Cuba korang bayangkan camping dalam kawasan hutan pokok pines ni dengan cuaca yang sejuk, angin yang dingin dan mendamaikan, hrmm, boleh imagine tak? Buat bara unggun api sambil main gitar menyanyi dengan rakan rakan, bestnya :)
Penat weh mendaki sana sini hari ni, esok nak mendaki Puntuk Setumbu pula pukul 3am, ottokeee. Okay, ada masa kita sambung lagi okay? Keempat empat tempat ini memang cantik untuk bergambar dan saya sangat suka kan whether di sini, tenang dan mendamaikan :)
Stay tuned!
lanjutkan gan
ReplyDelete