22.03.2019 | Jumaat
Kat mana nak pergi eh? " Shah nak yang dekat dengan pantai, kina nak tempat bukit tinggi". So, dekat Bali masih boleh dapat 2 jenis persekitaran yang berbeza sama ada di utara dan selatan Bali. Ada kawasan tanah tinggi dan kawasan pantai. Jadi kita pergi sini lah okay? Jum kita tengok gambar gambar dari google eh tentang keistimewaan Bali.
Bedugul
Tanah Lot
Tegalalang rice field
Nusa Dua Beach
Uluwatu
Gunung Batur
Bagi saya, walaupun Bali terkenal dengan agama hindu dan puluhan pura tetapi ciptaan tebing lautan hindi, kecantikan pantai dan hutan sangat memikat pandangan mata. Sungguh, ciptaan Allah swt memang tiada tandingan nya. Subhanallah :)
Counting days untuk majlis perkahwinan, lagi 22 hari ni. Nervous, gembira semua ada :) Setakat ni persediaan untuk majlis banyak sudah siap sambil sambil tu kita buat persediaan untuk ke Bali juga eh? :D Persediaan ke Bali memang sudah lama dirancang dari segi harga tiket flight dan bilik hotel. Plan untuk kali ini tidak ambil pakej dan lebih kepada memilih tempat yang ingin dilawati sahaja. Alhamdulillah, masih dapat harga tiket yang berbaloi untuk perjalanan pergi KL - Denpasar, balik Denpasar - KL walaupun bukan beli pada harga promo. Untuk Shah, beli tiket without luggage (RM 394) dan kina beli with luggage value pack + food (RM510). So, kami share luggage 20kg. Sharing is caring kan :p
Total RM 904
Baik cerita pasal di mana nak tinggal di Bali ada berpuluh puluh pilihan bilik dari bajet, medium sehingga harga yang mewah dan terlampau mewah :p. Tapi serious masih berbaloi sebab pilihan nya memang jarang jarang ada di Malaysia. Villa house with private pool/plunge pool boleh dapat serendah RM 180++ /night. Cadangan villa house yang patut dicuba korang boleh google dan salah satu nya adalah villa yang kami pilih ini, medium price. Pandai pandai bandingkan harga di website dan saya lebih suka bandingkan di booking.com vs agoda vs traveloka. Term and condition setiap website berbeza. Dan pemenang seharusnya Traveloka. Always cheap!
Jadi kami pilih untuk menginap di Buana Bali Villas & Spa berdekatan pantai Jimbaran untuk 4H3M. Lokasi terpulang jika ingin suasana yang catchy korang boleh menginap di kuta/seminyak/legian. Korang boleh juga request untuk membuat pesanan tambahan bagi honeymoon decoration dengan tambahan harga (400K IDR) dan boleh candle light dinner juga taw - halal food cater (500K IDR). Korang email saja ke properties untuk special request okay? Jadi, untuk kali ini kita ambil la candle light dinner dan decoration eh? :)
1. Simple Honeymoon Decoration Set-up on the 21st April 2019 include: Swan Love + Flower Petals on the Bed with wording “ HAPPY HONEYMOON” + Flower in the Bathtub at cost IDR.400,000
( the arrangement will be ready before check-in around 4:00PM )
2. Candlelight Dinner Halal Food on Tuesday, 23rd April 2019 at 7:30PM for two persons at IDR.500,000 for two. ( excluding beverage )
Menu selected : 1 set menu with main course Classic Grill Tenderloin + 1 set menu with main course Chicken Rosemary Sauce
(Sumber : Google)
Harga di Booking.com RM 800++ without breakfast. RM 739 with breakfast di Traveloka. 1 hari kira RM 185/night. yeay!
Villa house 4H3M RM 739
Honeymoon room decoration RM 115
Candle light dinner RM 143
Total RM 997
(*Bergantung pada currency semasa = 10K IDR bersamaan RM 2.86)
Baik, supir pula kita tengok ramai yang review untuk cari supir muslim di Bali kerana memudahkan kita untuk mencari makanan halal di Bali dan juga tempat Solat. Setelah berurusan dengan beberapa orang supir akhirnya kami memilih Supir Pak Yanto. Klau korang google ramai orang Malaysia yang pergi dengan Pak yanto ni. Boleh berhubung dengan Pak yanto di +6281236540997. Harga Pak yanto masih lagi berbaloi dan orang nya sangat mudah dibawa berbincang tentang senarai tempat yang ingin kita pergi okay? Kita jumpa nanti eh :)
Full day tour 12 jam 380K IDR
Pickup/return airport 100K IDR
Half day tour 250K IDR
Total RM 275
Baik, 3 perkara penting dah selesai, mudahan perjalanan kami dipermudahkan. Ada masa kita update entry per day okay? Insyallah :)
#shahkina
Next entry;
https://www.blogger.com/blogger.g?blogID=4656080487400775752#editor/target=post;postID=4213795166704844330;onPublishedMenu=allposts;onClosedMenu=all
Next entry;
https://www.blogger.com/blogger.g?blogID=4656080487400775752#editor/target=post;postID=4213795166704844330;onPublishedMenu=allposts;onClosedMenu=all