Friday, 27 September 2019

Part 1: Persediaan Umrah untukMu..

Assalamualaikum,

Alhamdulillah,Alhamdulillah,Alhamdulillah.

Ya Allah, Ya rahman, Ya rahim..

" Terima kerana menjemput ku beserta suami ke rumah Mu Ya Allah. Sesungguh nya aku membawa segunung dosa untuk menghadap Mu Ya Allah. Mudahan Allah terima segala amal ibadah kami dari hambamu yang penuh dosa kekhilafan "

Sumber Google

Alhamdulillah, sebenarnya dari 4 tahun lepas lagi sudah pasang niat untuk mengerjakan umrah tetapi tidak kesampaian kerana masih sedang mengumpul duit dan tiada mahram. Alhamdulillah, perancangan Allah swt lebih baik, kerana Allah menyempurnakan impian untuk mengerjakan umrah pada dec 2019, - "Umrah Musim Sejuk" dan bersama suami sebagai mahram. Alhamdulillah :)

Untuk entry kali ini, nak cerita sikit mengenai persiapan umrah kami. Rasanya dah banyak entry blog rakan rakan sebelum ni share tetapi saya share berdasarkan pengalaman kami sendiri eh? Kot kot boleh membantu saudara saudari yang bakal menjadi tetamu Allah swt juga satu hari nanti. Insyallah :) 

1) Memilih Travel agensi dan dokumen
- Kami memilih Tiram Travel kerana ramai kenalan yang sudah pergi di bawah kelolaan agensi ini, mudahan Allah swt permudahkan urusan kami di sana. Kebetulan, mereka membuat promosi pakej pada harga yang sangat murah iaitu RM 5050 untuk pakej Safwah 50 meter dari Masjidil Haram dan 150 meter dari Masjid Nabawi. Alhamdulillah :) Tetapi nak dijadikan cerita kami menarik diri kerana disahkan mengandung 3 bulan oleh Dr. namun saya disahkan mengandung blighted ovum (hamil kosong). Oleh itu kami meneruskan niat umrah kami pada tarikh yang sama tetapi pakej harga  ialah RM5490 kerana pakej lama kami sudah diambil oleh peserta jemaah yang lain. Kelainan pakej ini ialah hotel di Madinah lebih dekat dengan raudhah dan jaraknya lebih dekat iaitu 50 meter dari Masjid Nabawi. Insyallah, pastinya ada hikmah atas ujian ini buat kami :)

Tapi walau apapun kalau pakej umrah itu terlalu murah bawah RM 5000, sila periksa kelayakan lesen company dan latar belakang mereka dahulu sebelum membayar deposit umrah Dokumen perjalanan boleh rujuk di website http://kotasuci.webzone.my/dokumen.html. Ini nombor agent Tiram Shah Alam, Haji Haris: 0123983350.

- Terkini, penambahan untuk visa sebanyak RM350 UNTUK SETIAP ORANG.


2) Persediaan pakaian
- Untuk perempuan ini adalah kelengkapan dalam bag bagasi (2 telekung- 1 telekung dan 1 mini telekung, pakaian ziarah (jubah seluar - beli jubah RAUDAH SABELLA,memang sangat comfy 1 set baju seluar dan free khimar), 4 helai jubah hitam, merah, putih, 2 Tshirt panjang muslimah + seluar, 2 baju tidur, tudung dagu hitam, kasut bertutup, set penjagaan kulit SUCHI, gunting kecil,portable hanger, adapter/power bank, sarung tangan dan kaki. kasut tawaf, set mandian, krim kaki, kepit kuku, kunci mangga kecil dan bag serbaguna untuk basuh baju, sabun dettol, ubatan, kasut bertutup, jacket, Al Quran mini). Insyallah, baju baju ni cukup untuk dipakai seminggu dan boleh dipakai utk baki seminggu lagi selama kita menunaikan umrah.
- Dalam mini bag yang kita nak bawa keluar sepanjang umrah - phone, botol spray wudhu, tuala kecil, tisu pek kecil, strepsil, buku doa kecil, lip balm, guntung, duit, sejadah muka, lotion, inhaler asthma (ni sebab saya pergi umrah musim sejuk eh kulit lebih cepat kering)

* Cuba cari barang kelengkapan umrah ni dekat Shoppe, sebab harga lebih murah dan berbaloi :)


Sumber dari Google

Jadi ini overall saya bawa untuk umrah kali ini :)

3) Kursus umrah
- Boleh refer pada agent umrah masing masing biasanya kita boleh ikuti kursus umrah 2 bulan sebelum berlepas dan waktu ini juga boleh buat pembayaran akhir dan penghantaran dokumen visa. Macam saya, kursus umrah di Masjid Al Huda Seksyen 19, Shah alam.

Selebihnya, kita perlulah mula praktis untuk solat solat sunat, menggantikan solat yang tertinggal, memahami rukun ibadah umrah dan memperbanyakkan amalan hafalan doa seperti doa sujud sajadah, qunut pendek, sujud sahwi. Insyaallah lebih mudah untuk kita beribadah di sana. Mudahan, ibadah umrah kita diterima oleh Allah swt. Mohon sahabat mendoakan perjalanan umrah saya dan suami pada 29/12/2019 akan datang. Aamiin.

4) Barangan sedekah
- Korang boleh pack awal awal cikedies Malaysia bagi kepada anak anak kecil dan yang memerlukanya. Nanti balik, boleh isi bag cabin korang dengan cenderamata dari sana pula eh. Kita cuba maksimalkan ibadah kita di sana. Mudahan Allah wt terima semua amal kita, aamiin :)
Idea ni pun dapat dari blogger lain, maseh :)

Modal beli di kedai RM2 dalam RM20 beli fudos, gula gula dan
 biskut dapat buat 30 pax macam ni :)


6.Waqaf
- Kita boleh waqaf al quran dan kerusi di Madinah dan Mekah. Kalau ada keluarga dan sahabat nak berwakaf boleh la kirim kan kat korang kan mudahan ia menjadi saham akhirat yang berpanjangan untuk kita ya, Aamiin :) Alang alang kita pun nak bersedekah dan berwakaf boleh buat untuk mereka sekali. Pergi saja kedai di sekitar Madinah dan Mekah nanti mereka tolong hantarkan cuma mungkin kena bayar tipping sikit untuk mereka dalam SR10. 

                   *Wakaf di Mekah    = SR20 UNTUK KERUSI DAN SR25 UNTUK AL QURAN
                   *Wakaf di Madinah = SR 25 UNTUK KERUSI DAN SR50 UNTUK AL QURAN
                             
7. Sedekah
- Boleh tanya juga sahabat handai kita keluarga yang nak kirim duit untuk sedekah. Sambil sambil kita sedekah kita punya kita tolong sekali orang lain untuk bersedekah kan :) Mana tahu asbab sedekah mereka, nanti mereka pula sampai ke tanah suci kan? Aamin :)

Setakat itu dulu penulisan, terima kasih atas blogger yang banyak kongsi info hingga saya boleh bersedia seperti ini. Masya Allah semoga semua kebaikan anda berkongsi tips yang bagus dan pelbagai lagi info berbalik kebaikan kepada anda semula, aamiin :)

Sakinah
28092019
1048am






1 comment:

  1. Numpang promo ya Admin^^ (f)
    ingin mendapatkan uang banyak dengan cara cepat
    ayo segera bergabung dengan kami di ionpk.biz ^_$
    add Whatshapp : +85515373217 || ditunggu ya^^ x-)

    ReplyDelete