Sunday, 21 March 2021

Pengalaman bersalin anak pertama Sayf Sirhan - Hospital Tawau



Alhamdulillah,terima kasih Ya Allah kerna mengabulkan doa kami di tanah suci. Kami nazarkan ini untuk membangunkan agamaMu. Mudahan dia membesar menjadi anak yg soleh, berjaya di dunia & akhirat, Aamiin💛

05032021   01:28pm

Assalamualaikum,

Hi semua, sihat? Hari ni baru ada semangat nak sambung cerita pengalaman bersalin di Hospital Tawau. Susah juga nak cari masa menulis di blog sebab sekarang sudah ada baby sayf sirhan. Ni pun menaip sambil menyusu kan dia 😂. Oke, jum kina cerita secara ringkas pengalaman bersalin kina okay?

.........................................................................................

Jumaat (12/02/2021)

Pagi dalam pukul 705am, google macam mana nak bagi bersalin awal sebab selalu doa minta dipermudahkan bersalin sebelum 40weeks sebab takut kalau kena induce, jadi dlm byk byk cara kina pilih nipple stimulation dan buat dalam 10 minit dan menjadi! 😂 0730am, Tiba tiba kina rasa macam kena sengugut 😱Kadar sakit 1-10 kina boleh bagi 1/2 sahaja sebab dah biasa kena sengugut teruk sebelum ni jadi masih tolerable utk kina. Mungkin ini juga tanda brixton hick,sebab sakit dia hanya di bahagian rahim sahaja. Okey, sekarang hari semakin menjengah ke malam dan subuh. Kadar sakit kina boleh bagi sekarang 3😂, masa ni rasa macam tak senang duduk dah taw dan kina suspect ni real contraction sebab sakit dia bermula dari bawah vagina naik ke pinggang dan rahim. Subuh tu juga ajak husband pergi PAC utk cek bukaan.

Setiap kali contraction datang kina bagi emoticon macam ni kat husband utk cuba trace kekerapan contraction, masa ni regular 8-10minit sekali🥴.
.........................................................................................

Sabtu (13/02/2021)

0400am. Okay masa ni tak tahan sangat, pergi PAC Hospital Tawau dan sebelum boleh masuk buat rawatan kita kene buat swab test dan tunggu result dlm setengah jam. Boleh korang imagine tak? 🥴Kina dah macam cacing kepanasan dekat luar sebab tak tahan sangat dengan sakit nya.Lepas dapat result swab test baru boleh teruskan dgn rawatan utk cek keadaan baby & bukaan jalan. Ya Allah betul kina memang tengah menahan contraction rupanya😂. Masa ni baru 1cm, jadi Dr. kata mungkin ambil masa 3-4 hari untuk fully dilated 10cm sebab anak pertama kan. Jadi Dr. inject painkiller nalbupin dan balik dulu. So kina pun balik rumah dulu. 

12pm, kina dah macam cacing berpusing pusing atas katil menahan sakit lepas kesan painkiller tu habis,sempat juga tidur 1 jam sebelum tu, nikmat tidur sejam tu taw sejak semalam😂. Setiap kali contraction dtg kina akan menjerit perlahan tapi bila dah kuat sgt menjerit jerit panggil husband dan suruh husband buat vaginal examination (VE), masa ni husband kina cek bukaan dah 4cm taw. Patut laaaa, sakit dia macam rahim kita kene jerut 40 saat lepas tu lepas, masa dia jerut tu laa perasaan nya macam nak mati dah rasa 😂. Oh ya, lupa nk inform husband kina housemanship di Hospital Tawau dan kebetulan di O&G deparment sekarang. Jadi, Insyallah dia boleh masuk sambut kelahiran bayi bersama nanti 👶🏻💛.

1230pm, kina siap mandi bawa barang baby semua pergi semula ke Hospital Tawau. Contraction sudah semakin kerap dan lama 🥺 Alhamdulillah sebab pagi tadi sudah buat swab test untuk Covid jadi boleh teruskan dengan rawatan. Husband kina pun masuk join team member O&G untuk proses bersalin ni🌸. Dr. terus cek bukaan sudah 5cm dan cek jantung baby semua okay, so Dr. pecahkan air kutuban dan pasang alat mesin CTG dan juga inject painkiller Nalbupin. Tapi nya kesan Nalbupin tu buat kita mamai taw tapi kita tak boleh tidur sebab nak teran jap lagi kan. Azab taw menahan mata🥺 kita suruh husband spray muka kita setiap kali kalau dia nampak kita dah nak pejam 😂

Sejam sekali Dr. akan seluk untuk cek bukaan jalan ada sekali tu husband yg cek bukaan jalan masa tu dah 8cm. Sakit contraction semakin kuat. Even dah ambil painkiller Nalbupin sebelum tu bila dah masuk 8cm ni dari mamai terus bangun sebab sakit nyaaa sangat sakitt 🥴. Semua nurse yg dtg cek ctg or etc kina pegang tangan atau pulas baju dia. Tak minta izin dah 😂,kalau masa tu husband sebelah, kina cubit cubit pulas tangan dia, bertabah la abg 😂

515pm, bukaan jalan dah 9cm😫,  “Dr. tolonglah saya nak berak, tolong lah saya tak sanggup nak tunggu sampai 10cm 🥺😖🥴”, masa ni terasa kepala bayi dah menekan kuat sangat nak keluar. Merayu rayu sebab Dr. suruh tahan lagi sejam utk sampai 10cm😖

Akhirnya, sampai lah masa yang ditunggu - tunggu.1x teran failed.2x failed. 3x failed padahal nurse dah menjerit jerit sikit lagi mamak, nampak sudah kepala ni ah😂, 4x failed. Nurse kat sebelah suruh bernafas dengan betul tapi masa tu apa pun orang cakap dah tak boleh nk fokus sebab sakit nya kuat sgt. Husband kt sebelah suruh teran dan tahan dlm bilangan 1 sampai 10. Waaaaa akhirnya, pijak penyendal kaki sekuat hati dan tahan contraction dlm bilangan 1-10saat sambil curi nafas sikit akhirnya keluar kepala baby. Dan masa tu jugaaa zaaassass nurse gunting kat bawah😂 Tapi masa tu tak rasa dah sakit nya sb sakit contraction lagi kuat. Masa tu lah nurse tarik keluar badan baby dan kita meneran sekuat mungkin siap menjerit lagi haaa, satu LR dengar. Sory la abg rosakkan nama abg jaa😜 Habis tu lega yg amat taw😂Skala kesakitan dari 100 turun 0, boleh imagine takkk😂.Tambah lepas tu nurse tunjuk baby kt kita suruh kenalpasti jantina, huuuu menangis terus kita nih keluar air mataa mak mak sambil bagitahu baby boy😭. Tak boleh nak terangkan perasaan nya taw 🥰Thank you abg atas sokongan dan kiraan 1-10tu, bila nurse suruh teran kina cuba teran tapi tetap failed tapi bila abg ajar teran tahan dan curi nafas kejap dan kira bersama Alhamdulillah berjaya kali ke lima😂Really appreciated it very much! 

Legaaaaaa!!!!! 😂 Perut terus rasa kosong dan nurse sambung cuci rahim bawa keluar uri dan jahit di bawah. Rasanya mcm banyak juga jahit tapi bagi kina masih tolerable. Jahit dalam tak rasa apa apa jahit luar yg rasa menyengat sedikit tapi apalah sangat nak dibanding dengan sakit contraction tu🤭.

Wah leganya Allah saja yg tahu, dari sakit mcm nak mati tadi rasa mcm baru hidup semula tiada sakit lansung sekarang taw. Skala kesakitan 0 kina boleh bagi😂Betul tak tipuu😘. Masa ni husband bersihkan baby azankan semua dan Dr. dtg bagi baby kat kina utk susukan. Alhamdulillah, dpt pegang baby sendiri rasa mcm tak percaya😘Selepas itu pindah  ward lain utk pemantauan selama 6jam. Esoknya hari Ahad 14/02/2021 dalam pukul 9 sudah boleh discharge Alhamdulillah ummi & baby sihat 🥰

Masa ni husband bagi baby minum susu lactogen hospital pakai picagari sebab susu kina tiada lagi waktu tu, tapi sebenarnya tak boleh taw. Seawal mungkin lepas bersalin kena cepat cepat bagi baby hisap utk meransang pengeluaran susu. Alhamdulillah kina hari ketiga susu sudah mula ada.

Cakkk, Assalamualaikum Ummi & Abi🥰

Macam tu lah pengalaman kina bersalin di Hospital Tawau. Kina rasa bersyukur sgt walapun kami jauh dari keluarga tapi Allah swt banyak mudahkan urusan kina & suami. Allah izin baby lahir waktu abi dia cuti (sb husbd kerja shift kat ward selalu busy cuti pun tak menentu), baby lahir sebelum 40weeks (hadiah birthday abi🥰), contraction tak lama & tiada apa apa konplikasi ubatan (sebab kina allergic antiobiotik/painkiller jadi sejak umur 12tahun tak ambil conventional medication),husband boleh teman bersalin   sepanjang masa (musim covid husband boleh hantar kat pintu masuk PAC sahaja)😂Jadi bagi kina terlalu banyak Allah swt memudahkan urusan kami di sini. Terasa kasih sayang Mu begitu dalam sekali, Terima kasih Ya Allah😢 Nama yg kami pilih ialah:

Sayf: Pedang

Sirhan:Yang berani

Nak cari nama SS juga sebab nama ummi abi dia Shahidan/Sakinah. Semoga anak ummi menjadi seorang anak yg berani dalam menjalani kehidupan nya  dalam pelbagai aspek terutama di dalam menegakkan agama Allah swt, Aamiin 💚

Alhamdulillah, kita diacharge hari ni jum kita balik rumah 👨‍👩‍👦

Akhir kata, semoga anak ummi abi, Sayf Sirhan membesar menjadi anak soleh, berjaya di dunia & akhirat dan menjadi hamba Allah swt yg bertaqwa. Semoga dgn rezeki anak juga ia menjadi asbab yg lebih mendekatkan kami kepada Mu dalam ibadah kehidupan ini. Aamiin. Terima kasih Allah atas pinjaman Mu kepada kami, akan kami menjaga nya sebaik mungkin dunia & akhirat.Ya Allah, Ya Bariq, ku serahkan segala urusan suami & anak- anakku kepada Mu Ya Allah💛

Welcome to our home, my little sunshine💛

Sayf sirhan bin Ahmad Shahidan

Abi, Ummi & Sayf Sirhan💛

Oopss latest update ni saya dah 39hari taw😘. Mata dan mulut ikut umi, hidung dan telinga ikut abi. Oma cakap saya ni macam muka ummi masa kecil😜, ummi menang this time, abi sila cuba lagi😋

                                                    -Ummi Sayf Sirhan-

 



Thursday, 18 February 2021

Pengalaman bersalin anak pertama - Hospital Tawau

Assalamualaikum,

16022021 04:26pm

Baby Sayf sirhan tengah tidur,

Alhamdulillah, rasa macam tak percaya dah jadi ummi. Terima kasih Ya Allah ats nikmat yg dipinjamkan oleh Mu kepada kami. Insyallah semoga kami dapat menjaga dan membimbing nya hingga ke Jannah, Aamiin😇

Okay hari ni nak share pengalaman dari menyediakan keperluan barangan ibu & anak untuk bersalin dan juga extra story mengenai bersalin di Hospital Tawau yg tengah hit dgn kes Covid-19 😟 berdasarkan pengalaman sendiri dan digunakan atau tidak ketika bersalin eh? Buat rujukan diri sendiri juga mungkin utk masa akan datang, Aamiin 💛

Bag bayi, kina pack kan ikut keperluan hari.

Kita label siap siap dekat ziplock senang untuk kita cari nanti okay. Contoh macam ni:

👼Bag Bayi:

1) Labour room (LR) - Maternity lad, diaposable panties, baju sepasang, mitten & booten, topi, pampers & bedung

2) Day 1/Discharge: Baju sepasang, mitten & booten, topi, pampers & bedung

3) Extra: Baju sepasang, mitten & booten, topi, 5 pampers, bedung, wet tissue, lampin, 

Opt: Minyak bayi, lotion etc 

🧕🏻Bag ibu:

Yang ni kina lipat macam biasa, barang basic seperti di bawah:

  1. Nursing bra
  2. Diposable panties
  3. Maternity pad
  4. Bantal nyusu bayi
  5. Toileteries 
  6. Towel
  7. Breast pad
  8. Stokin tebal
  9. Sweater (Tak pakai)
  10. Kain batik (Tak pakai)
  11. Minyak panas
  12. Pakaian balik & tudung sarung 2 helai
  13. Telekung sejadah 
  14. Nipple cream
  15. Selipar toilet
  16. Portable fan
  17. Power bank
  18. Vaselin
  19. Buku panduan mudah bersalin
  20. Buku pink
  21. Air selusuh (Tak pakai)
  22. Thermos water/Nestum/kismis
* tak semua perlu bawa pun tapi incase kalau korang kene stay lama korang kena consider add on extra few item okay? 

Jadi berdasarkan pengalaman sendiri item ni dah cukup even extra pack item pun tak guna lansung sebab bersalin normal tanpa ada apa apa masalah pada ibu dan bayi dapat diacharge awal. Unless ibu atau bayi kene tahan tu kena bawa extra lain okay?

Yang ni pula extra info keperluan asas bagi ibu ayah seperti kami yg bakal menyambut anak pertama yg dirasakan sgt sgt asas dari segi keperluan dan kuantiti sb newborn cepat membesar 💛

Bayi:

  1. Baju newborn rompers 3 pasang
  2. Baju angin 3 pasang  
  3. Baju biasa 3 pasang & romper 3 pasang
  4. Pampers newborn
  5. Sarung tgn dan kaki/topi 4 set
  6. Wet tissue 3 paket 
  7. Bedung bayi 2 helai
  8. Towel baby
  9. Barut baby 3
  10. Pump susu - Shapee
  11. Pigeon Nappy cream
  12. Bag baju baby 
  13. Pemotong kuku 
  14. Lampin bayi 10 helai
  15. Set Mandian Bayi Cetaphil
  16. Stroller TRB
  17. Botol susu pigeon
  18. Set tilam & katil bayi
  19. Baby crib & bed sheet  
  20. Mini Organizer  
  21. Tikar getah bayi✅
  22. Pigeon nose cleaner
  23. Pencukur rambut bayi ✅
  24. Pencuci berus botol 
  25. Sabun basuh baju bayi
  26. Sabuh basuh botol/sayur bayi
  27. Minyak telon
  28. Nappy cream
  29. Selimut bayi
  30. Termometer✅
  31. Clothes Dryer 
  32. Tab mandi

Nanti kita sambung Part 2: Pengalaman bersalin anak pertama di Hospital Tawau ( Stay tuned )

Okay, ummi nak menyusukan sayf, Assalamualaikum semua 🥰


Saturday, 6 February 2021

Sannah helwah abg 💛🎈


06|02|2021        07:07am


Assalamualaikum, lama sudah tak menulis di blog sejak berhijrah ke Tawau sebab suami posting 2 tahun di Hospital Tawau 🙂, kita pun sudah hampir 7 bulan menjadi seorang suri rumah. Rasa macam tak percaya kita menjadi seorang suri rumah kalau nak dibandingkan dgn sebelum ni sangat sibuk keluar pagi balik malam, 2 kerja dalam 1 hari sebab memang suka kerja😂? Tapi apa boleh buat kan, tanggungjawab seorang isteri berada di sisi suami🙂.

Ketika aku menulis coretan ini, kandungan sudah berusia 38 minggu. Alhamdulillah 🙂. Mungkin bila bila masa juga boleh melahirkan bayi memandangkan kedudukan nya sudah berada di laluan nya. Alhamdulillah terima kasih Ya Allah, Kau kabulkan permintaan kami ketika di Tanah suci memohon ditiupkn roh malaikat kecil di dalam rahim ku. Semoga dapat dilahirkan dgn selamat dan menjadi anak yg soleh, Aamiin😇

Walaupun tengah sarat, terasa nak juga sambut birthday abg yg ke 32, ditambah dgn PKP jadi kena sambut di rumah dan kena cari idea birthday decoration sendiri. Takpe, kita suka deko deko ni dan thanks to shopee utk bahan bahan deko yg comel seperti Ballon Stand, Roses petal & Deco lamp.Kita share gambar deko kat bawah ni 💛


Okay, ni la simple idea birthday decoration yg mak buyung boleh buat sambil jalan macam penguin😂, masak bolognese spagethi, dan beli japanase cream puff & pizza. Lepas abg bangun dari tidur kita celebrate okay sebab dia post call malam tadi ☺️

Cakkk....🥰

Selamat ulangtahun kelahiran yg ke 32 abg. Semoga abg dikurniakan kesihat umur yg baik & berkat. Semoga kita menjadi sebuah keluarga yg sakinah, mawaddah & warahmah sampai syurga firdaus. Aamiin 💛 

Okay, sampai sini coretan untuk kali ini. Syg harap abg akn selalu ingat abg sentiasa istimewa di hati syg sb nama kita sudah Allah swt tulis di sana lagi dan syg sgt menghargai pemberian Allah swt iaitu abg utk syg jaga dunia & akhirat. Alhamdulillah terima kasih Ya Allah atas segala pinjaman yg diberikan kepada ku. Tak lupa juga si kecil yg bakal lahir tak lama lagi💛. Andai kata ada apa apa yg berlaku di sepanjang hubungan perkahwinan ini tetaplah kita bersama merenung kembali perjalanan yg kita tempuhi sehingga hari ini. Semoga Allah swt sentiasa memelihara hubungan kita dan kita berkasih syg kerana Nya. Aamiin💛


Ada hadiah lupa nak bagi sebab sibuk sgt kat dapur, tapi hadiah sebenar tunggu taw, Sayf Sirhan👶🏻 is coming, abi! ☺️

#shahkina


Your cute wife
-Sakinah-