Thursday, 18 February 2021

Pengalaman bersalin anak pertama - Hospital Tawau

Assalamualaikum,

16022021 04:26pm

Baby Sayf sirhan tengah tidur,

Alhamdulillah, rasa macam tak percaya dah jadi ummi. Terima kasih Ya Allah ats nikmat yg dipinjamkan oleh Mu kepada kami. Insyallah semoga kami dapat menjaga dan membimbing nya hingga ke Jannah, Aamiin๐Ÿ˜‡

Okay hari ni nak share pengalaman dari menyediakan keperluan barangan ibu & anak untuk bersalin dan juga extra story mengenai bersalin di Hospital Tawau yg tengah hit dgn kes Covid-19 ๐Ÿ˜Ÿ berdasarkan pengalaman sendiri dan digunakan atau tidak ketika bersalin eh? Buat rujukan diri sendiri juga mungkin utk masa akan datang, Aamiin ๐Ÿ’›

Bag bayi, kina pack kan ikut keperluan hari.

Kita label siap siap dekat ziplock senang untuk kita cari nanti okay. Contoh macam ni:

๐Ÿ‘ผBag Bayi:

1) Labour room (LR) - Maternity lad, diaposable panties, baju sepasang, mitten & booten, topi, pampers & bedung

2) Day 1/Discharge: Baju sepasang, mitten & booten, topi, pampers & bedung

3) Extra: Baju sepasang, mitten & booten, topi, 5 pampers, bedung, wet tissue, lampin, 

Opt: Minyak bayi, lotion etc 

๐Ÿง•๐ŸปBag ibu:

Yang ni kina lipat macam biasa, barang basic seperti di bawah:

  1. Nursing bra
  2. Diposable panties
  3. Maternity pad
  4. Bantal nyusu bayi
  5. Toileteries 
  6. Towel
  7. Breast pad
  8. Stokin tebal
  9. Sweater (Tak pakai)
  10. Kain batik (Tak pakai)
  11. Minyak panas
  12. Pakaian balik & tudung sarung 2 helai
  13. Telekung sejadah 
  14. Nipple cream
  15. Selipar toilet
  16. Portable fan
  17. Power bank
  18. Vaselin
  19. Buku panduan mudah bersalin
  20. Buku pink
  21. Air selusuh (Tak pakai)
  22. Thermos water/Nestum/kismis
* tak semua perlu bawa pun tapi incase kalau korang kene stay lama korang kena consider add on extra few item okay? 

Jadi berdasarkan pengalaman sendiri item ni dah cukup even extra pack item pun tak guna lansung sebab bersalin normal tanpa ada apa apa masalah pada ibu dan bayi dapat diacharge awal. Unless ibu atau bayi kene tahan tu kena bawa extra lain okay?

Yang ni pula extra info keperluan asas bagi ibu ayah seperti kami yg bakal menyambut anak pertama yg dirasakan sgt sgt asas dari segi keperluan dan kuantiti sb newborn cepat membesar ๐Ÿ’›

Bayi:

  1. Baju newborn rompers 3 pasang
  2. Baju angin 3 pasang  
  3. Baju biasa 3 pasang & romper 3 pasang
  4. Pampers newborn
  5. Sarung tgn dan kaki/topi 4 set
  6. Wet tissue 3 paket 
  7. Bedung bayi 2 helai
  8. Towel baby
  9. Barut baby 3
  10. Pump susu - Shapee
  11. Pigeon Nappy cream
  12. Bag baju baby 
  13. Pemotong kuku 
  14. Lampin bayi 10 helai
  15. Set Mandian Bayi Cetaphil
  16. Stroller TRB
  17. Botol susu pigeon
  18. Set tilam & katil bayi
  19. Baby crib & bed sheet  
  20. Mini Organizer  
  21. Tikar getah bayi✅
  22. Pigeon nose cleaner
  23. Pencukur rambut bayi ✅
  24. Pencuci berus botol 
  25. Sabun basuh baju bayi
  26. Sabuh basuh botol/sayur bayi
  27. Minyak telon
  28. Nappy cream
  29. Selimut bayi
  30. Termometer✅
  31. Clothes Dryer 
  32. Tab mandi

Nanti kita sambung Part 2: Pengalaman bersalin anak pertama di Hospital Tawau ( Stay tuned )

Okay, ummi nak menyusukan sayf, Assalamualaikum semua ๐Ÿฅฐ


Saturday, 6 February 2021

Sannah helwah abg ๐Ÿ’›๐ŸŽˆ


06|02|2021        07:07am


Assalamualaikum, lama sudah tak menulis di blog sejak berhijrah ke Tawau sebab suami posting 2 tahun di Hospital Tawau ๐Ÿ™‚, kita pun sudah hampir 7 bulan menjadi seorang suri rumah. Rasa macam tak percaya kita menjadi seorang suri rumah kalau nak dibandingkan dgn sebelum ni sangat sibuk keluar pagi balik malam, 2 kerja dalam 1 hari sebab memang suka kerja๐Ÿ˜‚? Tapi apa boleh buat kan, tanggungjawab seorang isteri berada di sisi suami๐Ÿ™‚.

Ketika aku menulis coretan ini, kandungan sudah berusia 38 minggu. Alhamdulillah ๐Ÿ™‚. Mungkin bila bila masa juga boleh melahirkan bayi memandangkan kedudukan nya sudah berada di laluan nya. Alhamdulillah terima kasih Ya Allah, Kau kabulkan permintaan kami ketika di Tanah suci memohon ditiupkn roh malaikat kecil di dalam rahim ku. Semoga dapat dilahirkan dgn selamat dan menjadi anak yg soleh, Aamiin๐Ÿ˜‡

Walaupun tengah sarat, terasa nak juga sambut birthday abg yg ke 32, ditambah dgn PKP jadi kena sambut di rumah dan kena cari idea birthday decoration sendiri. Takpe, kita suka deko deko ni dan thanks to shopee utk bahan bahan deko yg comel seperti Ballon Stand, Roses petal & Deco lamp.Kita share gambar deko kat bawah ni ๐Ÿ’›


Okay, ni la simple idea birthday decoration yg mak buyung boleh buat sambil jalan macam penguin๐Ÿ˜‚, masak bolognese spagethi, dan beli japanase cream puff & pizza. Lepas abg bangun dari tidur kita celebrate okay sebab dia post call malam tadi ☺️

Cakkk....๐Ÿฅฐ

Selamat ulangtahun kelahiran yg ke 32 abg. Semoga abg dikurniakan kesihat umur yg baik & berkat. Semoga kita menjadi sebuah keluarga yg sakinah, mawaddah & warahmah sampai syurga firdaus. Aamiin ๐Ÿ’› 

Okay, sampai sini coretan untuk kali ini. Syg harap abg akn selalu ingat abg sentiasa istimewa di hati syg sb nama kita sudah Allah swt tulis di sana lagi dan syg sgt menghargai pemberian Allah swt iaitu abg utk syg jaga dunia & akhirat. Alhamdulillah terima kasih Ya Allah atas segala pinjaman yg diberikan kepada ku. Tak lupa juga si kecil yg bakal lahir tak lama lagi๐Ÿ’›. Andai kata ada apa apa yg berlaku di sepanjang hubungan perkahwinan ini tetaplah kita bersama merenung kembali perjalanan yg kita tempuhi sehingga hari ini. Semoga Allah swt sentiasa memelihara hubungan kita dan kita berkasih syg kerana Nya. Aamiin๐Ÿ’›


Ada hadiah lupa nak bagi sebab sibuk sgt kat dapur, tapi hadiah sebenar tunggu taw, Sayf Sirhan๐Ÿ‘ถ๐Ÿป is coming, abi! ☺️

#shahkina


Your cute wife
-Sakinah-