Alhamdulillah,terima kasih Ya Allah kerna mengabulkan doa kami di tanah suci. Kami nazarkan ini untuk membangunkan agamaMu. Mudahan dia membesar menjadi anak yg soleh, berjaya di dunia & akhirat, Aamiin💛
05032021 01:28pmAssalamualaikum,
Hi semua, sihat? Hari ni baru ada semangat nak sambung cerita pengalaman bersalin di Hospital Tawau. Susah juga nak cari masa menulis di blog sebab sekarang sudah ada baby sayf sirhan. Ni pun menaip sambil menyusu kan dia 😂. Oke, jum kina cerita secara ringkas pengalaman bersalin kina okay?
.........................................................................................
Jumaat (12/02/2021)
Pagi dalam pukul 705am, google macam mana nak bagi bersalin awal sebab selalu doa minta dipermudahkan bersalin sebelum 40weeks sebab takut kalau kena induce, jadi dlm byk byk cara kina pilih nipple stimulation dan buat dalam 10 minit dan menjadi! 😂 0730am, Tiba tiba kina rasa macam kena sengugut 😱Kadar sakit 1-10 kina boleh bagi 1/2 sahaja sebab dah biasa kena sengugut teruk sebelum ni jadi masih tolerable utk kina. Mungkin ini juga tanda brixton hick,sebab sakit dia hanya di bahagian rahim sahaja. Okey, sekarang hari semakin menjengah ke malam dan subuh. Kadar sakit kina boleh bagi sekarang 3😂, masa ni rasa macam tak senang duduk dah taw dan kina suspect ni real contraction sebab sakit dia bermula dari bawah vagina naik ke pinggang dan rahim. Subuh tu juga ajak husband pergi PAC utk cek bukaan.
Sabtu (13/02/2021)
0400am. Okay masa ni tak tahan sangat, pergi PAC Hospital Tawau dan sebelum boleh masuk buat rawatan kita kene buat swab test dan tunggu result dlm setengah jam. Boleh korang imagine tak? 🥴Kina dah macam cacing kepanasan dekat luar sebab tak tahan sangat dengan sakit nya.Lepas dapat result swab test baru boleh teruskan dgn rawatan utk cek keadaan baby & bukaan jalan. Ya Allah betul kina memang tengah menahan contraction rupanya😂. Masa ni baru 1cm, jadi Dr. kata mungkin ambil masa 3-4 hari untuk fully dilated 10cm sebab anak pertama kan. Jadi Dr. inject painkiller nalbupin dan balik dulu. So kina pun balik rumah dulu.
12pm, kina dah macam cacing berpusing pusing atas katil menahan sakit lepas kesan painkiller tu habis,sempat juga tidur 1 jam sebelum tu, nikmat tidur sejam tu taw sejak semalam😂. Setiap kali contraction dtg kina akan menjerit perlahan tapi bila dah kuat sgt menjerit jerit panggil husband dan suruh husband buat vaginal examination (VE), masa ni husband kina cek bukaan dah 4cm taw. Patut laaaa, sakit dia macam rahim kita kene jerut 40 saat lepas tu lepas, masa dia jerut tu laa perasaan nya macam nak mati dah rasa 😂. Oh ya, lupa nk inform husband kina housemanship di Hospital Tawau dan kebetulan di O&G deparment sekarang. Jadi, Insyallah dia boleh masuk sambut kelahiran bayi bersama nanti 👶🏻💛.
1230pm, kina siap mandi bawa barang baby semua pergi semula ke Hospital Tawau. Contraction sudah semakin kerap dan lama 🥺 Alhamdulillah sebab pagi tadi sudah buat swab test untuk Covid jadi boleh teruskan dengan rawatan. Husband kina pun masuk join team member O&G untuk proses bersalin ni🌸. Dr. terus cek bukaan sudah 5cm dan cek jantung baby semua okay, so Dr. pecahkan air kutuban dan pasang alat mesin CTG dan juga inject painkiller Nalbupin. Tapi nya kesan Nalbupin tu buat kita mamai taw tapi kita tak boleh tidur sebab nak teran jap lagi kan. Azab taw menahan mata🥺 kita suruh husband spray muka kita setiap kali kalau dia nampak kita dah nak pejam 😂
Sejam sekali Dr. akan seluk untuk cek bukaan jalan ada sekali tu husband yg cek bukaan jalan masa tu dah 8cm. Sakit contraction semakin kuat. Even dah ambil painkiller Nalbupin sebelum tu bila dah masuk 8cm ni dari mamai terus bangun sebab sakit nyaaa sangat sakitt 🥴. Semua nurse yg dtg cek ctg or etc kina pegang tangan atau pulas baju dia. Tak minta izin dah 😂,kalau masa tu husband sebelah, kina cubit cubit pulas tangan dia, bertabah la abg 😂
515pm, bukaan jalan dah 9cm😫, “Dr. tolonglah saya nak berak, tolong lah saya tak sanggup nak tunggu sampai 10cm 🥺😖🥴”, masa ni terasa kepala bayi dah menekan kuat sangat nak keluar. Merayu rayu sebab Dr. suruh tahan lagi sejam utk sampai 10cm😖
Akhirnya, sampai lah masa yang ditunggu - tunggu.1x teran failed.2x failed. 3x failed padahal nurse dah menjerit jerit sikit lagi mamak, nampak sudah kepala ni ah😂, 4x failed. Nurse kat sebelah suruh bernafas dengan betul tapi masa tu apa pun orang cakap dah tak boleh nk fokus sebab sakit nya kuat sgt. Husband kt sebelah suruh teran dan tahan dlm bilangan 1 sampai 10. Waaaaa akhirnya, pijak penyendal kaki sekuat hati dan tahan contraction dlm bilangan 1-10saat sambil curi nafas sikit akhirnya keluar kepala baby. Dan masa tu jugaaa zaaassass nurse gunting kat bawah😂 Tapi masa tu tak rasa dah sakit nya sb sakit contraction lagi kuat. Masa tu lah nurse tarik keluar badan baby dan kita meneran sekuat mungkin siap menjerit lagi haaa, satu LR dengar. Sory la abg rosakkan nama abg jaa😜 Habis tu lega yg amat taw😂Skala kesakitan dari 100 turun 0, boleh imagine takkk😂.Tambah lepas tu nurse tunjuk baby kt kita suruh kenalpasti jantina, huuuu menangis terus kita nih keluar air mataa mak mak sambil bagitahu baby boy😭. Tak boleh nak terangkan perasaan nya taw 🥰Thank you abg atas sokongan dan kiraan 1-10tu, bila nurse suruh teran kina cuba teran tapi tetap failed tapi bila abg ajar teran tahan dan curi nafas kejap dan kira bersama Alhamdulillah berjaya kali ke lima😂Really appreciated it very much!
Legaaaaaa!!!!! 😂 Perut terus rasa kosong dan nurse sambung cuci rahim bawa keluar uri dan jahit di bawah. Rasanya mcm banyak juga jahit tapi bagi kina masih tolerable. Jahit dalam tak rasa apa apa jahit luar yg rasa menyengat sedikit tapi apalah sangat nak dibanding dengan sakit contraction tu🤭.
Wah leganya Allah saja yg tahu, dari sakit mcm nak mati tadi rasa mcm baru hidup semula tiada sakit lansung sekarang taw. Skala kesakitan 0 kina boleh bagi😂Betul tak tipuu😘. Masa ni husband bersihkan baby azankan semua dan Dr. dtg bagi baby kat kina utk susukan. Alhamdulillah, dpt pegang baby sendiri rasa mcm tak percaya😘Selepas itu pindah ward lain utk pemantauan selama 6jam. Esoknya hari Ahad 14/02/2021 dalam pukul 9 sudah boleh discharge Alhamdulillah ummi & baby sihat 🥰
Macam tu lah pengalaman kina bersalin di Hospital Tawau. Kina rasa bersyukur sgt walapun kami jauh dari keluarga tapi Allah swt banyak mudahkan urusan kina & suami. Allah izin baby lahir waktu abi dia cuti (sb husbd kerja shift kat ward selalu busy cuti pun tak menentu), baby lahir sebelum 40weeks (hadiah birthday abi🥰), contraction tak lama & tiada apa apa konplikasi ubatan (sebab kina allergic antiobiotik/painkiller jadi sejak umur 12tahun tak ambil conventional medication),husband boleh teman bersalin sepanjang masa (musim covid husband boleh hantar kat pintu masuk PAC sahaja)😂Jadi bagi kina terlalu banyak Allah swt memudahkan urusan kami di sini. Terasa kasih sayang Mu begitu dalam sekali, Terima kasih Ya Allah😢 Nama yg kami pilih ialah:
Sayf: Pedang
Sirhan:Yang berani
Nak cari nama SS juga sebab nama ummi abi dia Shahidan/Sakinah. Semoga anak ummi menjadi seorang anak yg berani dalam menjalani kehidupan nya dalam pelbagai aspek terutama di dalam menegakkan agama Allah swt, Aamiin 💚
Akhir kata, semoga anak ummi abi, Sayf Sirhan membesar menjadi anak soleh, berjaya di dunia & akhirat dan menjadi hamba Allah swt yg bertaqwa. Semoga dgn rezeki anak juga ia menjadi asbab yg lebih mendekatkan kami kepada Mu dalam ibadah kehidupan ini. Aamiin. Terima kasih Allah atas pinjaman Mu kepada kami, akan kami menjaga nya sebaik mungkin dunia & akhirat.Ya Allah, Ya Bariq, ku serahkan segala urusan suami & anak- anakku kepada Mu Ya Allah💛
-Ummi Sayf Sirhan-
test
ReplyDeleteIONQQ**COM
ReplyDeleteagen terbesar dan terpercaya di indonesia
segera daftar dan bergabung bersama kami.
Whatshapp : +85515373217 :-* (f)