Friday, 29 December 2017

Trip ke Yogjakarta Part 4: Pulau timang dan Gunung merapi

Aaaaa,

Yeay sampai juga Part 4 ke Yogjakarta iaitu Pulau Timang dan Gunung Merapi. Sebab nak menghabiskan nya nak mencari masa plus tahun hadapan dah mulai dengan tuition malam lagi.  Untuk Pulau Timang korang kena naik jeep ke dalam dengan bayaran 350 000 k muat untuk 4 orang. Dan nak naik gondolola dalam 150 000 k kalau tak siap, nak naik yang jambatan pun boleh itupun kalau korang berani nak lawan ombak dia yang tinggi melangit tu. Haa, kat sini la Kwang soo naik gondola tu, sampai je pulau timang terus pergi kat gondoloa and yes, ada Flag R. Macam apa je kan :P
 

Feeling? ;p

 Erm, Kwang soo :p

Korang boleh pilih nak naik jambatan atau gondoloa pergi dan balik. Tak boleh tukar okay?

Okay lepas turun dari Pulau timang, korang boleh cuba makan lobster, murah sangat sini, macam set kitaorang makan ni 7 ekor lobster, ikan, sotong, nasi, sayur, sambal dan air utntuk 4 orang baru 600 k rupiah dalam RM 160, sedap sangat, korang wajib try okay? Plus Mas bolo ni nyanyi sedap sangat suara dia :)



Next, Gunung Merapi. Seawal 3am lagi kami sudah memulakan perjalanan. Sangat sejuk. Misi mengejar sunrise di sebalik Gunung merapi di daerah Bunker Kaliadam. Gunung ini pernah meletus tahun 2006 kalau tak silap dan telah mengorbankan banyak nyawa. Di sini terdapat Muzium rumah harta pusaka ku, Di sini ia menempatkan harta harta penduduk di sekitar kawasan ini yang telah terkorban. Pemandangandi sini sangat lah cantik Allah cipta. Gunung ini antara gunung merapi aktif di Yogjakarta. Okay, korang tengok ni :)

Antara tempat kubu berlindung sukarelawan untuk menyelamatkan mangsa merapi. Ttetapi sukarelawan juga meninggal di sebalik kubu ini kerana lahar memenuhi kawasan ini. Hrm. 

Di sini mereka mempamerkan gambar sebelum dan selepas letupan gunung merapi, hampir 90% sangat berbeza kerana dimusnahkan oleh lahar gunung merapi ini. Barang barang seperti sudu garfu, baju juga termasuk rangka haiwan yang terkorban.

 Antara 2 gunung ini yang sentiasa akan mengeluarkan lahar bila sampai masanya. 

 Di sebalik kesedihan ada kegembiraan. Macam bunga ni yang banyak di sekitar merapi :) 

                                                                         Subhanallah

                             Penunggu setia :) Boleh bergambar dengan dia 10 k rupiah okay :p

Supir cakap sini ada batu tergantung,padahal prob je. Hehe, eh supir kitaorang ambil ni sebenarnya juga bekerja sebagai wedding photographer taw, so gambar semua credit to supir :p

Best-friends.Love siapa paling cantik :p

Kalau sinar matahari itu tidak akan pernah habis selagi pemiliknyatidak mengatakan Kunfayakun.

Puas sudah berjalan di atas muka bumi ini. Terasa kerdilnya.

Okay, cukuplah TRIP 2017. Trup Yogjakarta sangat menyeronokkan. Bagi saya budaya tempat dan tradisi sangat menakjubkan. Supir, hostel dan semuanya amat baik servisnya. Boleh dapat 5 Bintang. Alhamdulillah. Lagi 2 hari sudah masuk tahun baru 2018.Juga akan bertukar umur ke 28 tahun. Azam tahun hadapan ingin menjejak kan kaki ke Tanah suci Mekah menunaikan umrah. Doakan saya dapat menjadi tetamu Allah swt . Amin ya rab. Rasa hati sudah berada di sana walau jasad di sini

                                                         Terma kasih kenangan 2017 :)



Friday, 15 December 2017

Trip ke Yogjakarta Part 3: Puntuk Setumbu, Gereja Ayam, Candi Borobodur & Jalan Malioboro

Hari ke-3..


Pagi! Seawal jam 4am sudah bergerak ke Puntuk Setumbu untuk melihat matahari naik di antara 2 gunung yang berlantaikan Candi  borobodur. Cuma, hari tu matahari malu nak keluar memandangkan cuaca di Yogjakarta masih lagi mendung kelabu. Actually, banyak tempat kami pergi ni lokasi shooting AADC. Siapa yang tengok cerita ni mesti teruja nak tengok tempat ni. Saya tak sempat nak follow cerita ni, nasib Joan ada selalu cerita tentang setiap spot yang kami pergi :) Nak naik puntuk setumbu ni kita kena mendaki sedikit ke puncak dan disediakan trek. Perjalanan pagi dengan angin yang kuat menyebabkan rasa sejuk terasa sangat. Advise korang bawa jaket kalau memang trip bergerak dari sebelum matahari terbit. 

Di gereja ayam, korang bole redeem ubi goreng ni dengan tiket masuk ke gereja ni. Sedap sangat ubi rebus goreng ni, makan berasap asap okay dengan view gunung dan bukit bukau yang dapat dilihat dari tingkat atas gereja ni.

Atas kepala gereja ayam ni, kita boleh naik sampai atas untuk bergambar. Dekat atas ni dalam cerita AADC hero nya mengatakan I love you bila matahari muncul di antara 2 gunung tu. Sweet gituuu :p



Dari Gereja ayam kami melanjutkan perjalanan ke Candi Borobodur, tiket bagi pelancong luar sangat mahal sekitar 350 000 rupiah. Kalau korang yakin korang ada mirip mirip muka jawa boleh try beratur beli di kaunter local okay? Hehe, so ni supir kami yang belikan jadi dapat murah sedikit sekitar 316 000 rupiah. Kita akan dapat free mineral water dan sesiapa yang memakai seluar/skirt pendek akan diberikan kan kain bagi pengunjung luar. Candi ni sangat besar, korang boleh pilih kalau nak meronda sekitar candi ni menaiki basikal atau shuttle train. Kami pilih basikal, tapi keadaan basikal sangat lah nazak. Nyesal ambik. Haihh.. Apapun seni bina candi ni sangat cantik untuk wujud sekitar abad tersebut kan. Rasa dalam buku sejarah zaman sekolah menengah ada belajar tentang beberapa candi. Tengok depan mata sendiri struktur bangunan ni memang amazing. Apatah lagi kalau dapat melihat dan menjejaki ke Kaabah dan bangunan tinggalan sejarah islam. Mudahan akan ada rezeki ke negara negara islan seperti Turkey yang terkenal dengan ketamdunan islam. Amin :)


Mungkin lagi tinggi dari batu caves, yang pasti tak dapat nak naik ampai atas sebab penyakit parkinson da sampai plus sesak ramai orang nih. ottokeeee..

Erm, skodeng dalam loceng ni, err ada banyak patung kicik kicik dalam loceng ni, seramm. Hehe, cer intai tengok!




Kina. Najwa, Mini.Joan

Masuk candi ni sangat mahal sama seperti di Candi Prambanan. Jadi kami memilih satu candi utama saja. Actually banyak lagi candi lain seperti Candi Ijo, Breaksi clift, Ratu boko dan pelbagai lagi. Kesimpulanya, Yogjakarta ni memang dibanjiri dengan candi hindhu dan juga buddha. Jadi spend la masa half day kalau korang betul betul nak ronda melihat struktur bangunan dan yang pasti pengunjung wisata ini amat lah ramai baik local ataupun dari luar negara. Okay, selepas keluar dari candi ni korang akan melalui gate keluar dan sepanjang gate keluar korang akan melalui kedai kedai cenderamata. Bagi saya agak murah juga harga cenderahati di luar borobodur dan yang pasti korang tiba tiba akan dikerumuni ramai peminat sebab semua nak suruh korang beli barang diaorang. Haha, bertabahla sebab den terkena nih. Kesian tengok muka diaorang. Sedih. Hrmm. 

Okay, next kami ke SPA sizuka nak urut badan selepas habis tenaga dikerah untuk 3 hari pendakian. Oh ya, sempat  juga jumpa ex student asasi semasa mengajar di Windfield International College yang kini belajar di Universiti Gajah Mada mengambil jurusan pengajian pergigian. Thank you for your suggestion, Mie lampung saiz Manusiawi :p. Kawasan ini kawasan student, dan merata rata dapat lihat pelajarnya kerana univeristi ini sangat luas. Kira nya ni macam Seksyen2 UITM tu :) Apapun, saya harap awak berjaya menghabiskan pengajian dengan baik ya Dr.Komugi wannaabe :)


Dan di sebelah malam kami ke Jalan Malioboro dan Pasar Beringharjo untuk membeli cenderamata sebelum pulang ke Malaysia esok. Dekat sini korang boleh dapat TSHIRT I LOVE JOGJAKARTA sekitar 12 500 rupiah dalam RM4 je okay? ;p Okay ni serba sedikit barang yang dijual dan dalam bandar Yogja ni kuda adalah kenderaan biasa korang boleh nampak ia bergerak melalui jalan utama sama seperti kereta. Haaa, amacamm? Malaysia takde ni :p



Catch me in your dreams :)


Dekat Pasar Beringharjo, korang boleh borong pelbagai barang batik, sangat sangat murah especially baju tidur dari kain batik Indonesia. Pelbagai barang korang boleh jumpa kat sini dari lace, baju nikah/kahwin kebarung ala indonesia, crown semua ada okay? Selamat shopping! ;p



Okay, esok hari terakhir iaitu hari ke-4. Highlight untuk trip kali ini iaitu Gunung merapi dan Pulau Timang sebelum balik Malaysia. Uuu, ni part paling heaven dengan perjalanan yang sangat dasyat menaiki jeep off road. 


Sambung nanti ya!





Thursday, 14 December 2017

Trip ke Yogjakarta Part 2: Jurang Tembelan, Hutan Pinus, Rumah Hobbit & Pinus Penggar

Hi,

Perjalanan hari ini ke beberapa tempat di kawasan bukit di sekitar Yogjakarta. Jalan agak berliku seperti ke Cameron Highland. Seawal 5am dah keluar dan 5am sini macam 7am Malaysia taw. Kemain cerah nya tapi bila tengok jam baru 5am, krik krik..haha :p, shock kejap.

First place, kami ke Jurang tembelan. Di sini berada di kawasan jurang bukit bukau yang cantik menghijau. Di sini juga terdapat banyak spot spot bergambar yang sangat cantik. Macam ni :)




 I feel you :)

Banyak lagi spot menarik, disebabkan kami datang awal pagi kabus pagi sangat tebal sehingga pemandangan tidak dapat dilihat dengan jelas. Bila kabus surut sedikit inilah view nya, sangat cantik lukisan Allah swt :)



View dari Jurang tembelan. Sejuk. Tenang. Mendamaikan.

Seterusnya kami melanjutkan perjalan ke Rumah hobbit dan Hutan pinus. Di rumah Hobbit, banyak replika rumah kecil kecilan dan juga patung patung Hobbit sangat comel. Di sini sekadar mengambil gambar dan itupun tak habis explore taw sebab ia berada di dalam kawasan hutan dan sebenarnya kami tak larat dah nak mendaki. Setiap wisata memerlukan stamina yang tinggi sebab korang kena banyak berjalan okay? Saya syak banyak cerita dongeng Indonesia shooting kat sini sebab banyak sangat rumah pelik pelik macam dalam cerita dongeng tu, nak jadi ibu peri lah :p


 
Yang jomblo je boleh lalu jambatan ni, sila google sendiri masuk Jomblo tu okayy? :p 

Gambar cewek indonesia. Kita perhati je cowok dia pusing pusing ambil gambar macam macam gaya. Patutlah, baru kahwin berinai lagi jari layan isteri dia bergambar. Ciri ciri suami mithali. Haha ;p

Di hutan pinus pula ni teringat masa di Nami republic, Korea. Uuuu, rindunya masa di korea. Dekat Yogjakarta pun ada pokok pines okayy? Terubat rindu pada Korea okay? Hehe, kat sini pun sama cuaca sejuk sebab ia berada di bahagian atas bukit. Kalau korang nak stay sini pun boleh sebab sepertinya tempat ini semakin maju dengan banyak pusat penginapan seperti campsite sekitar kawasan hutan ini mulai dibangunkan.






Only in Hutan pinus.Erm.

Okay, hari pun dah masuk lewat petang, kami singgah makan durian indonesia dan supir kami belanja okay, baik tak? Hehe, sebelum kami pulang kami singgah ke Pinus penggar yang mempunyai pelbagai spot menarik. Dari puncak Pinus penggar ini kita dapat melihat keseluruhan bandar Yogjakarta. Macam melihat view KL dari bukit ampang tu :)


View malam kotaraya Yogjakarta dari Pinus Penggar. Sejuk, asik bangat :)


Okay,di sini sebenarnya banyak lagi spot gambar menarik seperi tangan gergasi dan pelbagai lagi. Tapi masa ni memang tak larat nak explore sebab dah penat. Pinus penggar juga sangat menarik sebab banyak camp site di buka. Cuba korang bayangkan camping dalam kawasan hutan pokok pines ni dengan cuaca yang sejuk, angin yang dingin dan mendamaikan, hrmm, boleh imagine tak? Buat bara unggun api sambil main gitar menyanyi dengan rakan rakan, bestnya :)


Penat weh mendaki sana sini hari ni, esok nak mendaki Puntuk Setumbu pula pukul 3am, ottokeee. Okay, ada masa kita sambung lagi okay? Keempat empat tempat ini memang cantik untuk bergambar dan saya sangat suka kan whether di sini, tenang dan mendamaikan :)



Stay tuned!