Friday, 27 September 2019

Part 1: Persediaan Umrah untukMu..

Assalamualaikum,

Alhamdulillah,Alhamdulillah,Alhamdulillah.

Ya Allah, Ya rahman, Ya rahim..

" Terima kerana menjemput ku beserta suami ke rumah Mu Ya Allah. Sesungguh nya aku membawa segunung dosa untuk menghadap Mu Ya Allah. Mudahan Allah terima segala amal ibadah kami dari hambamu yang penuh dosa kekhilafan "

Sumber Google

Alhamdulillah, sebenarnya dari 4 tahun lepas lagi sudah pasang niat untuk mengerjakan umrah tetapi tidak kesampaian kerana masih sedang mengumpul duit dan tiada mahram. Alhamdulillah, perancangan Allah swt lebih baik, kerana Allah menyempurnakan impian untuk mengerjakan umrah pada dec 2019, - "Umrah Musim Sejuk" dan bersama suami sebagai mahram. Alhamdulillah :)

Untuk entry kali ini, nak cerita sikit mengenai persiapan umrah kami. Rasanya dah banyak entry blog rakan rakan sebelum ni share tetapi saya share berdasarkan pengalaman kami sendiri eh? Kot kot boleh membantu saudara saudari yang bakal menjadi tetamu Allah swt juga satu hari nanti. Insyallah :) 

1) Memilih Travel agensi dan dokumen
- Kami memilih Tiram Travel kerana ramai kenalan yang sudah pergi di bawah kelolaan agensi ini, mudahan Allah swt permudahkan urusan kami di sana. Kebetulan, mereka membuat promosi pakej pada harga yang sangat murah iaitu RM 5050 untuk pakej Safwah 50 meter dari Masjidil Haram dan 150 meter dari Masjid Nabawi. Alhamdulillah :) Tetapi nak dijadikan cerita kami menarik diri kerana disahkan mengandung 3 bulan oleh Dr. namun saya disahkan mengandung blighted ovum (hamil kosong). Oleh itu kami meneruskan niat umrah kami pada tarikh yang sama tetapi pakej harga  ialah RM5490 kerana pakej lama kami sudah diambil oleh peserta jemaah yang lain. Kelainan pakej ini ialah hotel di Madinah lebih dekat dengan raudhah dan jaraknya lebih dekat iaitu 50 meter dari Masjid Nabawi. Insyallah, pastinya ada hikmah atas ujian ini buat kami :)

Tapi walau apapun kalau pakej umrah itu terlalu murah bawah RM 5000, sila periksa kelayakan lesen company dan latar belakang mereka dahulu sebelum membayar deposit umrah Dokumen perjalanan boleh rujuk di website http://kotasuci.webzone.my/dokumen.html. Ini nombor agent Tiram Shah Alam, Haji Haris: 0123983350.

- Terkini, penambahan untuk visa sebanyak RM350 UNTUK SETIAP ORANG.


2) Persediaan pakaian
- Untuk perempuan ini adalah kelengkapan dalam bag bagasi (2 telekung- 1 telekung dan 1 mini telekung, pakaian ziarah (jubah seluar - beli jubah RAUDAH SABELLA,memang sangat comfy 1 set baju seluar dan free khimar), 4 helai jubah hitam, merah, putih, 2 Tshirt panjang muslimah + seluar, 2 baju tidur, tudung dagu hitam, kasut bertutup, set penjagaan kulit SUCHI, gunting kecil,portable hanger, adapter/power bank, sarung tangan dan kaki. kasut tawaf, set mandian, krim kaki, kepit kuku, kunci mangga kecil dan bag serbaguna untuk basuh baju, sabun dettol, ubatan, kasut bertutup, jacket, Al Quran mini). Insyallah, baju baju ni cukup untuk dipakai seminggu dan boleh dipakai utk baki seminggu lagi selama kita menunaikan umrah.
- Dalam mini bag yang kita nak bawa keluar sepanjang umrah - phone, botol spray wudhu, tuala kecil, tisu pek kecil, strepsil, buku doa kecil, lip balm, guntung, duit, sejadah muka, lotion, inhaler asthma (ni sebab saya pergi umrah musim sejuk eh kulit lebih cepat kering)

* Cuba cari barang kelengkapan umrah ni dekat Shoppe, sebab harga lebih murah dan berbaloi :)


Sumber dari Google

Jadi ini overall saya bawa untuk umrah kali ini :)

3) Kursus umrah
- Boleh refer pada agent umrah masing masing biasanya kita boleh ikuti kursus umrah 2 bulan sebelum berlepas dan waktu ini juga boleh buat pembayaran akhir dan penghantaran dokumen visa. Macam saya, kursus umrah di Masjid Al Huda Seksyen 19, Shah alam.

Selebihnya, kita perlulah mula praktis untuk solat solat sunat, menggantikan solat yang tertinggal, memahami rukun ibadah umrah dan memperbanyakkan amalan hafalan doa seperti doa sujud sajadah, qunut pendek, sujud sahwi. Insyaallah lebih mudah untuk kita beribadah di sana. Mudahan, ibadah umrah kita diterima oleh Allah swt. Mohon sahabat mendoakan perjalanan umrah saya dan suami pada 29/12/2019 akan datang. Aamiin.

4) Barangan sedekah
- Korang boleh pack awal awal cikedies Malaysia bagi kepada anak anak kecil dan yang memerlukanya. Nanti balik, boleh isi bag cabin korang dengan cenderamata dari sana pula eh. Kita cuba maksimalkan ibadah kita di sana. Mudahan Allah wt terima semua amal kita, aamiin :)
Idea ni pun dapat dari blogger lain, maseh :)

Modal beli di kedai RM2 dalam RM20 beli fudos, gula gula dan
 biskut dapat buat 30 pax macam ni :)


6.Waqaf
- Kita boleh waqaf al quran dan kerusi di Madinah dan Mekah. Kalau ada keluarga dan sahabat nak berwakaf boleh la kirim kan kat korang kan mudahan ia menjadi saham akhirat yang berpanjangan untuk kita ya, Aamiin :) Alang alang kita pun nak bersedekah dan berwakaf boleh buat untuk mereka sekali. Pergi saja kedai di sekitar Madinah dan Mekah nanti mereka tolong hantarkan cuma mungkin kena bayar tipping sikit untuk mereka dalam SR10. 

                   *Wakaf di Mekah    = SR20 UNTUK KERUSI DAN SR25 UNTUK AL QURAN
                   *Wakaf di Madinah = SR 25 UNTUK KERUSI DAN SR50 UNTUK AL QURAN
                             
7. Sedekah
- Boleh tanya juga sahabat handai kita keluarga yang nak kirim duit untuk sedekah. Sambil sambil kita sedekah kita punya kita tolong sekali orang lain untuk bersedekah kan :) Mana tahu asbab sedekah mereka, nanti mereka pula sampai ke tanah suci kan? Aamin :)

Setakat itu dulu penulisan, terima kasih atas blogger yang banyak kongsi info hingga saya boleh bersedia seperti ini. Masya Allah semoga semua kebaikan anda berkongsi tips yang bagus dan pelbagai lagi info berbalik kebaikan kepada anda semula, aamiin :)

Sakinah
28092019
1048am






Blighted ovum :(

Allahu Akbar,

Al fatihah buat anak umi..Mika

Kantung membesar tapi janin tidak membesar :(

*3 minggu lepas ada bermimpi melihat 2 orang bayi perempuan dan lelaki yang sangat comel bermain air, aku leka seronok melihat keletah mereka, tiba tiba datang 2 orang perempuan berdiri di suatu sudut, dan kedua dua bayi ini bangun dan memegang tangan perempuan tersebut dan berlalu pergi tanpa melihat ku. Apakah maksud mimpi ini? 

Hari ini, terasa nak early scan minggu ke 11 sebab temujanji KK Shah alam untuk buka buku pink lambat lagi dalam minggu ke 13. Jadi,ajak husband pergi Poliklinik Rimba, Shah Alam sebab ada promosi untuk scan.

Allahuakhbar, bila scan nampak kantung dan embryo baru saiz 6 minggu walaupun usia kandungan sudah menghampiri usia 11 minggu. Agaknya inilah maksud mimpi yang datang 3 minggu yang lalu. Rupanya anak umi dah nak pergi :(. Rasa terkedu bila mesin scan tu tengok kantung kosong. Tak tahu nak cakap apa, fikiran blank dan air mata saja yang mengalir deras laju. Sambil Dr. tu explain semua ni fikiran dah tak boleh nak fokus. 

Dr. cakap, kes keguguran macam ni bawah 3 bulan adalah kategori janin tak menjadi atau hamil kosong (blighted ovum) disebabkan oleh kecacatan kromosom yang sepatutnya membahagi menjadi organ dan sebagainya. Jadi, apabila berlaku kecacatan, ia boleh menyebabkan terjadinya down syndrome. Jadi tubuh badan kita akan mengesan abnormalities ini dan menghalang daripada embryo ini berkembang. Tapi walau bagaimanapun, terdapat juga janin yang mampu berkembang dan survive dan akan mengalami down syndrom dalam hayat nya. Allahu Akbar, apa pun semua yang berlaku telah ditentukan oleh Allah swt. Tinggal kita sebagai hamba, untuk melihat perkara ini sebagai ujian atau bencana kepada nya.

"Kalau kita nak tahu perkara yang kita tak ingini itu adalah UJIAN atau BENCANA, adalah dengan melihat respon kita terhadap perkara tersebut. Andai kata ia membawa kita lebih dekat dengan Allah swt itu adalah UJIAN, andai sebalik nya ialah BENCANA"

Siapa yang tak sedih tambah tambah ini anak pertama, 2 hari murung tapi alhamdulillah hari ini bertambah baik dan mampu terima kenyataan bahawa diri sendiri mengalami kes pregnancy macam ni :(

Allah, pinjamkan ku sedikit kekuatan Mu, agar tabah dan sabar menerima ujian ini. Semoga hati ku lebih kuat untuk berlayar di atas muka bumi ini menghadapi ujian hidup yang mendatang. Alhamdulillah, terima kasih Allah swt kerana menguji ku, kerna ku tahu Kau sedang melihat ku :)

Sekarang, dirujuk kepada pakar O&G Hospital Shah Alam untuk rawatan lanjut menggunakan surat rujukan dari Poliklinik Rimba. Dr. bagi masa 2 minggu untuk tunggu dia gugur sendiri. Tetapi jika lebih dari 13 minggu masih tidak gugur Dr. akan menjalankan prosedur D&C. Ya Allah, mudahkan urusan ku, aamiin.

10092019
0523pm
13092019
0100am
Emergency Hosp Shah Alam

Mika :)

Allahu Akbar, dalam proses menunggu Mika keluar dengan sendiri, kita usaha dengan makan nenas dan air coke untuk elakkan menjalani D&C, akhirnya Mika keluar sendiri. Betul la lah cakap orang orang tua nenas ni tajam. Tapi korang jangan ikut macam saya, sebab better tunggu janin gugur sendiri kot kot mana tahu, janin aktif semula selepas 2 minggu. Kuasa Allah siapa yang boleh tahu. Jadi banyakkan berdoa ibu ibu yang senasib dengan saya ya. Masa tu hari jumaat, pagi tu cakap dekat Mika depan cermin " Umi tunggu Mika keluar ea", tiba tiba terasa ada darah keluar warna coklat diikuti dengan warna darah merah dan ketulan ketulan halus tengahari tu. Sampai ke malam sakitnya, rupanya pergi ke emergency hosp shah alam, janin nak keluar dah sangat tapi tersepit di pintu rahim, jadi Dr. terus kepit dan tarik janin keluar. Sakit dia, Allah saja yang tahu terasa pinggang ditarik tarik rasa nak meraung pun ada :(

Alhamdulillah, lepas Dr. tarik keluar semua dan cucuk ubat kecut rahim lega rasanya. Dr. juga buat transvaginal scan utk cek sama ada pintu rahim dah tutup ke belum, alhamdulillah selepas berehat di bilik pengawasan selama 4 jam, pintu rahim sudah tutup dan kantung serta telur tidak lagi kelihatan. Alhamdulillah, terima kasih Allah untuk pengalaman yang sangat berharga. Walaupun Mika hanya tumpang sekejap di rahim umi, umi dan abah bahagia sangat sepanjang kehadiran Mika.

Mudahan Mika tunggu umi abah di syurga ea.

Amin, umi & abah akan sentiasa merindukan Mika...

Sekarang, kena berpantang. Hasil carian google dan blog ada yang mengatakan gugur bawah 3 bulan dan jika janin tidak membentuk berupa manusia kena berpantang selama 30 hari dan janin dibasuh dan ditanam sahaja. Dr. juga mencadangkan untuk mengandung lagi hanya selepas 3 bulan untuk memastikan rahim benar benar kembali pulih dan juga untuk elakkan kehamilan kosong berulang. Mudahan, segala yang baik datang dari Allah swt :) 

Jadi jomlah kita berpantang eh. Terima kasih abg, umi abah, umi shah, adik adik yang jaga sepanjang kita berpantang. :)

baju lengan panjang + kain batik+ stokin+pilis+tepel

Tak lupa juga berurut, bertungku, mandi herba yaaa :)


Menu setiap hari selama sebulan :)

Inilah cerita saya, semoga bermanfaat buat ibu ibu yang senasib dengan saya. Mudahan kita tidak mudah putus asa dan sentiasa berdoa kepada nya agar kita diberikan zuriat yang baik dari sisi Nya.Amin. 


Umi Mika :)




Wednesday, 14 August 2019

Alhamdulillah, saya hamil :)

Isnin /29 july 2019/ 04.30am

Eh, hari ni dah hari ke-3 delay period. Something wrong nih sebab jarang - jarang delay period lama macam ni, tapi sedapkan hati sebab bulan lepas delay 4 hari juga kan.  Hari ni pula dah hari ke -6 delay period, jadi dengan perasaan nak tahu sangat kot kot kita pregnant kan, kita check UPT test sendiri 4pagi lagi okay dan keputusan nya ialah:


Alhamdulillah, saya hamil :) 

Terus whatsaap video call husband sebab dia sekarang kat bangladesh ambil sijil dan transkrip tamat pengajian dekat sana. Speechless, kami sama-sama nangis sebab tak percaya Allah swt berikan kan kami rezeki kurniaan anak di saat kami masih baru 3 bulan mendirikan rumah tangga. Alhamdulillah ya Allah, sesungguhnya kurnian ini adalah tanda kebesaran mu ya Allah. Ya Khaliq, Ya Rahman, Ya Rahim..
En.Shah nangis sebab terharu, selama ni tak pernah lagi dia nangis :)
 umi pun nangis taw :)

2 hari kemudian tu, pergi klinik sebab nak confirmkan lagi sekali dengan Dr. yang kita betul betul pregnant atau tak kot kot kit tu tersalah dah bagi harapan palsu ke kan T_T.  Alhamdulillah, masih positive mengandung 5 minggu 4 hari :) Kita plan nak buat Growth scan 2D sekali kat Klinik Ajwa, Seksyen 7, Shah alam, tapi Dr. tak rekomen buat sebab bawah 8 minggu akan nampak kantung saja without baby sebab kecik sangat lagi. Jadi, Dr. cadangkan datang lepas 8 minggu nanti baru boleh ukur saiz dan panjang baby. Tak sabar nak tunggu 8 minggu nih. Umi abah dah tak sabar taw nak tengok baby kat dalam <3  Insyallah, mudahan baby dalam tu baik baik saja eh, amin :)

*Ooops tak sempat 8 minggu umi abah dah tak sabar pergi lagi buat Growth scan dekat Klinik Ajwa, nampak juga kantung dan titik putih, haa titik putih tu la Mikayla :)


Mikayla :)
Malsud nya ialah Pemberian Allah swt. Bila tahu maksud nama nya rasa sangat sangat terkesima, bersyukur, terharu kerana besarnya maksud nama Mikayla buat umi dan abah :)
Masa ni tak tahu la baby boy ke girl tapi En.Shah suka sangat nama Mikayla sebab dia pernah baca dalam Al - Quran nama Likayla :) Jadi, kami panggil Mika sepanjang pregnancy ni.


Hi saya baby Mika :)
Stay tuned ya, nanti umi saya update eh tentang saya :p


*Masa ni ada wedding kat acik ira dan kak banu kat kelantan, umi & mika tak ikut sebab umi tak larat nak balik kelantan jauh. Tengok En.Shah buat simbol love macam baby mika dalam perut dia :p






Monday, 6 May 2019

Walimatulurus ShahKina 07 SYAABAN 1440H (PAHANG)

13 04 2019 / Sabtu,

Alhamdulillah sampai juga hari majlis pernikahan dan persandingan kita shah. Dulu, selalu bermimpi dan suka tengok lelaki yang pakai spec. Rupanya Allah dah bagi hint dari kecil lagi,oh awak rupanya Shah :p




Terima kasih sebab sudi terima diri seadanya. Insyallah akan cuba menjadi isteri dan bakal ibu yang baik untuk keluarga kita akan datang. Semoga talian perkahwinan ini terbina atas satu tali kecintaan kepada Allah swt dan untuk beribadah kepada Nya supaya dapat bersama sama menuju ke negeri yang abadi, syurga  Allah swt. Amin :)



Alhamdulillah, sekitar 0930 am berlangsung akad nikah dan 1240 pm bersanding. Sekali lafaz kita sudah sah bergelar suami isteri. Alhamdulillah terima kasih Allah kerana memberikan teman hingga ke syurga. Mudahan kita bersama sampai ke jannah, doakan kami :) Amin ya rabb alamin :)

                                                           Nervous nya jangan cakap okay?;p

amboi, suka kahwin eh :p

Alhamdulillah, sekali lafaz sah bergelar isteri kepada
 Ahmad Shahidan bin Mohd Isa. Terima kasih Allah swt atas kurnia mu :)

Keluarga mentua dari shah alam. Ramai dengan dayang dayang 
sebab ramai adik beradik perempuan shah ni :)

Keluarga kina :) Actually, majlis ni combine dengan sambut menantu adik
 jadi buat 2 majlis di rumah:)

Tak sangka pula kita akan kahwin hari sama matt :)

No words to describe our feelings :)

Amboi :)

#Shahkina

Usai akad nikah, tetamu minum pagi dan bersiap siap untuk memakai baju sanding. Tengok gambar shah kemain lagi jadi raja sehari eh syahmi pakaikan stokin, mila, kakak,pinaz,pehan,arah pakaikan sampin dan baju :)


Sedang bersiap, sebelum majlis :) Kemain jadi prince and princess eh :)

#shahkina

Perjalanan yang panjang, tetapi dalam tempoh itu banyak yang dipelajari terutama tentang sabar. Alhamdulillah, terima kasih Allah untuk ruang dan waktu yang diberikan untuk memperbaiki diri sebelum pergi ke alam rumah tangga. Alhamdulillah :)

Alhamdulillah :)

Lain macam muka abah hari majlis ni :)

Sahabat handai :) Terima kasih especially yang menjadi pengapit 
dan angkat kain, huuu maseh ;p

Kaum keluarga :) Terima kasih semua yang
 membantu menjayakan majlis :)

Adam tak bagi eklang kahwin pandang sinis je
 kat En Shah, sabar je lah :p

Alhamdulillah, sujud syukur kepada Allah swt kerana memudahkan majlis kami. Sesungguhnya, tiada perkataan yang dapat diluahkan selain Alhamdulillah ya Allah. Jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam majlis kami, mudahan Allah swt membalas nya dengan seribu kebaikan, amin :) Doakan kami bersama sampai ke jannah dan dapat menjadi sebuah keluarga yang Sakinah, Mawaddah dan Warahmah. Amin ya Rabbal alamin :)
   

Shahidan & Sakinah
13/04/2019
07 SYAABAN 1440H

Next entry Majlis bertandang