Sunday, 28 April 2019

Honeymoon Bali Part 1 ~ Shahkina ~

Day 1 | 21st 04 2019 | Bali

Alhamdulillah, selesai sudah majlis sambut menantu di Shah alam, Selangor. Terima kasih buat kedua keluarga yang membantu serta hadir memeriahkan majlis. So, let's go to bali! Yeay, our first trip together as a husband and wife :)


Flight ke Bali dari KLIA 2 sekitar jam 12pm dan sampai di airport Ngurah Rai Denpasar Bali sekitar 3pm. Perjalanan mengambil masa sehingga 3 jam dan tiada perbezaan waktu antara Malaysia dan Bali. Airport di Bali sangat sibuk dan boleh lihat kadar bilangan kapal terbang yang masuk dan keluar sangat tinggi. Kaunter imigresen bagi foreigner juga tersangat lah panjang. Lebih kurang 1 jam setengah hanya untuk beratur bagi kaunter tersebut. And for sure, mat salleh yang memonopoli kaunter tersebut kan T_T. Sementara itu, saya menempah supir Pak yanto dan dia mengirimkan supir Pak rezki (anak buah pak yanto) bagi trip kami kali ini. Pak rezki dah 2 jam tunggu kami di luar taw, kesian dia T_T, Apapun, jum kita explore Bali dengan lebih dekat okay? :) 

                   Para pak supir yang sedang menunggu client masing masing, macam artis dah ni :p
Tag nama kami :)

Untuk aktiviti hari pertama  hanya pergi makan di Wong Solo dan check in di Buana Bali Villas and Spa.Wong Solo di Bali. Yang pasti Halalan Toyyiban tagline nya. Sebab dulu di Bali susah nak dapat makanan halal tapi kini lambakan kedai halal sudah banyak seperti Rest ayam malioboro, ayam betutu, masakan padang dan pelbagai lagi. Dan tak lupa juga Supir Muslim mulai banyak menawarkan servis dan lebih  mudah untuk kita mencari kedai makanan halal dan masjid. Enjoy your trip in Bali :) Jadi kami singgah makan di Wong Solo, rasa nya sangat superb. Siapa penggemar ayam penyet wajib food hunting kat Bali ni sebab pelbagai makanan yang boleh dijumpai kat sini.Harga nya sama saja seperti di Malaysia. Tak banyak beza dari segi rasa cuma dekat sini takde sambal kicap dan merah yg biasa letak atas meja tu. Tapi , still marvelous :p

Pintu masuk Wong solo

Dekorasi dalaman kedai Wong Solo di Bali. Kebanyakkan staff perempuan memakai khimar labuh dan alunan lagu keagamaan islam :)

Ayam penyet dan cumi celup tepung 

Seperti entry di sebelum ini, saya dah cerita dari segi harga, candle light dinner and etc. Korang boleh check previous entry okay? Villa ni tersangat lah cantik dan privasi kerana ia terletak di Pantai Jimbaran dan agak jauh dari kesibukan bandar. Jum, kita tengok sekitar villa eh :)


                                                Main entrance Buana Bali Villas & Spa


Buana bali villas and house
(Buana 9)

Interior design

Tak tahu pula En. Shah ni suka ambil gambar pemandangan
 dan pandai ambil gambar rupanya eh, maseh awak :p

En. Shahidan :)

American breakfast style, so yummy :p

Sekitar laluan ke bilik :)

 
Room honeymoon decoration. Sangat halus dan berseni eh orang bali ni :)




Baik, sebab kami check in pun dah hampir lepas maghrib jadi aktiviti nya tidur saja. Okay kita sambung next entry nanti. Stay tuned:)

#shahkina














No comments:

Post a Comment