Wednesday, 1 May 2019

Honeymoon Bali Part 3 ~ Shahkina ~

Day 3 | 23th 04 2019 | Bali

Uluwatu 

Hari ini hari yang agak relax sedikit sebab kami mengambil supir bagi trip separuh hari sahaja. Jadi, kami memilih lokasi yang berdekatan dengan pantai jimbaran iaitu Uluwatu. Perjalanan lebih kurang 1 jam dan suasana macet di Bali berlaku di mana mana. Jadi, di Uluwatu terdapat clift yang sangat cantik dan lautan hindi yang sangat luas. Laut nya sangat biru kehijauan dan ombak yang besar menghempas membentuk kawasan pantai yang sangat cantik. 

 Kebanyakkan gambar diambil oleh En Shah. Thank you photographer :)

Untuk sampai sini, kena jalan melalui denai sikit :)

Uluwatu cliff. Subhanallah :)

Sekitar pura di Uluwatu :)

Terror la shah ambil gambar :)

Selepas itu, kami bergerak mencari pecel lele sebab En. Shah teringin nak makan ni kita cari balik Wong solo sebab hari pertama pergi pecel lele dah habis. Alhamdulillah, ada :) Seterusnya kami ke Krishna untuk membeli oleh oleh yang terakhir sebelum bergerak balik ke villa.

2) Krishna 

Krishna ni lebih kurang one stop centre untuk membeli belah di Bali. Antara barang yang wajib korang cuba pie susu, kopi luwak, barang barang mandian seperti bali traditional scrub, lavendar oil dan pelbagai lagi. Goodluck kaum hawa sebab korang mesti pengsan tengok harga barang barang mandian kat sini. Soory En. Shah  sebba habiskan rupiah awak :p Overall harga di krishna kira murah juga untuk harga kopi luwak tapi tak pasti harga di ladang kopi luwak sendiri sebab kami tidak singgah ke sana. Harga di Krishna sudah fix dan tak boleh ditawar. Kat sini tak memborong banyak sangat sebab tak boleh nak bargain, so kita cari barang di pasar  biasa saja lah :D  Oh jangan lupa bawa bag plastik sendiri sebab di sini tidak disediakan bag untuk packaging :)

Setelah siap membeli barang, kami bergerak balik ke villa sekitar jam 3pm dan menghabiskan masa dengan mandi di pool sementara menunggu masa untuk candle light dinner  pada jam 7pm nanti :)

3) Candle light dinner

Plan asal nak candle light dinner di Pantai Jimbaran tetapi sebab inginkan privasi kami memilih untuk candle light dinner di villa sahaja kerana mereka juga menyediakan servis tersebut. Menu yang kami pilih western food (beef & chicken grill) berserta appetizer :) Staff villa akan datang untuk menyediakan menu serta tempat untuk dinner :)

Table decoration for our candle light dinner :)

Candle light dinner. Pertama kali :) 

Appetizer. Sedap sangat ni :)

Dessert, yummy :)

Chicken cordon bleu untuk kina

 Beef grill untuk shah

Ini sahaja aktiviti kami di Bali untuk 4H3M. Tidak banyak aktiviti fizikal yang dilakukan sebab kami memilih untuk aktiviti yang lebih santai. Mungkin untuk lebih meluangkan masa untuk kenal dengan lebih dekat walaupun kita dah kenal 7 tahun :) Dan banyak yang saya baru tahu tentang awak En Shah. Mudahan Allah swt menjadikan keluarga kita sentiasa dalam keadaan Sakinah, Mawaddah dan Warahmah. Semoga  kita dikurniakan anak yang soleh dan solehah dan jodoh kita berpanjangan ke negeri abadi, syurga Allah swt. Amin :)

Sebelum balik, singgah di airport untuk menghabiskan baki rupiah. Sempat kami ke cafe di sekitar airport, comel sangat cafe dia. Kami order pizza, kentang goreng, secawan kopi dan jus buah. Total RM 120 termasuk service tax dia mahal2x. . Hrmm, okay baik nasib baik view cantik ala ala pilot cafe macam tu :)

Yummy :D

Cantik pemandangan di cafe ni boleh tengok banyak 
kapal terbang bersusun kat sini :)

Kopi luwak di airport free duty. Mahal sangat kopi luwak ni tapi bau aroma dia sangat sedap menyesal tak beli sikit kat Krishna :p Tapi nasib baik bila balik Shah alam umi cakap umi ada kopi luwak dari Vietnam tapi tak buka lagi orang bagi. Boleh la cuba nanti :) Okay ini sahaja sedikit cerita di Bali, mudahan ada rezeki lagi boleh datang lagi ke Bali dan explore Pantai Nusa Dua. Mungkin 10.20 tahun lagi ke:)




Planning next trip kami ke Mekah untuk mengerjakan umrah bersama. Mudahan Allah swt memakbulkan doa kami, Insyallah. Tolong doakan kami agar dapat jejakkan kaki disana juga ya, :)
Terima kasih :)


#shahkina






1 comment:

  1. Izin promo ya Admin^^
    bosan tidak ada yang mau di kerjakan, mau di rumah saja suntuk,
    mau keluar tidak tahu mesti kemana, dari pada bingung
    mari bergabung dengan kami di ionqq^^com, permainan yang menarik
    ayo ditunggu apa lagi.. segera bergabung ya dengan kami...
    add Whatshapp : +85515373217 ^_~ :))

    ReplyDelete