Friday, 17 January 2020

Part 2- Kembara umrah Madinah

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, bersyukur ke hadirat ilahi, rasa macam tak percaya sudah kembali dari menunaikan umrah. Terima kasih Ya Allah swt kerana menjemputku  dan suami sebagai duyufurrahman tahun ini :)
Kami datang Ya Rasulullah :(

                                                                         Allahu Akbar :)

29012019- Hari pertama

Berbalik kepada cerita umrah kami, seawal 9am dah bergerak ke KLIA untuk berkumpul dan diberikan taklimat oleh Tiram travel. Alhamdulillah, mutawif memberikan pasport masing masing dan melakukan urusan check in secara berkumpulan dan alhamdulillah semua dipermudahkan dan kami menaiki pesawat airbus 0139 MAS dari KLIA ke Madinah. Aktiviti dalam pesawat boleh lah menonton video tatacara umrah dan pelbagai lagi yang tersedia dan juga boleh tengok movie, eh?

Alhamdulillah, pengurusan visa dan pasport dilakukan oleh mutawif.

Maseh semua yang datang hantar kami :)

Kami datang Ya Rasulullah :)

Makan makan yeay, 2x makan disediakan oleh MAS :)

Aktiviti dalam flight;)

Boleh menonton tatacara video umrah :)

Free gift oleh MAS untuk jemaah, Alhamdulillah :)

Setelah 9 jam, kami tiba di Madinah dan menaiki bas ke hotel Elaf Grand Majeedi yang terletak hampir 50 meter ke Masjid Nabawi. Kira macam masjid ini terletak di belakang hotel saja dan ia berdekatan dengan pintu 16. Dan ia terletak betul betul sebelah Bin Dawood, yang merupakan tempat melontar bagi perempuan yang tak boleh solat :p Suhu masa kami pergi di Madinah sangat sejuk terutama waktu subuh memang kena bawa jacket agak tebal kalau yang jenis tak tahan sejuk macam saya nih :)

Di airport Madinah

Di hadapan hotel

Hotel Elaf Grand Majeedi berdekatan pintu 17

Hotel kami di sebelah kiri bangunan ini dan depan tu pintu masuk 17, jadi hotel ini sangat dekat dengan masjid dalam 50 meter. Ini gambar kami bergerak ke masjid, Alhamdulillah :)

Dan Bin Dawood sebelah kami, alamak :p

Nak dijadikan cerita, kita tak boleh nak solat hari ketiga di Madinah sebab memang cycle jatuh pada hari tersebut, jadi hari pertama sampai terus letak bag di bilik dah ajak roomate Kak Nor dan Kak hamidah pergi ke Raudah melalui pintu 25 sebab dah tak sabar nak jumpa Rasulullah :( Malangnya, waktu kami sampai dah pukul 11.30pm, hanya dapat masuk solat sunat di ruang biasa kerana laluan ke Raudah sudah ditutup.

Ruang di dalam Masjid Nabawi

Luar pekarangan Masjid Nabawi, MasyaAllah :)

Dari luar pekarangan Masjid Nabawi

Payung dibuka seawal 430am

30122019 - Hari kedua

Hari ini kami dibawa ziarah dalaman di sekitar Masjid Nabawi, Ustaz Syarifudin yang merupakan pelajar di Universti Madinah menjadi tour guide kami selama 5 hari di Madinah. Best dan seronok dengan cerita ustaz ni banyak ilmu baru yang dipelajari. Kami duduk di bahagian luar perkarangan Masjid Nabawi sambil mendengar penerangan ustaz.

Sarapan pagi di hotel, makanan disediakan 3x sehari.
 Alhamdulillah, sedap makanan :)

Penerangan ustaz

Di pekarangan Masjid Nabawi

Di hadapan museum Nabi Muhammad swt

Payung dibuka pada 430am dan ditutup pada 430pm,
 so korang datang waktu ni mesti dapat view macam ni, subhanallah cantik sangat:)

Subuh di Madinah

* Sakifah bai saidah - Tempat mesyuarat kabilah di mana di sini berlakunya perlantikan Saidina Abu Bakar selepas kewafatan Rasulullah swt.

* Kubah hijau Masjid Nabawi - Bawah kubah hijau ini lah terletaknya makam Nabi kita, Nabi Muhammad swt dan sahabat nya Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar Al-Khattab. Masa hari aktiviti bebas pun banyak duduk depan kubah hijau ni berdoa dengan Kak midah :)

Shahidan & Sakinah. Di pekarangan luar masjid berdekatan 
dengan kubah hijau :)

Roommate saya, kak nor dan kak hamidah :)

Aku datang, Ya Rasulullah :(
 Aku rindu padamu :(

Semasa menunaikan umrah kami duduk berasingan mengikut jantina iaitu bilik berlima. Jadi sangat susah nak jumpa husband. Masing masing dengan ibadah masing masing. Bila terserempak rindu nyaaa. Rasa bertambah tambah cinta, alamak :p


* Kami melawati 3 masjid melalui Pintu 7 iaitu Masjid Ali bin Abi Talib, Masjid Abu Bakar As Siddiq dan Masjid Al Ghaimamah.

Kat Madinah ni mana mana pun banyak burung merpati ni taw :)

Selepas itu kami menunaikan solat zuhur dan aktiviti bebas masing masing. Malam itu dalam pukul 1030pm kami pergi ke Raudah kerana sesi malam pintu akan dibuka selama 15 minit sahaja dan duduk mengikut negara. Dekat luar pintu gerbang tu ada screen tulis "open gate 10.30pm-10.45pm". Haa masa ni semua orang berlari masuk ke dalam untuk duduk di atas karpet menunggu ni, tapi ingat jaga adab kita dengan Rasulullah, sedih Nabi tengok kita macam ni kan :( 

Selepas melepasi pintu gerbang yang berwarna coklat gelap, jemaah kene duduk di sini dahulu, orang arab kat depan, asia kat belakang. Jadi, mereka akan masuk ke dalam dulu lepas tu baru la turn kita. Alhamdulillah, walaupun ramai orang masih Allah swt masih sudi bukakan rezeki dan peluang untuk sholat 12 rakaat di dalam raudah. Terima kasih Ya Allah :(

Sambil menunggu turn korang boleh baca buku doa dan solat sunat :)

Suasana hingar bingar dalam ruang raudah perempuan yang agak kecil dan tertutup dengan pembahagi dinding putih, jadi dari kawasan wanita memang tak nampak taw tiang- tiang seperti tiang Aisyah dan sebagainya. Lelaki saja boleh melihat kawasan tersebut, huuu :( Bagi yang berkerusi roda polis akan kumpulkan di sebahagian tempat dan mereka akan pergi secara beransur ansur ke bahagian saf hadapan raudah. Itu pun kalau diaorang boleh mencelah masuk. Hrmm hrmm. Apapun doakan Allah supaya mudahkan urusan kita ya !

Depan dinding putih tu makam Nabi Muhammad swt, Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar Al-Khattab. Masa kita pergi waktu sesi malam, kalau sesi pagi dinding tersebut dibuka, wallahualam sebab kita tak sempat masuk sesi pagi, sebab esok paginya dah ABC :(

*kisah di Raudhah - Di tengah tengah kesesakan manusia yang semua sedang mencari peluang untuk solat di saf depan termasuk diri sendiri, tiba tiba ada seorang kakak indonesia tanya "mbak mau solat? solat solat saya jaga, kita gilir gilir" Allahu Akbar, terima kasih Ya Allah kerana memudahkan urusan dan hajatku ke sini :(.  Seusai solat, toleh cuba cari mbak tadi tapi macam dah tiada mungkin dia sudah ditolak keluar akibat semua orang sedang bersesak di sini. Terima kasih mbak kerana menolong saya :( Selepas itu, kami menginjak ke saf yang lain dan mengulangi solat sunat 2 rakaat lagi sebab polis meronda akan suruh kita keluar selepas kita solat jadi kami bergerak ke shaf paling belakang yang sedikit lengang dan mula membaca doa doa yang dikirim oleh ahli keluarga dan sahabat handai. Alhamdulillah, dapat bacakan semua dan buat solat sunat taubat terakhir kali dan terasa sangat puas sebab sudah bercerita kepada Allah swt semuanya dan kami pun beredar keluar dengan senyuman :)

Karpet raudhah :)

Alhamdulillah :( Rasa puas sebab dapat cerita semuanya :(


Kawasan belakang saf lapang juga sebenarnya boleh bergerak ke sini untuk berdoa dan solat juga :)


Suasana raudhah dalam shaft lelaki, best kan? huu


Assalamualaikum ya Rasulullah 

Alhamdulillah, balik dengan senyuman :)

*TIPS: Untuk masuk ke raudhah bagi wanita, seeloknya selepas solat isyak balik dulu ke hotel makan dan rehat.
Nanti 1030pm turun balik pergi ke Pintu 25 dan korang follow jep ramai yang bergerak sehaluan ke laluan raudhah. Tunggu sehingga ke pintu gerbang coklat dibuka dalam 15 minit dan korang boleh masuk ke ruang menunggu raudhah.

Selepas itu, tips untuk berlama di raudhah adalah teruskan lakukan solat sunat tanpa duduk berdoa nanti kena halau dengan polis arab. Andai kata mereka dah mark korang lama sangat berpindah dari satu shaf ke shaf yang lain dan teruskan solat. Mudahan Allah swt permudahkan ya. Aamiin :)

31122019 - Hari Ketiga

Hari ni kami ada ziarah luaran ke sekitar kota Madinah seperti Masjid Quba, Masjid Qiblatain, Jabal Uhud dan Masjid Tujuh.

*Masjid Quba - Seawal 7am kami sudah bergerak ke Masjid Quba. Pahala mengunjungi dan solat sunat di Masjid Quba pahalanya sama dengan ibadah umrah - Hadits Tirmidzi. Jadi, bila kita ke Madinah, ambil lah peluang ini seberapa banyak mungkin mudahan diterima oleh Allah swt. 


Di luar pekarangan Masjid Quba
Sekawan burung yang sentiasa berzikir kepada Allah swt, kita kita :(

Nampak tak kurma muda yang berais tuu haa dia jual setangkai okay? Harga kat sini pun murah juga dari centre Madinah. kurma kacang better beli dekat tempat ziarah luaran taw. 

Pemandangan dari atas bas

Masjid Quba

Di hadapan Masjid Quba

Suasana dalam Masjid Quba, dinding pemisah antara ruang lelaki dan perempuan.

Berdasarkan perkongsian di blog  http://agarakutidaklupa.blogspot.com/2017/05/umrah-2017-day-08-masjid-quba-bukit.html, di antara 2 lubang ini Rasulullah swt bersolat 

Saya tumpang pinjam gambar ea Tuan Blog agar aku tidak lupa :) 
Mudahan ia bermanfaat untuk semua, Terima kasih Tuan :)

*kisah di Masjid Quba - Bagitahu husband mengenai 2 lubang ini, kebetulan ustaz pun ada bagitahu perkara ini dan husband pun cari tempat ni. Alhamdulillah, dia jumpa dan dapat solat sunat di tempat tersebut. Husband cerita, dia berdoa agar dapat cium tempat tapak kaki Rasulullah berdiri untuk solat taw semasa sujud, elok selepas dia beri salam dia terpandang lelaki tua serba putih berjalan menuju ke arahnya dan memegang kepala nya sambil tersenyum dan dia berlalu pergi. Bila husband toleh ke belakang, bayangan lelaki tersebut sudah menghilang sedangkan jemaah di dalam Masjid Quba tidak terlalu ramai ketika itu kerana kami antara jemaah yang paling awal sampai dan kelihatan lengang di segenap ruang. Masyallah, tegak bulu roma dengar cerita husband. Allahu Akbar.  Kalau anda berkesempatan ke sini terutama jemaah lelaki cuba cari peluang ini ya :)

Di ruang solat wanita

Lepas solat sunat, saya terasa nak buka mana mana lembaran helaian Al Quran dengan doa supaya Allah swt menunjukkan sesuatu kepada saya. Allahu Akbar, saya dapat lembaran Surah Al Furqan ayat 56-60 dan terdapat tanda sujud sajadah di situ. Allahu Akbar, saya membaca nya dan terus menutup Al Quran lalu melakukan Sujud Sajadah. Sebenarnya dari Malaysia lagi teringin nak buat sujud sajadah ketika solat di Masjid Nabawi pada hari jumat tapi sebab dah ABC tak sempat merasa. Namun, Allah memberikan nya dalam bentuk bacaan Al Quran. Malah, maksud ayat ini juga sangat bermakna buat saya:

Dan tidaklah Kami mengutusmu (wahai Muhammad) melainkan sebagai pembawa berita gembira (kepada orang-orang yang beriman) dan pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar). Katakanlah: "Aku tidak meminta kepada kamu sebarang balasan bagi apa yang aku sampaikan kepada kamu, selain daripada berimannya seseorang yang mahu mendapatkan jalan sampainya kepada keredaan Allah". Dan berserahlah engkau kepada Allah Tuhan Yang Hidup, yang tidak mati; serta bertasbihlah dengan memujiNya; dan cukuplah Ia mengetahui secara mendalam akan dosa-dosa hambaNya; Tuhan yang menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya, dalam enam masa, kemudian Ia bersemayam di atas Arasy, Ialah Ar-Rahman (Tuhan Yang Maha Pemurah); maka bertanyalah akan hal itu kepada Yang Mengetahuinya.Dan apabila dikatakan kepada mereka (yang musyrik itu): "Sujudlah kamu kepada Ar-Rahman (Tuhan Yang Maha Pemurah)!" Mereka bertanya: "Dan siapakah Ar-Rahman itu? Patutkah kami sujud kepada apa sahaja yang engkau perintahkan kami?" Dan perintah yang demikian, menjadikan mereka bertambah liar ingkar.

Masyallah, menangis saya membaca maksudnya selepas pulang ke hotel. Allahu Akbar, kerdilnya hamba Mu ini oleh itu bimbinglah diri ku dari kegelapan hati. Maafkanlah dosa dosa ku dan terima lah taubat ku. Matikanlah daku dalam khusnul khatimah dan kurniakan lah kepada daku syurga tanpa hisab. Aamiin :(

TIPS: Di Masjid Quba bagi jemaah lelaki jangan lupa cari 2 lubang tersebut di dalam bahagian kubah dan solat di bawahnya di mana tempat Rasulullah bersolat. Masyallah, kalau lah kita pun dapat solat di tempat yang sama :) Dan harga kurma ajwa Madinah sini juga agak murah dalam SR40 taw.

*Jabal Uhud - Seterusnya, kami melanjutkan perjalanan ke Jabal Uhud. Di sinilah berlaku pertempuran yang sengit antara tentera islam dan orang kafir quraish. 

Di sekitar Jabal uhud, banyak tapak perniagaan dan harga di sini lebih murah dan bahan nya lebih segar seperti kacang dan lain lain. Boleh dapat SR45 bagi sekilo kacang pistachio yang nampak sangat baru okay :)

Bukit pemanah berdekatan jabal uhud

Kurma muda yang crunchy, special untuk orang yang sampai ke sini saja taw untuk makan nya kalau bawa balik Malaysia dah lembik kurma ni tenggelam dengan ais :p Terima kasih Ustaz Ridhwan belanja kita semua :)

TIPS: Berdasarkan perbandingan harga kacang, dekat Jabal uhud ini juga sangat murah dan berkualiti. Semua nya nampak segar dan baru berbanding yang dijual di pasar lambak di Pintu 9. Kacang pistachio SR45 saja, yang penting kat sini boleh dapat kacang yang baru taw :)

*Ladang kurma - Sebelum balik, kami singgah ke Ladang Kurma. Nama nya ialah Perkebunan Abu Faisal. Tapi kami tak beli apa apa di sini memandangkan harga nya agak mahal. Tapi tempat ni cantik ada sebahagian kawasan nya ditutup untuk renovation mungkin.




 Kina & Idan :) I love you :p
Terima kasih abg sebab sudi bersama saya hingga ke jannah. Semoga Allah swt sentiasa menetapkan keimanan kita bersama kepada Nya. Aamiin :)

Kacang pistachio SR50 setengah kilo, setengah kilo okay! Mahal ni :(

01012020 - Hari keempat

Alhamdulilah dah hari ke-4, mengikut jadual sepatutnya aktiviti bebas tapi Ust Ridhwan cadangkan kami untuk ke ziarah luar tambahan ke Bukit Magnet dan Kilang Percetakan Al Quran Madinah dan juga makan nasi arab :p

*Bukit Magnet

Perjalanan ke Bukit Magnet. Boleh nampak bukit bukau, ladang kurma, kambing dan jalan yang lapang :)

Ustaz cakap kurma yang ditanam dalam Madinah lebih mahal dari yang ditanam di luar Madinah sebab Madinah bumi yang barakah kerana sudah didoakan oleh Nabi kita :) Jadi kurmanya lebih bermutu dan kualiti yang baik. Biasa harga kurma dalam Madinah dalam SR 50 sekilo, kalau kurma luar Madinah SR 30 sekilo :)

Ustaz cakap biasa siapa yang kena bayar dam mereka akan beli kambing dari kawasan ini.

Sampai kat centre point Bukit Magnet kita makan eskem ni dulu SR 5 yummy :D

Tengok tok arab main kereta di tengah gurun, dahsyat ;p Ala cam kita la main basikal kat taman rekreasi gitews :p

Kacang kat sini super duper murah. Kismis hitam di bandar madinah sekilo SR40, tapi kat sini kurma hitam SR20 sekilo dan saiz nya besar ibu jari, lembut dan manis, Haaa mana nak dapat kismis macam ni kat Malaysia kan :D

Suka tengok orang badawi ni, dia berniaga jagung bakar taw tengah gurun ni :)

Surau beratapkan langit biru di tengah gurun, ni kalau tengah malam macam mana la ea. Mesti feeling macam dalam movie arab tu kan ;p

Bukit Magnet. Macam macam tarikan ada dekat sini boleh naik unta tapi tak pasti beraya riyal kena bayar. Kira tempat ni merupakan taman rekreasi orang arab beristirahat dengan keluarga di tengah gurun okay?;p

Ni kawasan Bukit Magnet yang kalau kita matikan kenderaan dia akan bergerak sendiri di jalan yang mendatar ni taw, waktu bas bawa kami meter mencapai hingga 140 km/sejam tau sampai 1 checkpoint dia berhenti sendiri. Allahu Akbar, terima kasih untuk pengalaman berharga ini melihat kekuasaan Allah swt :)

TIPS: Berdasarkan perbandingan harga kismis di sini juga murah. kismis hitam SR40 di Madinah, tapi di sini SR20 sekilo saja dan kismis nya sangat besar okay lembut dan manis dan ia dijual oleh orang badawi :)

*Kilang percetakan Al Quran Madinah - Selepas itu kami ke kilang percetakan Al Quran di Madinah. Sampai sampai terus kami beratur panjang untuk mengambil naskah Al Quran yang diberikan secara PERCUMA taw seorang satu. Ini adalah naskah Al Quran yang sama yang diguna pakai di Madinah dan Mekah. 

Banyak naskah Al Quran yang dicetak di sini :)
Dapat Al Quran percuma, Alhamdulillah :)

TIPS: Datang Madinah wajib datang sini taw. korang kena dapatkan Al Quran cetakan Madinah ni yang diguna pakai di kedua dua masjid di Madinah dan Mekah. Ramai yang beratur panjang untuk dapatkannya :) Sory gambar terbalik.

Berakhir sudah aktiviti kami, kami singgah makan di sebuah kedai arab makan nasi arab dan kunafa. Masya Allah sedapnya makanan dia. Terima kasih kepada jemaah yang belanja semoga Allah swt murahkan rezeki anda :)

Dapat seat macam orang arab makan duduk macam nih, khusyuk nya
 org kt tengah tu :p
Group jemaah wanita tiram travel :)


Nasi arab campur lauk kambing dan ayam, sedap sangat nih alhamdulillah :)

02012020 - Hari kelima 

Alhamdulillah, hari ini hari aktiviti bebas. Hari ni awal pagi dah keluar dengan Kak Mid ke pekarangan luar masjid untuk duduk berhadapan dengan kubah hijau. Kami berdoa dan berselawat ke atas Nabi Muhammad swt. Selepas itu kami bergerak mencari perkuburan baqi melalui Pintu 34, jalan terus keluar dan anda akan melihat ramai orang menuju ke suatu pagar dimana kaum wanita akan datang melihat dan berdoa kepada penduduk di perkuburan baqi'. 

Di pekarangan Masjid Nabawi

Al fatihah

Assalamualaikum Ahli Baqi' Tenang lah kamu di sana, semoga kami dapat meninggal di bumi haramain ini dan dikurniakan kematian yang khusnul khatimah. Aamiin.

Hanya lelaki yang dibenarkan masuk ke pekuburan baqi;

Selepas itu kami pergi ke Pintu 9 misi mencari Pasar Lambak yang dikatakan harga nya jauh lebih murah. Yaaaaa betul dekat pasar ni sangat murah. Korang cari saja Pintu 9 lepas tu pandang straight korang akan nampak orang gantung baju banyak banyak bawah khemah putih :)

 view yang akan korang nampak lepas keluar dari Pintu 9. Sini ada banyak bas
 macam bas nak ke Masjid Quba dan etc. 

Suasana dalam pasar lambak, kat sini jubah boleh dapat serendah SR25, kacang pistachio SR45 taw, kalau kedai luar biasa dalam SR60

Perhiasan wanita

Selepas itu kami pulang ke hotel dengan memasuki semula pekarangan masjid dan keluar di Pintu 17 kerana hotel kami berada di sana. Jadi jarak nya dalam 10 minit berjalan antara pintu :)

TIPS: Pasar Lambak Pintu 9! Korang cari pintu ni dan pandang ke depan tengok sebelah kiri ada banyak khemah putih bergantungan jubah abaya. Di sebelah kanan ada Museum Muhammad The messenger of  Allah. Korang boleh dapatkan perlbagai barangan di sini, Saya borong mini tasbih dan cincin dan minyak wangi spray untuk keluarga dan sahabat. Memang murah dekat sini kalau korang nak beli secara borong taw. 

02012020 - Hari Kelima

Alhamdulillah, hari ini kami sudah nak bergerak ke Mekah selepas menunaikan solat jumaat di Masjid Nabawi. Seawal pagi 8am selepas sarapan pergi ke masjid untuk melakukan Tawaf Wada'. Ya Allah, jangan jadikan ini zirah terakhir kami, jemputlah kami setiap tahun ke tanah suci. Amin ya rabbal alamin.
nurs.masjidilnabawi.madinahalmunawarrah 

Insha Allah nanti kita update untuk perjalanan di Mekah ya ada kelapangan masa nanti. Mudahan penulisan ini dapat membantu anda sedikit sebelum berangkat ke tanah suci. Boleh baca entry sebelum nya di sini https://shakinalittlediaries.blogspot.com/2019/09/part-1-persediaan-umrah-untukmu.html

Terima kasih :)
Sakinah 
18012020
1238pm