Tuesday, 18 April 2017

Trip ke Korea Part 5: Nami Island,Myeondong, Lotte world and Seokcheon lake

Hi,

Hari ini saya nak share tempat menarik di Nami Island atau dikenali juga sebagai Naminara Republic. Berdasarkan bacaan saya sejarah tempat ini sangat menarik  :)



Seoul. Spring.2017.

Matahari terasa membias di wajah tetapi udara dingin sangat mendamaikan :)

Okay, untuk sampai ke sini saya menaik train dari Dongmyun station dan menukar train sehingga sampai ke Gapyeong Station. Sumpah tak ingat sebab nama train dia bahasa nya korang faham faham lah kan. Heee. So, masa ni tengah tunggu train  nak ke Gapyeong station iaitu station yang berdekatan dengan jeti Nami Island. Ia mengambil masa hampir 1 jam untuk sampai ke Gapyeong station.









Masa ni lawan hembus nafas, macam ape je ecah dengan yani :p


Train depan tu Train to Busan okay? Hee, so kita naik Train to Gapyeong je. Suhu masa ni sangat lah sejuk sebab kami bergerak 6 pagi dari hostel. Masa ni bercakap keluar asap okay? Semua duk main hembus hembus, macam apa je kan :p


Depan jeti kapal, tempat ni kena pergi awal kalau tak orang penuh macam semut. Nasib masa kami pergi, kira antara yang terawal, tapi ada lagi awal.



Cantik nya walau ia tidak berbunga view dia tetap awesome. Kalau pergi awal dapatlah snap macam ni sebab tu kita kena datang awal okay? ;)


Eee, apa nii?


Misi mencari Kang Jonng Sang :p


Antara tempat paling memorable mengenai 2 pasangan sejoli drama Winter sonata. Ingat lagi dulu dulu cerita ni main nak dekat pukul 7 tapi umi suruh tutup TV sebab nak maghrib, umi g solat, kita keluar pasang TV tutup suara. Umi habis je solat kantoi buka TV habis bertempiaran lari tinggal TV bisu. ;p.. Aaa, itulah penangan nak tengok cerita ni semata mata taw:p


Pulau ni agak besar sebenarnya jadi saya decide untuk sewa basikal saja baru fefeeling winter sonata. Hehe, so basikal untuk seorang 7000 won (RM28) untuk 1 jam, kalau basikal kayuh berdua pun ada okayy. Sejam pun tak cukup sebenarnya sebab banyak sangat tempat nak stop untuk bergambar :D


Oppa korea ajar ambil gambar macam ni. Konon comel lah? Berangan, hei sedar dah 27tahun unnie unnie sekalian :p

Okay lah, sebelum bergerak pulang dari Nami island, kami tidak lupa mencuba Dosirak iaitu Nasi goncang yang merupakan menu must try di republic ini, ia nya berada di bahagian tepi bangunan Asian caffe. Sedap sangat! sumpah tak tipu! Nak makan Dosirak kita kena pakai glove dan goncangkan seindah rasa anda. Style tentera gitu! Hehe, dalamnya ada telur, sejenis sambal dan yang kami makan ni berharga 5500 won (RM24).


Dosirak atau dikenali sebagai nasi goncang

Selepas itu kami berlari anak anak ke tempat berkumpul sebab kami yang paling lambat berkumpul kerana kau lah Dosirak! :p Okay bye bye Nami Island, lain kali saya datang lagi. Pasti :)

Next, Myeondong!

Ottoke, girlssssss come heree! ;p Okay tempat in adalah antara syurga kosmetik di mana hampir keseluruhan barangan makeup berada di sini seprti, Nature republic, Etude house, Holika holika, The SAEM, Laneige (My favourite one!) and etc. Promosi mereka pula dasyat, nangis taww!




Beli kat sini skiiny mascara lebih kurang RM 38, di Malaysia RM 42. Tak jauh beza tapi still dapat less price dan free gift banyak. Kat korea ni suka sangat bagi free gift tepi tepi jalan je bagi mask percuma lah. So setiap kali beli barang minta free gift banyak banyak lagi. Sekarang di Korea tengah trending Snail mask, siput b*** tu. Jangan risaw 70 percent sahaja lendir digunakan dan dicampur dengan exract nya walaupun nama siput belakang tu ada b***. Ottokeee... hehehe, Mana mana duk promote snail mask yang dipercayai mampu merawat struktur kulit dan unnie dah terbeli mask ini dan hasil nya awesome. Rasa skin glowy macam cik siput tu;p


Masa ni lebih kurang 7 petang di Korea, Suhu semakin sejuk hampir ke malam dan angin dia sekali datang sejuk sampai ke tulang hitam. Rembat sebelah sarung tangan yani sebab dah macam ice. 



BB cushion Etude house 9900 won (RM 36), Harga sebenar adalah 20000 won iaitu (RM80). Ommgg, mana nak dapat harga BB Cushion bawah RM50. Tapi saya tak beli pun sebab saya pengguna setia Laneige gitu ;p

Sini nak highlight sikit street food di Myeondong korang kena try okay? Range sekitar 1000 sehingga 2000 won. Ada juga yang atas dari range ni, takpe nanti saya share gambar yang detail sikit :)


Last point adalah Lotte world dan Seokcheon lake,

Lotte world ni nak cakap punyalah banyak dia punya aset, dari kedau runcit, lotte mart, lotte world, apa apa lagi lah. Macam Berjaya group juga la banyak asset. Siapalah anak pacik lotte ni kan :p.. Overall, di Lotte world lebih kurang macam shopping mall ada taman tema dan hardrock cafe. Di sini juga terdapat kedai burger lotteria di mana ramai yang suggest makan shrimp burger di sini, sangat sedap :)




Lotter tower ini punyalah tinggi dan sangat lebar, satu pandangan mata kalau berdiri bawah dia tak nampak edge , pastu tinggi dia tak nampak puncak. Ni pun ambil dari bahagian tangga di Seokchoen lake yang berada berhadapan tower ini. Tower ini antara yang kelima tertinggi di dunia. Terkesima sat! :p Tengok ni, nak ambil dari bawah pun tak boleh sebab tinggi sangat :p So bayangkan kalau korang berdiri depan tower ni??



Ini pula Seokcheon lake yang berada berhadapan Lotter tower. Tempat ini calm sangat taw, cuba korang bayangkan deretan kedai coffe, padang hijau, bersama rakyat korea memakai jaket cantik cantik, matahari just nice, weather sekitar 10 celcius..bunga sakura berguguran, urmmm korang rasa? ;p


See? Unnie takde perkataan nak cakap dak taw, baru syurga dunia :)

Okay sampai di sini pengembaraan unnie di bumi korea, Insyallah akan datang sini lagi ketika autumn mesti cantik daun daun ini berguguran dengan pelbagai colour. Nanti unnie share makanan halal di korea selepas ini okayy? Thanks Ayden travel agensi. 



Thanks Korea, Anneyong. I love you! 

















No comments:

Post a Comment