Tuesday, 18 April 2017

Trip ke Korea Part 4: Dongdaemun and Cheonggyechon River

Hi,

Next entry mengenai kedai bakar No.2 Dongdaemun dan Cheonggyechon River. Actually 2 tempat ini tiada dalam list tempat yang akan dibawa oleh agent. Tetapi disebabkan unnie dah lama buat kajian tempat menarik maka unnie mengetuai rombongan dalam misi mencari ikan bakar famous di Dongdaemun yang hangat diperkatakan oleh rakyat Malaysia yang berkunjung ke Korea. Berbekal kan bacaan dari Kak kiah.blogspot dan monikasi ayam dan itik dengan warga Korea kami berjaya menemui kedai ini. 

                   Okay, dari Dongdaemun station ambil Exit 2, jalan terus sehingga nampak JW MARRIOT HOTEL, belok ke kiri hotel dan jalan terus sehingga berjumpa dengan Cheonggyechon river. Boleh berjalan menyusuri sungai ini sehingga berjumpa dengan second bridge, selepas itu belok ke kanan dan jalan terus dan cari kedai COFFE  NAMU. Deretan kedai ikan bakar banyak di situ tetapi paling famour adalah kedai No.2 yang selalu shooting cerita KBS di situ. Ok, saya share sikit gambar kt sana okayy?


Ahjushhi ni peamah sangat taw, nampak je macik macik berbawal ini terus cakap, Malaaayysiaaaa, come come! Hehehe, nampak tak ramai warga Malaysia datang ke kedai dia even kat kedai dia banyak tampal duit Malaysia dan kata kata ucapan in Malay.



Kami makan untuk 7 orang sharing lauk (3 jenis ikan, 2 set sotong tumis, 2 jenis sup bersama nasi dan side dishes) bersamaan 6000 won seorang (RM24). Murah okayy?  Ikan pula sama sama harga tak kisah ikan jenis apa. Daebak! :p.. Masih terasa isi sotong tu sedap sangat, tetiba terasa pula lagi kat anak tekak dengan sotong disaluti bijan :p


Ni menu di kedai ikan bakar ini, overall ikan semua harga sama iaitu 7000won, sotong tumis (wajib try!) iaitu 5500 won, sup ramen iaitu 5000 won. Kebiasaan setiap hidangan disediakan nasi dan side dishes percuma bersama air kosong :)


Kedai ni ada 2 tingkat satu kat bawah duduk atas kerusi, unnie duduk atas sebab kaki unnie dah tertinggal kat tempat shopping market. hehehe :) Kesimpulan nya korang wajib datang kedai ini taw, dan berdekatan dengan tempat ini ada Dongdaemun Dplaza yang superb cantik designn nya tapi malangnya tak dapat nak pergi kerana kesuntukan masa :)


Okay next,

Cheonggyechon River. Sungai ini kita akan jumpa along the way nak pergi kedai ikan bakar tu. Nampak tak second bridge dalam gambar tu, naik je pejalan kaki kat situ terus belok kanan jumpalah kedai ikan bakar tu :) So masa kami pergi kira matahari nak terbenam jadi view sangat lah cantik okay. Dan yang menarik nya sungai ini dulu sangat tercemar dan kotor tetapi kerajaan mereka mengambil langkah membersihkan sungai ini yang memakan kos yang sangat banyak. Sungai ini sangatlah jernih dan ikan berenang bersuka ria, tenang dan sejuk sangat air nya taw. Tengok ni!



Depan tangga ni ada pyeong hwa building, orang cakap sini pun ada jual murah murah tapi tak sure barangan apa. Sungai ni tenang sekali kalau lah unnie bawa H2S bottle dah lama ambil air sikit bawa balik lab nak tengok ada bakterial contamination apa apa tak and jenis bakteria yang boleh dijumpai atas agar plate? Haha, nampak tak? Ini kerana passion dalam bidang environmental microbiologist, sebab bidang ini membawa kita dekat dengan alam semulajadi dan seterusnya akan lebih menghargainya :)

            Okay sampai sini sahaja hari ini, nak study malam ini unnie ada tution sains form 2, tajuk nya chapter 5, tentang Air. Haihh, nak kena je dengan tajuk ni kan :p

Anneyong!



No comments:

Post a Comment