Friday, 17 April 2020

Happy 1 st Anniversary Shahkina 13042020

16042020 / 1013AM


Alhamdulillah,

Genap setahun usia perkahwinan kami pada 13042020, Subhanallah Maha Suci Allah. Terima kasih Ya Allah swt kerana meminjamkan ku seorang suami yang terbaik untuk membantu membimbing ku ke jalan Mu dan semoga kami diberikan jodoh yang berpanjangan sehingga ke jannah. Aamin ya rabbal alamin :)

okay, asal nya nak sambut anniversary di PD, dah tempat candle light dinner tepi pantai kemain kan? :p tapi sekarang wabak covid 19 masih lagi menular dan arahan MCO fasa ke tiga masih lagi berjalan. Jadi, terfikir macam mana ea nak sambut anniversary dan dah 2 minggu tak keluar rumah ni dan agak sukar nak keluar beli barang disebabkan oleh MCO. Alhamdulillah, terima kasih Allah atas idea last minit dan dapatlah prepare sikit sikit untuk candle light dinner kami? kat mana? kat balkoni bilik saja :) nak share sikit idea deco oleh puan kina :p

Vintage deco by kina untuk shah :)

Alhamdulillah, dapat juga siapkan simple deco untuk anniversary kami yang pertama. Kita guna barang apa yang ada dalam rumah saja, dan terima kasih juga kepada seller shoppe yang super express menghantar barang seperti belon comel belakang tu :) Kain kat meja tu kain kina bagi dekat shah waktu sebelum dia nak pergi belajar di bangladesh 5 tahun lalu, balang kaca tu barang hantaran kahwin dulu jadi kina isi dengan artificial roses petal, pewangi dan juga lampu :)

Okay, itenary kami pun kina buat taw, dengan few menu order dari Secret recipie dan kina buat juga mushroom soup & mashed potato. Dan special anniversary kad buat kenangan :) Dan tak lupa juga invitation card pun ada special part masing masing kene tulis wishes masing masing dan saling membacakannya nanti :)

Plan nak buat lepas maghrib dalam pukul 8pm sampai 9.15pm. Alhamdulillah, berjaya dilakukan seperti yang dirancang, aaa habis dinner kami ada sesi menari, lagu Titanic lagu tema kami setiap kali candle light dinner :p
I give all my heart to you because of Allah swt :)

Cakk, 8pm now :p

Cakk, maseh abg tolong setup meja, tiup belon sampai pecah pecah :p


Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah kerana pinjamkan dia kepadaku, rahamati lah dia, lindungi lah dia,berkati lah dia, kurniakan syurga tanpa hisab buat suamiku, Aamin :)

Happy our 1st anniversary Shahkina. Semoga kita masih dberikan kesempatan waktu yang banyak lagi untuk mencipta memori memori indah ini bersama :)


Alhamdulillah, 2019 adalah tahun terbaik, banyak pengalaman kita tempuhi, kita sah sebagai suami isteri, pengalaman mengandungkan baby Syakir Mikael bin Ahmad Shahidan walaupun sempat 3 bulan itu lah pengalaman dan perasaan bahagia yang tak dapat diungkap dengan kata, juga pengalaman bersama mengerjakan umrah di Tanah Haram. Mengelilingi kaabah bersama abg, pegang tangan abg sambil sama sama berdoa kepada Allah swt, Allah swt saja yang tahu perasaan syg kerana selepas semua yg dilalui sepanjang hidup in, Allah swt masih sudi menerima syg di sisi Nya dengan memberi kurniaan Nya yang banyak tidak terkira. Syg harap kita sama sama dapat berjalan seiring menuju kepada Allah swt ke syurga firdaus, dapat melihat wajah Allah swt dan berkumpul bersama kekasih Allah swt, kaum keluarga dan sahabat di sana suatu hari nanti. Doakan kami berjaya bersama sampai ke jannah, dan juga buat sahabatku, sentiasa ku titipkan doa semoga perkahwinan mu juga bahagia sampai ke jannah, sentiasalah kita melihat pasangan kita dengan 1000 kelebihan walau kadang seketika kita melihat kepada 1 kekurangan nya. Kerana kita sebagai manusia tidak pernah sempurna dan hadirnya pasangan kita sebagai pelengkap hidup dan sama sama bulatkan hati kembali kepada Allah swt. Ingat selalu ya :)


Mudahan kita bersama sampai syurga, abg :)

-Aamin ya rabbal alamin-


                                                                                                                                 - your cute wife-
                                                                                                                                        Sakinah




Monday, 23 March 2020

Part 3 - Kembara Umrah Mekah

Assalamualaikum,

Hari ini 23032020. Seluruh dunia sedang dilanda dengan wabak Covid - 19. Malaysia?

Ya, kita termasuk antara negara yang sedang dilanda wabak tersebut saat ini, sekarang angka kematian mencecah 9 orang. Allahuakbar, ku bermohon semoga dengan ujian Covid - 19 ini ia dapat mendekatkan lagi diri kami yang hina kepada Mu Ya Allah, Aamiin.

Baik, kita nak sambung last part kembara umrah di Mekah sementara memanfaatkan cuti alternate yang diberikan oleh majikan bagi mengikut perintah kerajaan untuk Stay at home untuk putuskan rangkaian jangkitan virus Covid 19 saat ini. Jarang jarang berlaku arahan macam ni taw T_T

Kita sambung eh..

02012020 - Hari Keenam


Labaiyka Allahumma Labbayk
aku datang Ya Allah, aku datang Ya Alalh, aku datang Ya Allah :(


Kami memulakan perjalanan dari Madinah lepas solat jumaat tadi dan bermiqat di Masjid Bir Ali.Suasana di masjid ini agak ramai dan ramai jemaah yang bersiap sedia memakai kain ihram, tapi jemaah kami awal lagi sudah berpakaian ihram di hotel, Madinah.  Jam sudah menghampiri pukul 10pm dan terus bersiap sedia untuk mengerjakan umrah kali petama. Tapi yang sedihnya kita tak dapat mengerjakan umrah sebab masih lagi dalam keadaan ABC. Jadi, kina dan roomate, kak hamidah tunggu kat bilik saja,rehat dan tidur. 

Okay kat sini nak share niat bersyarat bagi wanita yang lebih spesifik dan mudah untuk kita dari menjaga pantang larang ihram dalam masa yang panjang. Terima kasih kepada Kak Hamidah kerana kongsi niat macam ni dari mutawwif Andalusia, kalau tak lama la kita nak tunggu habis period nak jaga rambut gugur dan pelbagai lagi, huuuuu....Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah, Kau permudahkan urusan kami walaupun kami diuji dengan keuzuran wanita di tanah haram ini, aku bersyukur Ya Allah :) Alhamdulillah, selepas saja check in di Hotel Safwa, Mekah Al Mukarramah, kami bertahlul dengannya dan jemaah yang lain turun mengerjakan umrah pertama mereka.  Alhamdulillah :)

" Sahaja aku mengerjakan umrah dan berihram dengan nya kerana Allah Taala dan sekiranya aku terhalang dengan keuzuran syarak maka halal lah aku dan sekiranya haid aku berterusan sehingga sampai ke tanah haram Mekah maka aku bertahalul dengan nya "

*Alhamdulillah, suami bagitahu dia sudah selamat melakukan umrah pertamanya, dan dapat solat di dalam hijir ismail dan cium batu hajar aswad. Alhamdulillah, minta minta nanti ada rezeki kita pula ea :)
Hadiah dari Allah swt, terima kasih Ya Allah semoga kina dapat menjadi isteri solehah dan ketua bidadari syurga di sana nanti di samping abg, aamiin :)

03012020 - Hari Ketujuh

Hari ini aktiviti bebas. Kami berjalan jalan di sekitar kawasan masjid dan dataran mataf. Tapi tak tahu masa tu kalau ABC tak boleh masuk kawasan dataran :( Maafkan saya Ya Allah, hati ini tidak tertahan untuk menatap kaabah, rumah Mu Ya Allah. Perasaan kali pertama menatap kaabah, Allah saja yang tahu perasaan hiba nya. Sebab hamba Mu ni penuh dengan dosa tapi Kau masih sudi menjemput ku ke rumah Mu Ya Allah. Ya Allah, Allah swt sangat baik pada diri ku. Maafkan ku atas segala dosa masa lalu ku, sekarang dan yang akan datang. Matikan lah aku dalam iman di tempat yang suci ini, dan kurniakanlah daku kematian khusnul khatimah dan syurga firdaus. Ku tahu permintaan ku ini keterlaluan berbanding dosa ku yang terlalu banyak ini. Maafkan aku Ya Allah, aku tersesat dalam kegelapan dan aku kembali mencari cahaya Mu :(

                                           Maafkan ku Ya Allah, atas segala dosa dosa khilaf ku :(

Di dataran Masjidil Nabawi, Subhanallah :)

Waqaf kerusi nanti dia akan tulis macam ni :)

Selepas itu, kami keluar ke Bin Dawood untuk mencari tempat untuk membeli Al Quran (SR25) dan kerusi (SR20) untuk urusan waqaf bagi sahabat dan kaum keluarga yang kirimkan duit. Korang boleh beli di dalan bangunan safwa juga dan minta pekerja nya hantarkan terus ke dalam Masjidil Haram dan bagi upah sedikit kerana senang untuk mereka berkomunikasi dengan polis arab dan meletakkan nya di tempat kawasan kerusi waqaf. Mudahan ini menjadi asbab untuk mereka dijemput mengerjakan umrah. Aamiin. Selain itu kami juga membeli tisu dah agihkan di sekitar tandas di dataran luar masjid. Ya Allah, semoga hari esok kami dapat mengerjakan umrah seperti jemaah yang lain, setiap masa minta suami doakan depan kaabah :(

04012020 - Hari Ketujuh

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah saya sudah boleh melakukan ibadah umrah hari ini. Gembira tidak terkata hanya Allah saja yang tahu, terima kasih Ya Allah atas kasih sayang Mu :(
Pagi itu, kesemua jemaah dibawa untuk melawat Jabal Nur, Jabal Rahmah dan Jabal Tsur dan akan bermiqat di Masjid Jaaranah. Kami tidak turun lama di sini, hanya diberikan penerangan sebentar ambil gambar dan peri ke tempat bermiqat dan meneruskan ibadah umrah :)

                                  Di Jabal Rahmah. Insyallah next time pergi nak explore lagi kawasan kawasan bersejarah di Mekah Al Mukarramah ini :)

Kami meneruskan perjalanan kami kembali ke Masjidil Haram untuk melakukan ibadah umrah. Nervous nya tak terkata al maklum pertama kali ni :) Allahuakbar, suami banyak membantu dan terima kasih Ya Allah Kau permudahkan urusan kami untuk mengerjakan umrah, sepanjang pusingan  saya membaca doa pusingan tawaf,berdoa dan berzikir. Ya Allah, kurniakan kami kesihatan yang baik, rezeki anak anak yang soleh dan solehah, kematian yang khusnul khatimah, dikurniakan syurga firdaus dan dapat bertemu kekasih Mu, Nabi Muhammad swt dan dapat melihat wajah Mu Ya Allah, Aamin.

Sepanjang mengelilingi kaabah saya menangis kerana terharu dapat mengerjakan ibadah umrah. Dan sekali lagi, Allah swt izinkan saya dapat pegang Rukun Yamani dan solat di dalam Hijir Ismail sedangkan waktu itu orang tersangat ramai. Namun suami bantu jagakan supaya saya dapat rukuk dan sujud dengan sempurna. Ya Allah, sessungguh ku tahu Kau sedang menunjukkan kekuasaan Mu apabila ku memikirkan mustahil untuk ku solat di waktu itu. Ya Allah, aku sangat mencintai Mu dan Kekasih Mu dari diriku sendiri :(

Usai tawaf, kami melakukan solat sunat di belakang maqam Nabi Ibrahim swt dan membaca doa. Selepas itu kami ke kawasan saie untuk berulang dari safa ke marwah sebanyak 7x. Ya Allah, di sini belajar semangat seorang ibu untuk anak nya. Dan, saya terkenangkan Syakir Mikael, sebenarnya 2 bulan sebelum ke sini saya keguguran 3 bulan, anak pertama. Andai Mika masih ada, mesti Mika sudah 6 bulan dalam perut umi kan :) Tapi takpe umi abah tahu Mikah bahagia di taman syurga Allah swt, tunggu umi abah di sana ya :)

Di permulaan Bukit Safa, hanya sebahagian yang tinggal dan dipasang
 cermin kaca di sekelilingnya :)

 Ketika saie dari safa ke marwah :)

Alhamdulillah, sudah siap saie kami bertahlul. Minta suami tolong guntingkan rambut. Allahuakbar, hati dan bibir tak henti henti memuji Allah swt. Ku tahu tanpa izin Mu, kami tak kan dapat menyempurnkan ibadah umrah ini. Terima kasih Ya Allah :(

                    Alhamdulillah, saya dah selesai umrah pertama, husband dah umrah kedua. 

Terima kasih Ya Allah kerana izinkan diri ku untuk menunaikan ibadah umrah ini. Ini lah pengalaman manis yang tak dapat ku lupakan mengelilingi kaabah sambil memngalirkan air mata mengingati kebesaran Mu dan mengakui segala kesalahan dosa dosa ku di samping suami sebagai pelengkap kehidupan ku. Sungguh aku sangat mencintai Mu Ya Allah. Laillahaillah.

:(

05012020 - Hari Kelapan

Alhamdulillah, hari ni sudah hari ke 8 dan merupakan hari bebas dan kami mempunyai lawatan ke Taif bagi jemaah yang ingin ke sana dan boleh bermiqat di Qarnul Manazil. Tapi kami memilih untuk tidak menyertainya dan hanya menghabiskan masa di dalam masjid dan berjalan sekitar kawasan masjid untuk mencari cendermata terakhir sebelum mengemas bag untuk balik esok :) Haa, satu lagi nak dijadikan cerita terserempak dengan sahabat ketika belajar di MSU. Allahuakhbar luasnya bumi Allah, akhirnya kami terserempak di dalam rumah Mu Ya Allah, dan di bawah travel agensi yang sama rupanya cuma berbeza kumpulan sahaja :)


Di underground Pintu 79, Masjidil Haram

Masa ini 15 minit sebelum waktu zohor, alamak hampir semua pintu sudah ditutup, saya berlari anak mencari pintu yang masih dibuka dan terus mencari ruang untuk solat. MasyaAllah  penuh, tiada lansung ruang, ada eskalator ke atas untuk ruang solat di bahagian bumbung tapi kebiasaanya penuh sebab dah pernah sekali solat maghrib di sana dan keadaan sangat padat. Lalu saya berlari anak ke pintu dan nampak tangga ke bawah..

MasyaAllah saya jumpa ruang yang luas yang mungkin tidak ramai jemaah tahu, perasaan dia seperti menemui segunung emas depan mata bila nampak ruang yang tersedia. Terima kasih Allah kerana sentiasa bersama ku :(

Masa di bawah ini saya menilik beberapakah naskah mushaf dan Al Quran yang dicetak dalam pelbagai bahasa. MasyaAllah, saya jumpa naskah Al Quran terjemahan dalam bahasa indonesia taw. Biasanya naskah ini dicetak dalam warna kulit yang berbeza dan agak limited untuk kegunaan dalam masjid sahaja.

Al Quran terjemahan Indonesian di dalam Masjidil Haram :)

* Di sini saya teringat sesuatu, sepanjang di Mekah dan Madinah, saya sentiasa berdoa Ya Allah Kau kurniakan lah daku ilham untuk membantu orang yang memerlukanya. Allahuakbar, baru lepas niat mcm tu dalam hati, waktu tengah kalut mencari tangga untuk turun ke bawah pada waktu asar tiba tiba seorang jemaah indonesia muncul betu betul depan muka okay..

Kejadian pertama

"mbak, di mana saya mahu solat, saya baru hari pertama di sini"
"Allahuakbar, sepertinya Allah swt mendengar kata kata ku sebentar tadi yang tak sampai 10 saat"
"aku membalasnya, ayuh mbak ikut saya saya tunjuk arahnya merentangi manusia yang sangat ramai di dalam masjid, sampai di underground yang sama seperti zohor tadi aku tersenyum memandang mbak tadi, kelihatan dia pun tersenyum, wahh rasa seronok sangat ni dapat membantu mbak tadi,  terima kasih Allah, Kau selalu membantu hamba hamba Mu ini"  :)

Kejadian kedua

Aku melihat 2 wanita yang bertanya kepada seorang pakcik yang duduk atas wheelcair mengenai nama nya dan dia mengikut dari travel agensi mana. Tapi pakcik tu macam tak tahu apa apa dia hanya tahu menyebut nama anak nya sahaja. Allahuakbar, saya syak pacik ni tak berapa sihat dan dia dibawa oleh keluarganya untuk mengerjakan umrah, mungkin terlepas pandang akhirnya pacik ini berada di sini. 2 wanita tersebut memandang ku dari jauh dan memanggil ku untuk bantu pacik ini, segera telefon mutawwif untuk membantu pacik ini. Mudahan pacik ni selamat kembali kepada keluarga nya, aamiin. 

Betul lah orang selalu kata di sana apa terniat selalu Allah swt bagi, jadi mari kita niatkan yang baik baik semoga kita dapat memaksimakan amal soleh kita sepanjang di sana ya sahabat. Semoga Allah swt juga menerima segala amal ibadah kita. 

06012020 - Hari Kesembilan

Hari ini merupakan umrah kedua ku dan kami akan bermiqat di Masjid Hudaibiah. Perjalanan hari ini lebih pendek kerana kami hanya pergi bermiqat dan segera kembali unuk menyempurnakan ibadah umrah sunat. 

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah kerana mengizinkan ku sekali lagi untuk merasai kemanisan ibadah umrah ini.

Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah :)

07012020 - Hari Kesepuloh

Hari ini merupakan hari terakhir kami di sini. Selepas sarapan pagi, kami melakukan tawaf wada'. Sedih rasanya untuk meninggalkan tanah haram ini, akhirnya dengan berat kaki kami meninggalkan dataran mataf kaabah sehingga ia hilang dari pandangan kami. Ya Allah, kurniakan lah kami setiap tahun dapat mengerjakan umrah bersama kaum keluarga kami. Mudahan ada rezeki lagi dapat datang dengan anak anak kami suatu hari nanti, Aamiin :)

Semoga cinta kami sentiasa berpandu dan bersatu kepada
 Cinta Mu yang agung, Ya Allah :)


Sekian, cerita kami. Mudahan ada serba sedikit yang dapat membantu sahabat di sana untuk menunaikan ibadah umrha. Mudahan setiap tahun dapat ke sini, Aamin Ya Rabbalamin :)

Terima kasih :)
Sakinah 
23032020
0628pm




















Friday, 17 January 2020

Part 2- Kembara umrah Madinah

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, bersyukur ke hadirat ilahi, rasa macam tak percaya sudah kembali dari menunaikan umrah. Terima kasih Ya Allah swt kerana menjemputku  dan suami sebagai duyufurrahman tahun ini :)
Kami datang Ya Rasulullah :(

                                                                         Allahu Akbar :)

29012019- Hari pertama

Berbalik kepada cerita umrah kami, seawal 9am dah bergerak ke KLIA untuk berkumpul dan diberikan taklimat oleh Tiram travel. Alhamdulillah, mutawif memberikan pasport masing masing dan melakukan urusan check in secara berkumpulan dan alhamdulillah semua dipermudahkan dan kami menaiki pesawat airbus 0139 MAS dari KLIA ke Madinah. Aktiviti dalam pesawat boleh lah menonton video tatacara umrah dan pelbagai lagi yang tersedia dan juga boleh tengok movie, eh?

Alhamdulillah, pengurusan visa dan pasport dilakukan oleh mutawif.

Maseh semua yang datang hantar kami :)

Kami datang Ya Rasulullah :)

Makan makan yeay, 2x makan disediakan oleh MAS :)

Aktiviti dalam flight;)

Boleh menonton tatacara video umrah :)

Free gift oleh MAS untuk jemaah, Alhamdulillah :)

Setelah 9 jam, kami tiba di Madinah dan menaiki bas ke hotel Elaf Grand Majeedi yang terletak hampir 50 meter ke Masjid Nabawi. Kira macam masjid ini terletak di belakang hotel saja dan ia berdekatan dengan pintu 16. Dan ia terletak betul betul sebelah Bin Dawood, yang merupakan tempat melontar bagi perempuan yang tak boleh solat :p Suhu masa kami pergi di Madinah sangat sejuk terutama waktu subuh memang kena bawa jacket agak tebal kalau yang jenis tak tahan sejuk macam saya nih :)

Di airport Madinah

Di hadapan hotel

Hotel Elaf Grand Majeedi berdekatan pintu 17

Hotel kami di sebelah kiri bangunan ini dan depan tu pintu masuk 17, jadi hotel ini sangat dekat dengan masjid dalam 50 meter. Ini gambar kami bergerak ke masjid, Alhamdulillah :)

Dan Bin Dawood sebelah kami, alamak :p

Nak dijadikan cerita, kita tak boleh nak solat hari ketiga di Madinah sebab memang cycle jatuh pada hari tersebut, jadi hari pertama sampai terus letak bag di bilik dah ajak roomate Kak Nor dan Kak hamidah pergi ke Raudah melalui pintu 25 sebab dah tak sabar nak jumpa Rasulullah :( Malangnya, waktu kami sampai dah pukul 11.30pm, hanya dapat masuk solat sunat di ruang biasa kerana laluan ke Raudah sudah ditutup.

Ruang di dalam Masjid Nabawi

Luar pekarangan Masjid Nabawi, MasyaAllah :)

Dari luar pekarangan Masjid Nabawi

Payung dibuka seawal 430am

30122019 - Hari kedua

Hari ini kami dibawa ziarah dalaman di sekitar Masjid Nabawi, Ustaz Syarifudin yang merupakan pelajar di Universti Madinah menjadi tour guide kami selama 5 hari di Madinah. Best dan seronok dengan cerita ustaz ni banyak ilmu baru yang dipelajari. Kami duduk di bahagian luar perkarangan Masjid Nabawi sambil mendengar penerangan ustaz.

Sarapan pagi di hotel, makanan disediakan 3x sehari.
 Alhamdulillah, sedap makanan :)

Penerangan ustaz

Di pekarangan Masjid Nabawi

Di hadapan museum Nabi Muhammad swt

Payung dibuka pada 430am dan ditutup pada 430pm,
 so korang datang waktu ni mesti dapat view macam ni, subhanallah cantik sangat:)

Subuh di Madinah

* Sakifah bai saidah - Tempat mesyuarat kabilah di mana di sini berlakunya perlantikan Saidina Abu Bakar selepas kewafatan Rasulullah swt.

* Kubah hijau Masjid Nabawi - Bawah kubah hijau ini lah terletaknya makam Nabi kita, Nabi Muhammad swt dan sahabat nya Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar Al-Khattab. Masa hari aktiviti bebas pun banyak duduk depan kubah hijau ni berdoa dengan Kak midah :)

Shahidan & Sakinah. Di pekarangan luar masjid berdekatan 
dengan kubah hijau :)

Roommate saya, kak nor dan kak hamidah :)

Aku datang, Ya Rasulullah :(
 Aku rindu padamu :(

Semasa menunaikan umrah kami duduk berasingan mengikut jantina iaitu bilik berlima. Jadi sangat susah nak jumpa husband. Masing masing dengan ibadah masing masing. Bila terserempak rindu nyaaa. Rasa bertambah tambah cinta, alamak :p


* Kami melawati 3 masjid melalui Pintu 7 iaitu Masjid Ali bin Abi Talib, Masjid Abu Bakar As Siddiq dan Masjid Al Ghaimamah.

Kat Madinah ni mana mana pun banyak burung merpati ni taw :)

Selepas itu kami menunaikan solat zuhur dan aktiviti bebas masing masing. Malam itu dalam pukul 1030pm kami pergi ke Raudah kerana sesi malam pintu akan dibuka selama 15 minit sahaja dan duduk mengikut negara. Dekat luar pintu gerbang tu ada screen tulis "open gate 10.30pm-10.45pm". Haa masa ni semua orang berlari masuk ke dalam untuk duduk di atas karpet menunggu ni, tapi ingat jaga adab kita dengan Rasulullah, sedih Nabi tengok kita macam ni kan :( 

Selepas melepasi pintu gerbang yang berwarna coklat gelap, jemaah kene duduk di sini dahulu, orang arab kat depan, asia kat belakang. Jadi, mereka akan masuk ke dalam dulu lepas tu baru la turn kita. Alhamdulillah, walaupun ramai orang masih Allah swt masih sudi bukakan rezeki dan peluang untuk sholat 12 rakaat di dalam raudah. Terima kasih Ya Allah :(

Sambil menunggu turn korang boleh baca buku doa dan solat sunat :)

Suasana hingar bingar dalam ruang raudah perempuan yang agak kecil dan tertutup dengan pembahagi dinding putih, jadi dari kawasan wanita memang tak nampak taw tiang- tiang seperti tiang Aisyah dan sebagainya. Lelaki saja boleh melihat kawasan tersebut, huuu :( Bagi yang berkerusi roda polis akan kumpulkan di sebahagian tempat dan mereka akan pergi secara beransur ansur ke bahagian saf hadapan raudah. Itu pun kalau diaorang boleh mencelah masuk. Hrmm hrmm. Apapun doakan Allah supaya mudahkan urusan kita ya !

Depan dinding putih tu makam Nabi Muhammad swt, Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar Al-Khattab. Masa kita pergi waktu sesi malam, kalau sesi pagi dinding tersebut dibuka, wallahualam sebab kita tak sempat masuk sesi pagi, sebab esok paginya dah ABC :(

*kisah di Raudhah - Di tengah tengah kesesakan manusia yang semua sedang mencari peluang untuk solat di saf depan termasuk diri sendiri, tiba tiba ada seorang kakak indonesia tanya "mbak mau solat? solat solat saya jaga, kita gilir gilir" Allahu Akbar, terima kasih Ya Allah kerana memudahkan urusan dan hajatku ke sini :(.  Seusai solat, toleh cuba cari mbak tadi tapi macam dah tiada mungkin dia sudah ditolak keluar akibat semua orang sedang bersesak di sini. Terima kasih mbak kerana menolong saya :( Selepas itu, kami menginjak ke saf yang lain dan mengulangi solat sunat 2 rakaat lagi sebab polis meronda akan suruh kita keluar selepas kita solat jadi kami bergerak ke shaf paling belakang yang sedikit lengang dan mula membaca doa doa yang dikirim oleh ahli keluarga dan sahabat handai. Alhamdulillah, dapat bacakan semua dan buat solat sunat taubat terakhir kali dan terasa sangat puas sebab sudah bercerita kepada Allah swt semuanya dan kami pun beredar keluar dengan senyuman :)

Karpet raudhah :)

Alhamdulillah :( Rasa puas sebab dapat cerita semuanya :(


Kawasan belakang saf lapang juga sebenarnya boleh bergerak ke sini untuk berdoa dan solat juga :)


Suasana raudhah dalam shaft lelaki, best kan? huu


Assalamualaikum ya Rasulullah 

Alhamdulillah, balik dengan senyuman :)

*TIPS: Untuk masuk ke raudhah bagi wanita, seeloknya selepas solat isyak balik dulu ke hotel makan dan rehat.
Nanti 1030pm turun balik pergi ke Pintu 25 dan korang follow jep ramai yang bergerak sehaluan ke laluan raudhah. Tunggu sehingga ke pintu gerbang coklat dibuka dalam 15 minit dan korang boleh masuk ke ruang menunggu raudhah.

Selepas itu, tips untuk berlama di raudhah adalah teruskan lakukan solat sunat tanpa duduk berdoa nanti kena halau dengan polis arab. Andai kata mereka dah mark korang lama sangat berpindah dari satu shaf ke shaf yang lain dan teruskan solat. Mudahan Allah swt permudahkan ya. Aamiin :)

31122019 - Hari Ketiga

Hari ni kami ada ziarah luaran ke sekitar kota Madinah seperti Masjid Quba, Masjid Qiblatain, Jabal Uhud dan Masjid Tujuh.

*Masjid Quba - Seawal 7am kami sudah bergerak ke Masjid Quba. Pahala mengunjungi dan solat sunat di Masjid Quba pahalanya sama dengan ibadah umrah - Hadits Tirmidzi. Jadi, bila kita ke Madinah, ambil lah peluang ini seberapa banyak mungkin mudahan diterima oleh Allah swt. 


Di luar pekarangan Masjid Quba
Sekawan burung yang sentiasa berzikir kepada Allah swt, kita kita :(

Nampak tak kurma muda yang berais tuu haa dia jual setangkai okay? Harga kat sini pun murah juga dari centre Madinah. kurma kacang better beli dekat tempat ziarah luaran taw. 

Pemandangan dari atas bas

Masjid Quba

Di hadapan Masjid Quba

Suasana dalam Masjid Quba, dinding pemisah antara ruang lelaki dan perempuan.

Berdasarkan perkongsian di blog  http://agarakutidaklupa.blogspot.com/2017/05/umrah-2017-day-08-masjid-quba-bukit.html, di antara 2 lubang ini Rasulullah swt bersolat 

Saya tumpang pinjam gambar ea Tuan Blog agar aku tidak lupa :) 
Mudahan ia bermanfaat untuk semua, Terima kasih Tuan :)

*kisah di Masjid Quba - Bagitahu husband mengenai 2 lubang ini, kebetulan ustaz pun ada bagitahu perkara ini dan husband pun cari tempat ni. Alhamdulillah, dia jumpa dan dapat solat sunat di tempat tersebut. Husband cerita, dia berdoa agar dapat cium tempat tapak kaki Rasulullah berdiri untuk solat taw semasa sujud, elok selepas dia beri salam dia terpandang lelaki tua serba putih berjalan menuju ke arahnya dan memegang kepala nya sambil tersenyum dan dia berlalu pergi. Bila husband toleh ke belakang, bayangan lelaki tersebut sudah menghilang sedangkan jemaah di dalam Masjid Quba tidak terlalu ramai ketika itu kerana kami antara jemaah yang paling awal sampai dan kelihatan lengang di segenap ruang. Masyallah, tegak bulu roma dengar cerita husband. Allahu Akbar.  Kalau anda berkesempatan ke sini terutama jemaah lelaki cuba cari peluang ini ya :)

Di ruang solat wanita

Lepas solat sunat, saya terasa nak buka mana mana lembaran helaian Al Quran dengan doa supaya Allah swt menunjukkan sesuatu kepada saya. Allahu Akbar, saya dapat lembaran Surah Al Furqan ayat 56-60 dan terdapat tanda sujud sajadah di situ. Allahu Akbar, saya membaca nya dan terus menutup Al Quran lalu melakukan Sujud Sajadah. Sebenarnya dari Malaysia lagi teringin nak buat sujud sajadah ketika solat di Masjid Nabawi pada hari jumat tapi sebab dah ABC tak sempat merasa. Namun, Allah memberikan nya dalam bentuk bacaan Al Quran. Malah, maksud ayat ini juga sangat bermakna buat saya:

Dan tidaklah Kami mengutusmu (wahai Muhammad) melainkan sebagai pembawa berita gembira (kepada orang-orang yang beriman) dan pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar). Katakanlah: "Aku tidak meminta kepada kamu sebarang balasan bagi apa yang aku sampaikan kepada kamu, selain daripada berimannya seseorang yang mahu mendapatkan jalan sampainya kepada keredaan Allah". Dan berserahlah engkau kepada Allah Tuhan Yang Hidup, yang tidak mati; serta bertasbihlah dengan memujiNya; dan cukuplah Ia mengetahui secara mendalam akan dosa-dosa hambaNya; Tuhan yang menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya, dalam enam masa, kemudian Ia bersemayam di atas Arasy, Ialah Ar-Rahman (Tuhan Yang Maha Pemurah); maka bertanyalah akan hal itu kepada Yang Mengetahuinya.Dan apabila dikatakan kepada mereka (yang musyrik itu): "Sujudlah kamu kepada Ar-Rahman (Tuhan Yang Maha Pemurah)!" Mereka bertanya: "Dan siapakah Ar-Rahman itu? Patutkah kami sujud kepada apa sahaja yang engkau perintahkan kami?" Dan perintah yang demikian, menjadikan mereka bertambah liar ingkar.

Masyallah, menangis saya membaca maksudnya selepas pulang ke hotel. Allahu Akbar, kerdilnya hamba Mu ini oleh itu bimbinglah diri ku dari kegelapan hati. Maafkanlah dosa dosa ku dan terima lah taubat ku. Matikanlah daku dalam khusnul khatimah dan kurniakan lah kepada daku syurga tanpa hisab. Aamiin :(

TIPS: Di Masjid Quba bagi jemaah lelaki jangan lupa cari 2 lubang tersebut di dalam bahagian kubah dan solat di bawahnya di mana tempat Rasulullah bersolat. Masyallah, kalau lah kita pun dapat solat di tempat yang sama :) Dan harga kurma ajwa Madinah sini juga agak murah dalam SR40 taw.

*Jabal Uhud - Seterusnya, kami melanjutkan perjalanan ke Jabal Uhud. Di sinilah berlaku pertempuran yang sengit antara tentera islam dan orang kafir quraish. 

Di sekitar Jabal uhud, banyak tapak perniagaan dan harga di sini lebih murah dan bahan nya lebih segar seperti kacang dan lain lain. Boleh dapat SR45 bagi sekilo kacang pistachio yang nampak sangat baru okay :)

Bukit pemanah berdekatan jabal uhud

Kurma muda yang crunchy, special untuk orang yang sampai ke sini saja taw untuk makan nya kalau bawa balik Malaysia dah lembik kurma ni tenggelam dengan ais :p Terima kasih Ustaz Ridhwan belanja kita semua :)

TIPS: Berdasarkan perbandingan harga kacang, dekat Jabal uhud ini juga sangat murah dan berkualiti. Semua nya nampak segar dan baru berbanding yang dijual di pasar lambak di Pintu 9. Kacang pistachio SR45 saja, yang penting kat sini boleh dapat kacang yang baru taw :)

*Ladang kurma - Sebelum balik, kami singgah ke Ladang Kurma. Nama nya ialah Perkebunan Abu Faisal. Tapi kami tak beli apa apa di sini memandangkan harga nya agak mahal. Tapi tempat ni cantik ada sebahagian kawasan nya ditutup untuk renovation mungkin.




 Kina & Idan :) I love you :p
Terima kasih abg sebab sudi bersama saya hingga ke jannah. Semoga Allah swt sentiasa menetapkan keimanan kita bersama kepada Nya. Aamiin :)

Kacang pistachio SR50 setengah kilo, setengah kilo okay! Mahal ni :(

01012020 - Hari keempat

Alhamdulilah dah hari ke-4, mengikut jadual sepatutnya aktiviti bebas tapi Ust Ridhwan cadangkan kami untuk ke ziarah luar tambahan ke Bukit Magnet dan Kilang Percetakan Al Quran Madinah dan juga makan nasi arab :p

*Bukit Magnet

Perjalanan ke Bukit Magnet. Boleh nampak bukit bukau, ladang kurma, kambing dan jalan yang lapang :)

Ustaz cakap kurma yang ditanam dalam Madinah lebih mahal dari yang ditanam di luar Madinah sebab Madinah bumi yang barakah kerana sudah didoakan oleh Nabi kita :) Jadi kurmanya lebih bermutu dan kualiti yang baik. Biasa harga kurma dalam Madinah dalam SR 50 sekilo, kalau kurma luar Madinah SR 30 sekilo :)

Ustaz cakap biasa siapa yang kena bayar dam mereka akan beli kambing dari kawasan ini.

Sampai kat centre point Bukit Magnet kita makan eskem ni dulu SR 5 yummy :D

Tengok tok arab main kereta di tengah gurun, dahsyat ;p Ala cam kita la main basikal kat taman rekreasi gitews :p

Kacang kat sini super duper murah. Kismis hitam di bandar madinah sekilo SR40, tapi kat sini kurma hitam SR20 sekilo dan saiz nya besar ibu jari, lembut dan manis, Haaa mana nak dapat kismis macam ni kat Malaysia kan :D

Suka tengok orang badawi ni, dia berniaga jagung bakar taw tengah gurun ni :)

Surau beratapkan langit biru di tengah gurun, ni kalau tengah malam macam mana la ea. Mesti feeling macam dalam movie arab tu kan ;p

Bukit Magnet. Macam macam tarikan ada dekat sini boleh naik unta tapi tak pasti beraya riyal kena bayar. Kira tempat ni merupakan taman rekreasi orang arab beristirahat dengan keluarga di tengah gurun okay?;p

Ni kawasan Bukit Magnet yang kalau kita matikan kenderaan dia akan bergerak sendiri di jalan yang mendatar ni taw, waktu bas bawa kami meter mencapai hingga 140 km/sejam tau sampai 1 checkpoint dia berhenti sendiri. Allahu Akbar, terima kasih untuk pengalaman berharga ini melihat kekuasaan Allah swt :)

TIPS: Berdasarkan perbandingan harga kismis di sini juga murah. kismis hitam SR40 di Madinah, tapi di sini SR20 sekilo saja dan kismis nya sangat besar okay lembut dan manis dan ia dijual oleh orang badawi :)

*Kilang percetakan Al Quran Madinah - Selepas itu kami ke kilang percetakan Al Quran di Madinah. Sampai sampai terus kami beratur panjang untuk mengambil naskah Al Quran yang diberikan secara PERCUMA taw seorang satu. Ini adalah naskah Al Quran yang sama yang diguna pakai di Madinah dan Mekah. 

Banyak naskah Al Quran yang dicetak di sini :)
Dapat Al Quran percuma, Alhamdulillah :)

TIPS: Datang Madinah wajib datang sini taw. korang kena dapatkan Al Quran cetakan Madinah ni yang diguna pakai di kedua dua masjid di Madinah dan Mekah. Ramai yang beratur panjang untuk dapatkannya :) Sory gambar terbalik.

Berakhir sudah aktiviti kami, kami singgah makan di sebuah kedai arab makan nasi arab dan kunafa. Masya Allah sedapnya makanan dia. Terima kasih kepada jemaah yang belanja semoga Allah swt murahkan rezeki anda :)

Dapat seat macam orang arab makan duduk macam nih, khusyuk nya
 org kt tengah tu :p
Group jemaah wanita tiram travel :)


Nasi arab campur lauk kambing dan ayam, sedap sangat nih alhamdulillah :)

02012020 - Hari kelima 

Alhamdulillah, hari ini hari aktiviti bebas. Hari ni awal pagi dah keluar dengan Kak Mid ke pekarangan luar masjid untuk duduk berhadapan dengan kubah hijau. Kami berdoa dan berselawat ke atas Nabi Muhammad swt. Selepas itu kami bergerak mencari perkuburan baqi melalui Pintu 34, jalan terus keluar dan anda akan melihat ramai orang menuju ke suatu pagar dimana kaum wanita akan datang melihat dan berdoa kepada penduduk di perkuburan baqi'. 

Di pekarangan Masjid Nabawi

Al fatihah

Assalamualaikum Ahli Baqi' Tenang lah kamu di sana, semoga kami dapat meninggal di bumi haramain ini dan dikurniakan kematian yang khusnul khatimah. Aamiin.

Hanya lelaki yang dibenarkan masuk ke pekuburan baqi;

Selepas itu kami pergi ke Pintu 9 misi mencari Pasar Lambak yang dikatakan harga nya jauh lebih murah. Yaaaaa betul dekat pasar ni sangat murah. Korang cari saja Pintu 9 lepas tu pandang straight korang akan nampak orang gantung baju banyak banyak bawah khemah putih :)

 view yang akan korang nampak lepas keluar dari Pintu 9. Sini ada banyak bas
 macam bas nak ke Masjid Quba dan etc. 

Suasana dalam pasar lambak, kat sini jubah boleh dapat serendah SR25, kacang pistachio SR45 taw, kalau kedai luar biasa dalam SR60

Perhiasan wanita

Selepas itu kami pulang ke hotel dengan memasuki semula pekarangan masjid dan keluar di Pintu 17 kerana hotel kami berada di sana. Jadi jarak nya dalam 10 minit berjalan antara pintu :)

TIPS: Pasar Lambak Pintu 9! Korang cari pintu ni dan pandang ke depan tengok sebelah kiri ada banyak khemah putih bergantungan jubah abaya. Di sebelah kanan ada Museum Muhammad The messenger of  Allah. Korang boleh dapatkan perlbagai barangan di sini, Saya borong mini tasbih dan cincin dan minyak wangi spray untuk keluarga dan sahabat. Memang murah dekat sini kalau korang nak beli secara borong taw. 

02012020 - Hari Kelima

Alhamdulillah, hari ini kami sudah nak bergerak ke Mekah selepas menunaikan solat jumaat di Masjid Nabawi. Seawal pagi 8am selepas sarapan pergi ke masjid untuk melakukan Tawaf Wada'. Ya Allah, jangan jadikan ini zirah terakhir kami, jemputlah kami setiap tahun ke tanah suci. Amin ya rabbal alamin.
nurs.masjidilnabawi.madinahalmunawarrah 

Insha Allah nanti kita update untuk perjalanan di Mekah ya ada kelapangan masa nanti. Mudahan penulisan ini dapat membantu anda sedikit sebelum berangkat ke tanah suci. Boleh baca entry sebelum nya di sini https://shakinalittlediaries.blogspot.com/2019/09/part-1-persediaan-umrah-untukmu.html

Terima kasih :)
Sakinah 
18012020
1238pm